Orang Uzbek

(Dilencongkan dari Uzbek)

Uzbek merupakan etnik yang menggunakan bahasa Uzbek di Asia Tengah . Mereka ramai tinggal di Lembah Fergana terutama di negara Uzbekistan , Kyrgyzstan, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan, Kazakhstan, Russia, Mongolia , Xinjiang dan Uyghur, China. Selain itu diaspora Uzbek tersebar ke Iran, Pakistan, Turki, Arab Saudi, Amerika Utara dan Eropah Barat.

Orang Uzbek
Oʻzbeklar
Jumlah penduduk
34.7 million
Kawasan ramai penduduk
 Uzbekistan23.9 million[1]
 Tajikistan1.9 million[2]
 Afghanistan3.5 million[3]
 Kyrgyzstan740,000[4]
 Kazakhstan371,000[5]
 Turkmenistan260,000[6]
 Rusia428,000[7]
 Arab Saudi170,000
 Pakistan110,000[8]
 Amerika Syarikat50,000
 Turki30,000
 Republik Rakyat China14,800[9]
 Ukraine13,000[10]
 Kanada10,000
 Australia8,000
 Brazil4,000
 Perancis2,000
Bahasa
Uzbek
(northern and southern dialects)
Agama
Islam (predominantly Sunni)
Kumpulan etnik berkaitan
neighboring Turkic and Iranian peoples

Asal nama sunting

Asal usul nama masih dipertikaikan. Sejarawan mengaitkan nama Usbek dengan nama pemimpin tempatan bernama Uzbeg Khan. Nama itu dikaitkan dengan Oz (diri) dan 'Beg/Bek/Bey' (pemimpin).

Abad 13 sunting

Pada abad 13, ketik tentera Turki dan Mongol menjajah dan menjarah , penduduk Asia Tengah terdiri daripada kaum Iran seperti puak Sogdian, Bactrian dan Saka–Massagetae. Bahasa yang digunakan mirip bahasa Parsi yang menjadi lingua franca - bahasa pertuturan dalam penyebaran agama Islam. Ketika Empayar Mongol berkuasa, ramai yang pindah ke selatan ke wilayah Pamir.

Era Stalin sunting

Diktator Kesatuan Soviet Josep Stalin telah memecahkan kawasan Lembah Fergana ini kepada 3 negeri utama iaitu Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Turkistan serta Kazakstan tanpa mengambil kira penduduk asal. Persempadan ini tidak diteliti mengikut kaum . Ketika itu musuh bersama mereka ialah Rusia dan melupakan sementara masalah hubungan etnik. Setelah merdeka dari Rusia pada 1991, sengketa etnik ini timbul kembali.

Nasib etnik Uzbek di Kyrgyzstan sunting

Etnik Uzbek merupakan etnik minoriti di selatan Kyrgyzstan terutama di Osh dan Jalal-Abad. Kehadiran mereka tidak disenangi kerana mereka mempunyai kedai dan kawasan perumahan di situ. Kemuncaknya , apabila Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev dari etnik Kyrgyz digulingkan pada April 2010. Pemimpin sementara Roza Otunbayeva dipercayai menyebelahi etnik Uzbek.

Pertubuhan hak asasi manusia berpangkalan di New York, Human Right Watch (HRW) mendapati keganasan etnik di Kyrgyzstan ketika ini dilakukan secara sistematik dan dirancang rapi. Tidak dapat tidak, pungutan suara mengenai Perlembagaan Kyrgyzstan yang baru pada 27 Jun 2010 akan mencetuskan pertempuran di antara etnik Kyrgyz dan minoriti Uzbek lebih sengit. Etnik Uzbek menuduh pasukan keselamatan kerajaan terbabit dalam serangan di kawasan penempatan mereka. Polis mendakwa penduduk setempat mencuri senjata dan kenderaan perisai mereka.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting