Teheran

(Dilencongkan dari Tehran)

Koordinat: 35°41′46″N 51°25′23″E / 35.69611°N 51.42306°E / 35.69611; 51.42306

Teheran atau Tehran (Parsi: تهران, rumi: Tehrān Disebut: [tehˈɾɒːn]) adalah ibu kota Iran dan terletak di tengah tengah Wilayah Teheran. Dengan berbekalkan populasi 8,429,807;[6] ia juga adalah sebuah bandar dan kawasan perbandaran yang terbesar di Iran,[7] salah satu bandar yang terbesar di Asia Barat, serta bandar ke-21 terbesar di dunia.

Tehran
تهران
تهران بزرگ · Greater Tehran
Teheran is located in Bumi
Teheran
Teheran (Bumi)
Koordinat: 35°41′21″N 51°23′20″E / 35.68917°N 51.38889°E / 35.68917; 51.38889Koordinat: 35°41′21″N 51°23′20″E / 35.68917°N 51.38889°E / 35.68917; 51.38889{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman
NegaraIran Iran
Wilayah]]Tehran
KauntiTehran
Ray
Shemiranat
DaerahCentral
Kerajaan
 • Datuk BandarPirouz Hanachi
 • Pengerusi Majlis Bandar RayaMohsen Hashemi Rafsanjani
Keluasan
 • Urban
615 km2 (237 batu persegi)
 • Metro
2,235 km2 (863 batu persegi)
Aras900 to 1,830 m (2,952 to 6,003 ft)
Penduduk
 • Kepadatan11,800/km2 (31,000/batu persegi)
 • Urban
8,693,706[3]
 • Metro
16,000,378[4]
 • Population rank in Iran
1st
DemonimTehrani (en)
Zon waktuUTC+03:30 (IRST)
 • Musim panas (DST)UTC+04:30 (IRDT)
Kod-kod kawasan(+98) 021
IklimBSk
Laman sesawangwww.tehran.ir

Ia juga adalah pusat perindustrian Iran di mana setengah daripada industri Iran berpusat di sini. Industri-industri ini termasuklah industri automobil, elektrikal dan elektronik, pembuatan senjata, tekstil, dan beberapa industri kimia. Terdapat juga industri penapisan minyak berdekatan dengan Tehran.

Pada abad ke 20, terdapat migrasi penduduk ke Teheran dari seluruh Iran. Maka, pada hari ini, penghuni kota ini terdiri daripada masyarakat berbilang suku dan agama termasuk orang-orang Azeri, Armenia, Kurdi dan Yahudi.

Sejarah sunting

Teheran pada mulanya hanyalah kampung kecil dan kurang dikenali berbanding dengan bandar Rhage yang terletak berdekatan. Namun begitu kedatangan tentera Mongol membawa kepada kemusnahan Rhages menyebabkan ramai penghuni kota itu melarikan diri ke Teheran. Terdapat juga sumber menyatakan ketika zaman pemerintahan Mongol, Teheran dikenali sebagai "Tehran Rhages" (طهرانِ ری‎).

Orang Eropah pertama yang menjejakkan kaki di Teheran berkemungkinan adalah Don Ruy Gonzáles de Clavijo. Beliau ketika itu dalam perjalanan ke Samarkand (di Uzbekistan) yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan empayar Mongolia.

Selepas zaman pemerintahan Mongolia, Iran diperintah oleh kerajaan Safavid. Ketika kurun ke-17 (era Safavid,) Teheran menjadi ibu kota Iran dan sebuah bazaar dan dinding kota dibina oleh Tahmasp I. Namun begitu, ibu kota Iran ditukar ke tempat lain ketika zaman Abbas I. Pertukaran berpunca daripada peristiwa dimana beliau jatuh sakit ketika melewati kota ini dalam peperangan menentang tentera Uzbek.

Pada awal abad ke 18, Karim Khan Zand memerintahkan agar dibina sebuah istana dan juga beberapa pejabat kerajaan di Teheran, berkemungkinan ingin menjadikan Teheran sebagai pusat pemerintahan Parsi. Tetapi selepas itu, beliau menukar pusat pemerintahannya ke Shiraz. Pada tahun 1795, ketika Parsi dibawah pemerintahan Qajar, Raja Agha Mohammad Khan menjadikan Teheran sebagai ibu kota Empayar Parsi.[8] Teheran terus menjadi pusat pemerintahan Iran dengan penggubalan perlembagaan baharu merasmikankan statusnya dalam kerajaan Iran pada 6 Oktober 1907; tarikh ini diraikan sebagai "Hari Tehran".[9]

Kota ini menjalani kerja-kerja raya mendadak pada tahun-tahun 1933 dan 1937 untuk membuka ruang prasarana pengangkutan sehingga menyebabkan perobohan sebilangan bangunan bersejarah.[10][11] Ketika zaman pemerintahan Shah Mohammad Reza juga, banyak mercu tanda lama di Teheran turut dirobohkan atau dibiarkan kerana baginda berpendapat mercu tanda mercu tanda dan bangunan-bangunan lama tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kota moden. Kebanyakan binaan ini diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan baru.

Ketika tercetusnya Perang Teluk, Teheran dibedil dengan peluru berpandu Iraq menyebabkan banyak infrastrukturnya rosak teruk dan ramai penduduk awamnya terkorban.

Geografi sunting

Muka bumi sunting

Kawasan terangkum dalam Teheran mempunyai banyak tempat yang berbeza ketinggian sehingga menjejaskan suhu persekitaran: misalnya Dataran Tajrish di kawasan utara kota terletak setinggi 1712.6 m dari paras laut manakala stesen kereta api kota di selatan jauh lebih rendah dengan 1117 meter dihubungkan Jalan Valiasr yang yang berjarak 17.3 kilometer.[12] Kawasan utara lebih berbukit-bukau cenderung sejuk berbanding di selatan.

Suhu dan iklim sunting

Teheran mempunyai iklim separuh gersang sejuk (pengelasan iklim Köppen: BSk) bercirikan iklim benua dengan corak kerpasan mirip iklim Mediterranean dipengaruhi kedudukan ia antara pergunungan Alborz di utara dan kawasan bergurun tengah Iran.

Data iklim untuk Tehran-Shomal (north of Tehran), Altitude: 1548.2 M from: 1988–2005
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 16.4
(61.5)
19.0
(66.2)
23.8
(74.8)
33.6
(92.5)
33.6
(92.5)
37.8
(100.0)
39.8
(103.6)
39.4
(102.9)
35.6
(96.1)
31.2
(88.2)
23.0
(73.4)
19.0
(66.2)
39.8
(103.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 6.1
(43.0)
8.1
(46.6)
12.9
(55.2)
19.8
(67.6)
25.0
(77.0)
31.2
(88.2)
33.9
(93.0)
33.5
(92.3)
29.3
(84.7)
22.4
(72.3)
14.3
(57.7)
8.6
(47.5)
20.4
(68.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −1.5
(29.3)
−0.2
(31.6)
4.0
(39.2)
9.8
(49.6)
14
(57)
19.6
(67.3)
22.6
(72.7)
21.9
(71.4)
17.5
(63.5)
11.6
(52.9)
5.4
(41.7)
1.0
(33.8)
10.5
(50.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −11.4
(11.5)
−11.0
(12.2)
−8.0
(17.6)
−1.6
(29.1)
3.0
(37.4)
12.0
(53.6)
15.4
(59.7)
13.5
(56.3)
8.8
(47.8)
2.6
(36.7)
−5.2
(22.6)
−9.6
(14.7)
−11.4
(11.5)
Purata kerpasan, mm (inci) 63.1
(2.48)
66.5
(2.62)
83.3
(3.28)
50.1
(1.97)
27.1
(1.07)
4.0
(0.16)
4.2
(0.17)
3.2
(0.13)
3.4
(0.13)
16.5
(0.65)
41.3
(1.63)
66.3
(2.61)
429
(16.9)
Purata bilangan hari hujan 12.3 10.9 12.3 10.0 8.9 3.3 3.4 1.6 1.3 5.8 8.6 10.7 89.1
Purata bilangan hari salji 8.9 6.6 2.5 0.1 0.1 0 0 0 0 0 0.6 4.9 23.7
Purata kelembapan relatif (%) 67 59 53 44 39 30 31 31 33 44 57 66 46
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 137.2 151.1 186.0 219.1 279.8 328.7 336.6 336.8 300.5 246.8 169.4 134.1 2,826.1
Sumber: [13]

Ekonomi sunting

Sekitar 30% tenaga buruh daripada sektor awam dan 45% firma industri besar terletak Teheran. Hampir setengah daripada tenaga buruh di Teheran bekerja di sektor kerajaan dan selebihnya berkerja di kilang-kilang, perniagaan-pernigaan kecil, dan juga pengangkutan. Pelaburan asing terutamanya dari negara-negara barat, di kota ini adalah rendah berikutan hubungan keruh kerajaan Iran dengan negara-negara barat. tetapi, sebelum revolusi Iran, terdapat banyak syarikat-syarikat barat beroperasi di Teheran. Industri-industri moden di Teheran kebanyakannya adalah industri pembuatan seperti pembuatan barangan elektrik dan elektronik, tekstil, makanan, bahan kimia dan senjata api. Terdapat juga industri otomobil dan berdekatan Teheran, terdapat pusat penapisan minyak. Pasaran saham awam Teheran pula dikenali sebagai Bursa Saham Teheran.

Bandar-bandar kembar sunting

Tehran dikembarkan bersama bandar-bandar:[14][15][16][17]

Rujukan sunting

  1. ^ "City of Tehran Statisticalyearbook" (PDF).
  2. ^ Tehran, Environment & Geography Diarkibkan 2015-11-17 di Wayback Machine. Tehran.ir.
  3. ^ "Statistical Center of Iran > Home" (PDF).
  4. ^ "Major Agglomerations of the World - Population Statistics and Maps". citypopulation.de. 2018-09-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-13.
  5. ^ Urban population: Data for Tehran County. ~97.5% of county population live in Tehran city
    Metro population: Estimate on base of census data, includes central part of Tehran province and Karaj County and Fardis from Alborz province
  6. ^ "World: largest cities and towns and statistics of their population". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2010. Dicapai pada 5 August 2010.
  7. ^ Ali Madanipour. "Tehran (Iran) : Introduction". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 17 Mei 2021.
  8. ^ Amanat, Abbas (1997). Pivot of the Universe: Nasir Al-Din Shah Qajar and the Iranian Monarchy, 1831–1896. University of California Press. ISBN 9780520083219. Dicapai pada 26 Disember 2014.
  9. ^ Fatemeh Askarieh (6 Oktober 2018). "Citizens of Capital Mark Tehran Day on October 6". Iran Front Page.
  10. ^ Chaichian, Mohammad (2009). Town and Country in the Middle East: Iran and Egypt in the Transition to Globalization. New York: Lexington Books. m/s. 95–116. ISBN 978-0-7391-2677-6.
  11. ^ Vahdat Za, Vahid. (2011). "Spatial Discrimination in Tehran's Modern Urban Planning 1906–1979". Journal of Planning History. Texas A&M University. m/s. 49–62. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2015.
  12. ^ Tools, Free Map. "Elevation Finder". www.freemaptools.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2017.
  13. ^ I.R. OF IRAN SHAHREKORD METEOROLOGICAL ORGANIZATION (IN PERSIAN) Diarkibkan 2017-08-29 di Wayback Machine. 1988–2010
  14. ^ "گذری بر خواهرخوانده تهران در شرق اروپا". isna.ir (dalam bahasa Parsi). Iranian Students' News Agency. 2018-03-21. Dicapai pada 2020-06-18.
  15. ^ "The Twin Cities of Oxford, Cambridge and London". oxford-royale.com. Oxford Royale Academy. 2017-02-16. Dicapai pada 2020-06-18.
  16. ^ "Twin towns of Minsk". minsk.gov.by. Minsk. Dicapai pada 2020-06-18.
  17. ^ "Gradovi pobratimi: Spisak". sarajevo.ba (dalam bahasa Bosnia). Sarajevo. Dicapai pada 2020-06-18.

Pautan luar sunting