Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali sebagai Zynakal (lahir 19 Disember 1998) merupakan seorang penyanyi, rapper dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan mengarang dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi popular tanah air. Beliau mencipta nama sebagai komposer untuk lagu "Sabar" oleh Ismail Izzani dan "Bukan Yang Terbaik" oleh Adzrin. Pada tahun 2018, beliau melancarkan single sulungnya, "Terbang".

Zynakal
Kelahiran
Muhammad Raziq bin Rosli

(1998-12-19) 19 Disember 1998 (umur 25)
PekerjaanRapper, penyanyi, komposer, penerbit rakaman, pelakon
Tahun aktif2018–kini

Kerjaya sunting

Sebelum memulakan kerjaya sebagai penyanyi, Zynakal bekerja di belakang tabir sebagai komposer dan penerbit rakaman dan pernah mencipta lagu termasuk "Sabar" nyanyian Ismail Izzani, "Selamat Tinggal Sayang" oleh Haqiem Rusli dan "Terasa Cinta" oleh pasangan bersaudara Fara Hezel dan Aiman Tino.

Zynakal melancarkan single sulungnya, "Terbang" pada 19 September 2018 hasil nukilan dirinya sendiri bersama Sufian Suhaimi, Sabbala dan Faiz Ruzaini. Majlis pelancaran single itu diadakan di Colombo, Sri Lanka.[1] Muzik video rasminya telah meraih jumlah tontonan di YouTube sebanyak 330,000 tontonan dalam masa tiga hari sejak dilancarkan.

Kolaborasi beliau bersama Yonnyboii pada 2019, "Cemburu" dan "Sakit" meraih 1 juta dan 37 juta tontonan di YouTube.[2] "Sakit" telah menduduki #1 di carta RIM ‘Single Paling Distrim di Malaysia’ selama lapan minggu berturut-turut, sekaligus melancarkan kerjaya Zynakal di media arus perdana.

Kehidupan peribadi sunting

Menurut Zynakal, nama pentas beliau mula digunakannya sejak di bangku sekolah.[1] Beliau juga ialah anak saudara kepada penyanyi dan vokalis kumpulan Slam, Zamani kerana ibunya, Zuraidah Ibrahim ialah kakak kepada Zamani.[1][3]

Pada 30 Ogos 2019, Zynakal mengaku bersalah kerana mencederakan seorang petugas stesen minyak dan menghalang tugas polis dua hari sebelumnya, iaitu pada 28 Ogos. Beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak di stesen minyak Petronas Pandan Prima, Ampang. Beliau membayar denda bagi kedua-dua kesalahan tersebut.[4] Zynakal kemudian menyatakan kekesalannya atas kesilapan lalu dan bertekad untuk memperbaiki kelemahan diri.[5]

Zynakal mendedahkan dalam satu temubual bersama media bahawa beliau telah menderita gangguan bipolar mania pada penghujung 2019 akibat kecaman yang diterimanya di media sosial. Beliau turut mendedahkan pernah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur bagi memulihkan penyakitnya.[6][7]

Ibunya, Zuraidah meninggal dunia pada 26 September 2020 akibat jangkitan kuman dalam darah.[8][9]

Diskografi sunting

Single sunting

  • "Terbang" (2018)
  • "Cemburu" (2019)
  • "Sakit" (2019)
  • "Perasaan" (2020)
  • "Sayang Aku Tanya Apa Khabar" bersama Dayang Nurfaizah (2021)
  • "Tak Sangka" bersama Yonnyboii, Asyraf Nasir (2021)
  • "Tak Sangka (SeaTravel Remix)" bersama Yonnyboii, Asyraf Nasir (2021)
  • "High Land" bersama MDA, Boi Tasik (2021)
  • "Narsis" bersama Elizabeth Tan (2022)
  • "Beli Jiwa" (2022)

Lagu ciptaan sunting

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Cinta Amnesia Huzair TV3 Drama pertama

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Yonnyboii) Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 (Semi-final) Peserta (bersama Yonnyboii) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Ramlah Zainal (3 Januari 2019). "Cubaan Zynakal berhasil". Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Januari 2020). "Zynakal tak mahu sakit lagi". Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  3. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (10 November 2018). "Zamani sumber inspirasi Zynakal". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  4. ^ Abdul Rahim Sabri (30 Ogos 2019). "Cederakan pekerja stesen minyak, penyanyi Zynakal didenda RM2,800". ProjekMM. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  5. ^ Nadia Azam (11 Januari 2020). "Zynakal kesal kasari pekerja stesen minyak". Malaysiakini. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  6. ^ Hanafis Haris (11 Januari 2020). "Penyakit bipolar mania berpunca daripada pengaruh dadah dan kecaman netizen, ini penjelasan Zynakal". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  7. ^ "Zynakal disahkan hadapi penyakit mental, kini sedang dirawat". Rotikaya. 2 September 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 September 2019). "Zynakal luah rasa kehilangan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  9. ^ "Ibu Zynakal meninggal dunia". Berita Harian. 29 September 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2019.

Pautan luar sunting