MK K-Clique

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Hairi Amin bin Hamdan (lahir 27 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai MK adalah merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran dari Tawau, Sabah dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique.

MK K-Clique
Kelahiran
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan

(1996-07-27) 27 Julai 1996 (umur 27)
Nama lainHairi, Mat
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Dengan Kepujian
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–kini
PasanganSiti Hajaar Sheikh Nordin (k. 2023) [1]
Ibu bapaHamdan (bapa)
Kamariah (ibu)
Kerjaya muzik
GenreHip Hop, Mainstream, Underground
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records
Pengkarya berkait
K-Clique, Sleeq, Nabila Razali, Yonnyboii, Joe Flizzow, Jay Park, Caprice, Zynakal, MeerFly, Kidd Santhe.

Kehidupan peribadi sunting

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Hairi Amin bin Hamdan yang dikenali umum sebagai MK (K-Clique) dan nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat. Dilahirkan pada 27 Julai 1996 di Hospital Besar, Tawau, Sabah. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau. Beliau juga merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua orang daripadanya telah meninggal dunia. Beliau berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah. Dia juga merupakan anggota kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. [2]

Diskografi sunting

Single bersama K-Clique sunting

Tahun Judul Dirakamkan oleh
2018 "Lane Lain Line" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Sah Tu Satu" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Memorabilia" (feat. XNADS) Gnello, FareedPF
"Licik" Tuju
2019 "Warna" Tuju, MK
"Mimpi" (feat. Alif) Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean
"Beg 2 Back" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Kamu Okay" Noki, Gnello, NastyNas, KDeaf
2020 "Kitta Move" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Merais" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf
"Pulang" (feat. AJ) MK, Gnello, SoMean
2021 "Sebelum/Paracetamol" Tuju, Noki, MK, Gnello, FareedPF, SoMean, NastyNas, KDeaf

Single sebagai artis undangan/kolaborasi sunting

Tahun Judul
2019 "Bal" (Tuju, MK, Caprice & Zynakal)
"BossKu" (MeerFly feat. Tuju, Somean & MK)
"Haa Tepok" (MeerFly feat. MK & Kidd Santhe)
"Noir" (FareedPF feat. Gnello, MK, AxelJonas & IYB Midnight)
"Adakah Kau Menungguku" (Naim Daniel feat. Tuju)
"Sampai Mana" (AJ feat. Somean)
2020 "X Missing U" (Tuju bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Yonnyboii)
"Gila" (Noki bersama Kaka Azraff & LOCA B)
"Ulang Tahun" (AJ feat. Tuju)
"Hati" (AJ feat. Gnello & Noki)
"AEWO" (Shiha Zikir feat. Noki)
"Peluang Kedua" (Nabila Razali feat. MK)
"Jauh" (Alan D, AxelJonas & Somean)
"Empati" (TUJULOCA)
"Tak Tahu" (Harith Zazman feat. TUJULOCA)
2021 "Ciao" (Joe Flizzow, MK feat. Jay Park)
"Witness" (Gnello, Benzooloo & NastyNas) [Prod. Wolfy]
"Camtu" (SENNA feat. MK & Wolfy)
"Veto" (DJ CZA, TUJULOCA & MK)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Marabahaya Underground MK Filem pertama
2022 Bunga dan Kayu Noah
Rompak Daniel
7 Minggu Sebelum Kahwin Amar Baharom
2024 Rebel: Berontak Untuk Berotak Bono
TBA Paku Tanah Jawa Filem Indonesia

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 The Hotel Sean Astro Ria Drama pertama
Oh My Hantaran Rizal TV9
2023 I Love You, Stupid Firman Eibrahim Viu & TV3

Web Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Jendela Hati Lukman Hafizi Viu

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 MeleTOP Dirinya sendiri Astro Ria Bersama K-Clique.
Unplugged
Trek Selebriti Tetamu jemputan episod 9.
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3 Duet bersama Noki

Video Klip sunting

Tahun Tajuk Lagu Penyanyi
2020 "Peluang Kedua" Nabila Razali
2022 "Aku Terluka"

Rujukan sunting

  1. ^ MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar
  2. ^ Mustazah GP "Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi MK K-Clique" Iluminasi. Dicapai pada 24 Oktober 2019

Pautan luar sunting