Dushanbe (Tajik: Душанбе, IPA: [duʃæmˈbe], "Isnin") merupakan bandar raya terbesar dan juga ibu negara bagi Tajikistan.

Dushanbe

Душанбе
Istana Presiden Dushanbe
Istana Presiden Dushanbe
Jata bagi Dushanbe
Jata
Negara Tajikistan
Government
 • Datuk BandarRustam Emomali
Populasi
 (2012)
 • Jumlah747,500
Laman webhttp://www.dushanbe.tj/

PenamaanSunting

Nama bandar ini diambil daripada sebuah pasar besar yang dibuka pada hari Isnin yang bernama Dushanbe-Bazar (Tajik: Душанбе Бозор, Dushanbe Bozor). Nama Dushanbe bermaksud hari Isnin dalam bahasa Parsi, secara khusus, hari kedua (du) selepas hari Sabtu (shambe).

Pada 1826, nama bandar ini ialah Dushanbe Qurghan (Tajik: Душанбе Қурғон, Dushanbe Qurghon), qurghon berasal daripada qurğan, "kubu" dalam bahasa Turki.

Pada 16 Okotber 1929, yakni ketika zaman Republik Sosialis Soviet Tajikistan, bandar ini dinamakan sebagai Stalinabad (Rusia: Сталинабад; Tajik: Сталинобод, Stalinobod) sempena Joseph Stalin. Nama bandar ini diubah semula kepada Dushanbe pada 10 November 1961 dan kekal hingga kini.[1]

SejarahSunting

Catatan terawal tentang kewujudan Dushanbe adalah pada akhir 1676.[2]

Zaman SovietSunting

Pada 1920, Amir Bukhara terakhir berlindung di Dushanbe buat seketika selepas dikalahkan oleh revolusi Bolshevik. Baginda lari ke Afghanistan pula selepas Tentera Merah menguasai kawasan itu.[3] Pada permulaan 1922, bandar ini dikuasai oleh pihak tentera Basmachi yang diketuai Enver Pasha, tetapi dikuasai semula oleh pihak Bolshevik pada 14 Julai 1922 dan Dushanbe dijadikan sebagai ibu kota Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan yang berada di bawah Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Republik Sosialis Soviet Tajikistan pula diasaskan dan Dushanbe menjadi ibu kota republik berkenaan. Pada masa ini, bandar ini mengalami pembangunan yang pesat.

Pihak Soviet menjadikan Dushanbe sebagai pusat penghasilan kapas dan sutera dan memindahkan puluhan ribu orang penduduk ke Dushanbe. Jumlah penduduk juga bertambah akibat migrasi ribuan orang Tajik ke Tajikistan disebabkan oleh penyerahan Bukhara dan Samarkand ke Republik Sosialis Soviet Uzbekistan.[4]

Kejadian rusuhan yang besar berlaku pada Februari 1990 selepas tersebarnya khabar angin bahawa kerajaan Soviet ingin memindahkan puluhan ribu orang pelarian Armenia ke Tajikistan. Rusuhan Dushanbe berkembang akibat kebimbangan tentang kekurangan tempat tinggal kepada penduduk Tajikistan, tetapi bertembung dengan gelombang nasionalisme yang melanda Transkaukasia dan negara-negara Asia Tengah lain ketika permulaan pemerintahan Mikhail Gorbachev.[5]

Dushanbe menjadi ibu kota Tajikistan yang merdeka pada 1991.

IklimSunting

Dushanbe memiliki iklim Mediterranean (Köppen: Csa), dengan pengaruh iklim benua yang kuat (Köppen: Dsa).[6] Musim panas adalah panas dan kering manakala musim sejuknya dingin tetapi tidak terlalu sejuk. Iklim di sini lebih lembap berbanding dengan ibu-ibu negara Asia Tengah yang lain dengan purata taburan hujan melebihi 500 mm akibat aliran udara lembap yang ditentutan oleh lembah-lembah di sekeliling bandar ketika musim sejuk dan panas. Musim sejuk di sini tidak sesejuk kawasan utara disebabkan oleh perlindungan oleh pergunungan daripada udara sejuk dari Siberia.

Data iklim untuk Dushanbe (1961–1990, extremes 1951–2012)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 21.6
(70.9)
23.1
(73.6)
30.6
(87.1)
35.6
(96.1)
38.8
(101.8)
43.0
(109.4)
43.3
(109.9)
45.0
(113)
40.6
(105.1)
36.8
(98.2)
31.7
(89.1)
24.3
(75.7)
45.0
(113)
Purata tinggi °C (°F) 7.9
(46.2)
10.2
(50.4)
15.2
(59.4)
22.1
(71.8)
27.0
(80.6)
33.1
(91.6)
35.8
(96.4)
34.3
(93.7)
30.7
(87.3)
24.2
(75.6)
17.1
(62.8)
10.8
(51.4)
22.4
(72.3)
Min harian °C (°F) 2.1
(35.8)
3.8
(38.8)
9.2
(48.6)
15.4
(59.7)
20.0
(68)
25.3
(77.5)
27.1
(80.8)
24.9
(76.8)
20.1
(68.2)
14.3
(57.7)
8.9
(48)
4.8
(40.6)
14.7
(58.5)
Purata rendah °C (°F) -2.0
(28.4)
-0.2
(31.6)
4.2
(39.6)
9.3
(48.7)
13.0
(55.4)
16.5
(61.7)
17.9
(64.2)
15.9
(60.6)
11.1
(52)
6.7
(44.1)
3.5
(38.3)
0.8
(33.4)
8.2
(46.8)
Rekod terendah °C (°F) −26.6
(-15.9)
−17.3
(0.9)
−13.4
(7.9)
-7.8
(18)
1.2
(34.2)
8.4
(47.1)
10.9
(51.6)
8.1
(46.6)
1.9
(35.4)
−4.4
(24.1)
−13.5
(7.7)
−19.5
(-3.1)
−26.6
(-15.9)
Kerpasan mm (inci) 66.3
(2.61)
75.4
(2.969)
107.5
(4.232)
105.0
(4.134)
66.0
(2.598)
5.5
(0.217)
3.2
(0.126)
0.5
(0.02)
3.1
(0.122)
30.6
(1.205)
44.7
(1.76)
59.8
(2.354)
567.6
(22.346)
Kelembapan 69 67 65 63 57 42 41 44 44 56 63 69 57
Purata hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 8.5 9.1 13.4 9.8 7.8 1.5 0.7 0.1 0.8 3.7 5.3 8.1 68.8
Jam cahaya matahari 120 121 156 198 281 337 352 338 289 224 164 119 2,699
Sumber #1: Deutscher Wetterdienst[7]
Sumber #2: NOAA (sun, 1961–1990)[8]

DemografiSunting

Menurut bancian 2010, penduduk Dushanbe terdiri daripada 89.5% Tajik, 6.7% Uzbek, 0.3% Tatar, 0.1% Turkmen dan selebihnya ialah etnik lain.

PentadbiranSunting

Datuk Bandar terkini Dushanbe ialah Rustam Emomali, anak kepada Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon.

Pembahagian pentadbiranSunting

Dushanbe dibahagikan kepada empat buah daerah seperti di bawah:

  1. Avicenna (Tajik: Абӯалӣ Ибни Сино, Abūali Ibni Sino)
  2. Ferdowsi (Tajik: Фирдавсӣ, Firdavsi)
  3. Ismail Samani (Tajik: Исмоили Сомонӣ, Ismoili Somoni)
  4. Shah Mansur (Tajik: Шоҳмансур, Shohmansur)

PendidikanSunting

 
Bangunan Universiti Kebangsaan Tajikistan.

Dushanbe menjadi pusat bagi Akademi Sains Tajikistan dan menempatkan 17 buah institut kajian, 17 buah universiti dan lebih daripada 100 buah institusi pendidikan umum.[9] Institusi-institusi pengajian tinggi utama di Dushanbe termasuklah Universiti Kebangsaan Tajikistan dan Universiti Pertanian Tajikistan.

PengangkutanSunting

Pengangkutan daratSunting

Automobil merupakan bentuk pengangkutan utama negara. Dushanbe memiliki jalan raya yang berhubung dengan negara-negara jiran, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Dua buah lebuh raya melintasi Dushanbe pada arah longitud dan latitud.

Pengangkutan awamSunting

Dushanbe memiliki sistem bas troli yang mengendalikan bas-bas di seluruh bandar dan ditubuhkan pada 1 Mei 1955. Dushanbe memiliki sebuah perhentian bas di pusat bandar yang dibuka pada 1976. Sebuah metro dijangka akan mula dibina di Dushanbe pada 2025.[10]

Pengangkutan udaraSunting

Bandar ini merupakan tempat bagi Lapangan Terbang Dushanbe yang merupakan ibu pejabat Tajik Air, syarikat penerbangan kebangsaan Tajikistan.[11] Selain itu, Somon Air juga beribu pejabat di sini.[12]

KebudayaanSunting

Tempat tarikanSunting

Tiang Bendera Dushanbe ialah tiang bendera bebas kedua tertinggi di dunia, selepas Tiang Bendera Jeddah, dengan ketinggian 165 m dan mengibarkan bendera Tajikistan.

Hubungan antarabangsaSunting

Bandar kembarSunting

Dushanbe memiliki hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:[13]

RujukanSunting

  1. ^ "1956- De-Stalinization - Mr. Whalen- Suffern High School". sites.google.com. 
  2. ^ Официальный веб-сайт Государственного органа управления в сфере туризма Республики Таджикистан
  3. ^ "The Last Khan". 8 March 2016. Dicapai 18 January 2018. 
  4. ^ "Dushanbe: History". Lonely Planet. Dicapai 10 May 2013. 
  5. ^ Ethnic rioting in Dushanbe, New York Times, 13 February 1990. Retrieved 18 October 2008
  6. ^ "Updated Asian map of the Köppen climate classification system". 
  7. ^ "Klimatafel von Duschanbe / Tadschikistan" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa German). Deutscher Wetterdienst. Dicapai 18 February 2016. 
  8. ^ "Dushanbe Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai 18 February 2016. 
  9. ^ [1] Diarkibkan April 6, 2016 di Wayback Machine // 2shanbe.tj — Неофициальный сайт Душанбе
  10. ^ "Demolishing Dushanbe: how the former city of Stalinabad is erasing its Soviet past". The Guardian. 19 October 2017. Dicapai 7 November 2019. 
  11. ^ "Directory: World Airlines." Flight International. 30 March-5 April 2004. 78. "Titov Street 31/2, Dushanbe Airport, Dushanbe, 734006, Tajikistan."
  12. ^ "Contacts Diarkibkan 29 January 2013 di Wayback Machine.." Somon Air. Dicapai 4 Disember 2010. "Contacts: 40, Titova Str. Dushanbe, Tajikistan, 734012." Dalam Bahasa Tajik : "734012, Таджикистан, Душанбе, ул. Титова, 40" "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 29 January 2013. Dicapai 2010-12-04.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  13. ^ "Regions: Dushanbe & Surroundings". Official Website of the Tourism Authority of Tajikistan. Committee of Youth Affairs, Sports and Tourism. Diarkibkan daripada asal pada 22 November 2012. Dicapai 10 May 2013.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  14. ^ "Twin-cities of Azerbaijan". Azerbaijans.com. Dicapai 2013-08-09. 
  15. ^ "Twin towns and Sister cities of Minsk [via WaybackMachine.com]" (dalam bahasa Russian). The department of protocol and international relations of Minsk City Executive Committee. Diarkibkan daripada asal pada 2 May 2013. Dicapai 2013-07-21. 

Pautan luarSunting