Daler Yusuf
Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad (Bahasa Uzbek: Daler Khamr 'okulovich Yusupov, Bahasa Rusia: далер хамрокулович юсупов; lahir 31 Disember 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia-Uzbekistan.[1] Beliau terkenal dengan drama lakonan beliau termasuk Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku,Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.[2][3]
Daler Yusuf | |
---|---|
Kelahiran | Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad 31 Disember 1992 |
Warganegara | Uzbekistan |
Pusat pendidikan | Kolej Antarabagsa Westminster |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
KerjayaSunting
Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih bahasa Melayu. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk Maxis, Samsung, dan Baskin-Robbins. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.[4][5]
Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala beliau memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Nelydia Senrose dalam Encik Suami Mat Salih Celup yang disiarkan di Slot Dahlia TV3.[6] Beliau berlakon dalam drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.
Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.
Kehidupan peribadiSunting
Daler lahir dari keluarga berdarah kacukan Uzbekistan kepada ibu bapa berbangsa Uzbekistan. Beliau merupakan lulusan dalam Pengurusan Perniagaan di Kolej Antarabangsa Westminster.[7]
KontroversiSunting
Melalui temuramah Daler dengan pihak media dan sebagaimana beliau sering mengatakan bahawa ibunya berasal dari negeri Kelantan, ini walaubagamanapun adalah tidak benar kerana ibu dan bapanya adalah bangsa asli Uzbekistan. Sikap beliau yang sering menyembunyikan fakta asal ini amat tidak disenangi oleh rakan rapat beliau. Terdapat banyak pertikaian dari kalangan peminat beliau sendiri mengenai ketidak jujuran beliau dan motif sebenar beliau melakukan penipuan ini.
Daler juga pernah mengakui bahawa Sherzod Yusuf sebagai adik beliau dan gambar mereka bersama sering dimuatnaik di laman media sosial. Selepas kontroversi Sherzod liat membayar hutang dan melakukan penipuan wang terhadap rakan-rakannya, ramai warga maya yang meminta Daler memberikan komen beliau. Kontroversi timbul apabila Daler dengan tiba-tiba membuat pengakuan bahawa Sherzod bukanlah adik beliau tetapi sekadar saudara sesama islam dan senegara.[8]
Terdapat juga forum yang mengatakan Daler sekadar menggunakan rupanya dan imej Islamik beliau untuk mendapatkan tempat di industri hiburan tempatan walau hakikatnya beliau banyak melakukan ketidak jujuran terhadap sahabat dan rakan-rakan beliau.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Kastil Tua | Andre | Chaska Doppert | Filem Indonesia |
2017 | Gasing Tengkorak | Kevin Khoiro | Jose Poernomo | Filem Indonesia |
2020 | Mael Totey The Movie | Raheem | Syahmi Sazli | Pelakon undangan |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Tuan Anas Mikael | Mika Channarong | Astro Ria |
2016 | Lip Lap Raya | Adam | HyppTV |
2017 | Titian Cinta | Rayyan Hakim | TV3 |
Encik Suami Mat Salih Celup | Ian Hadif | TV3 | |
Meh Sandar Lagi | Dr Syereff | TV3 | |
2018 | Nafas | Uwais | ntv7 |
Jangan Benci Cintaku | Irwan | TV3 | |
Amira Rose | Amir | ||
Terima Aku Seadanya | Peter | ntv7 | |
2019 | Encik Iman Ekspres | Norman | Astro Ria |
Bukan Cinta Aku | Aidil | TV3 | |
Nota Buat Cempaka | Dr. Luqman Harith | RTM | |
2021 | Marry Me Senorita | Chef Riz | Astro Ria |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku | HyppTV | |
2017 | Selamat Tinggal Aidilfitri | Astro Prima | |
Menyusur Erti Rindu | TV9 | ||
2018 | DM Hati Awak | Danial | ntv7 |
2019 | Bungaku Ayu | Kamil | RTM |
RujukanSunting
- ^ Biodata Daler Yusuf Azhan.co (7 Ogos 2017). Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Uzbek actor gaining popularity here The Star Online (11 Ogos 2017). Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ Ramlah Zainal (3 Mei 2018). Masih gementar di lokasi Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (2 September 2018). Skrip bantu Daler kuasai bahasa Melayu Berita Harian. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (5 September 2016). Daler usaha fasih bahasa Melayu demi lakonan Berita Harian. Dicapai pada 5 September 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Disember 2016). Daler berdebar beraksi dengan Nelydia Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2016.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (20 Disember 2017). Daler Yusuf Solat Sunat Jadi Tular mSTAR Online. Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ Liat bayar hutang punya fasal, Daler Yusuf dedah Sherzod bukan adiknya mStar Online (16 Ogos 2018). Dicapai pada 17 Februari 2020.