Buka menu utama

Elvina Mohamad

Pelakon wanita Malaysia
"Elvina" dilencongkan di sini. Rencana ini menggunakan nama pentas.

Datin Norzalina "Elvina" Mohamad (Jawi: ايلۏين محمد; lahir 25 Januari 1995) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, dan Jojie Gigil.[2]

Datin
Elvina Mohamad
KelahiranNorzalina binti Mohamad
(1995-01-25) 25 Januari 1995 (umur 24)
Teluk Intan, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainElvina Teylv, Elvina Dayana
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2014–kini
PasanganDatuk Mohd Haniff Borhan (k. 2018)
Anak1
Ibu bapaMohamad Ibrahim (bapa)
Mariah Husin (ibu)

Kehidupan awalSunting

Elvina dilahirkan sebagai Norzalina binti Mohamad pada 25 Januari 1995di Teluk Intan, Perak, kepada pasangan Mohamad Ibrahim dan Mariah Husin. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah kacukan Siam dan Melayu. Elvina memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3]

KerjayaSunting

Elvina mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2018)[4] dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Elvina muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk Shhh... I Love You sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.

Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.

Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish.

Kehidupan peribadiSunting

Pada 18 Mac 2018, Elvina telah sah menjadi isteri kepada Datuk Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani, kira-kira jam 3.25 petang.[5]

Pada 30 Mei 2018, Mohd Haniff ditahan oleh pihak polis berhubung kes penipuan pelaburan Forex (GWFGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, Elvina tampil memberikan penjelasan berhubung penahanan suaminya namun berkata suaminya dianiaya.[6]

Elvina dan suami, Haniff dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.[7]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2016 Mat Moto Otai Ahmad Idham
2019 Zombitopia   Zoey Woo Ming Jin Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Baby Ana Milik Siapa? Anis TV3 Slot Lestary
2015 Anak Ke-5 TV9 Slot Iris
2016 Cinta Si Wedding Planner Dayana TV3 Slot Akasia
Mariam Alisa Mariam Alisa Slot Lestary
2017 Suamiku Paling Sweet Nurul Hanna Asyikin Slot Akasia
Shhh... I Love You Nur Nadia Omar
Jojie Gigil Jojie Slot Dahlia
2018 Kalis Kasih Dania Slot Samarinda
Teratai Kemboja Slot Zehra
Solat: Dekatkan Kami DenganMu Zila
Isteri Untuk Diiktiraf Saffiya TV1 Slot Widuri
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Afrina Izzati Astro Ria
Sejuta Rasa Buat Adelia Joanna Slot MegaDrama

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Bella Mencari Cinta Bella TV9 Skrin Di 9
Bening Cahaya Maulid Suria TV3
2017 Kung Fu Kaw Saleha TV3 Cerekarama
Imamkan Aku Asma TV9 Skrin Di 9
2018 Muara Fida TV Okey

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Mac 2018). Elvina dah jadi Datin Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Julai 2018). Elvina teguh hadapi dugaan Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  3. ^ "Tuah Nama Elvina - Selebriti". Utusan Online. Utusan Malaysia. 21 Ogos 2016. Dicapai 5 April 2017. 
  4. ^ "Jadi tanggungjawab beri yang terbaik". Harian Metro. 5 Mac 2017. Dicapai 5 April 2017. 
  5. ^ Aqmar Mustaza (18 Mac 2018). Sah bergelar isteri, Elvina jadi Datin muda Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2018.
  6. ^ Suami saya dianiaya: Elvina Harian Metro (10 Jun 2018). Dicapai pada 12 Jun 2018.
  7. ^ Rudy Imran Shamsuddin (30 November 2018). Elvina dapat anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2018.

Pautan luarSunting