The Hotel ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2021 arahan Helmi Yusof. Dibintangi oleh Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 15 September 2021 menggantikan Hawa. [1] [2]

The Hotel
Genre
PenciptaMichael Ang
Ditulis oleh
  • Nadia Khan
  • Rahim Ramli
  • Qawiem Hamizan
  • Michelle Yoon
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSebelum - K-Clique
Lagu penutupSebelum - K-Clique
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal15 September 2021 – 26 Oktober 2021
Kronologi
MengikutiHawa
Diikuti olehJiwa Yang Kau Puja

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Raisa (Mira Filzah) seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean (MK K-Clique) muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama The Hotel. MyInfoTaip. Dicapai 9 September 2021
  2. ^ "The Hotel tak Ciplak Hotel Del Luna, bukan copy Penthouse". Gempak.com. 13 September 2021. Dicapai pada 15 September 2021.