Haqiem Rusli
Ridzuan Haqiem Rusli (Jawi: رضوان حكيم رسلي; lahir 16 Jun 1998) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia.[2][3][4] Haqiem memulakan langkah dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama. Pada tahun 2016, beliau melancarkan album studio pertamanya, Segalanya.[5][6]
Haqiem Rusli | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Ridzuan Haqiem bin Rusli |
Kelahiran | Hulu Langat, Selangor, Malaysia | 16 Jun 1998
Genre | Balada, pop, R&B, slow rock, |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2008–kini |
Syarikat rakaman | FMC Music Trinity Optima Production (edaran di Indonesia) |
Pengkarya berkait | Didi Astillah, Aman RA, Azzam Sham, Aziz Harun, Alif Abdullah, The BeeSings |
Pasangan | Wan Anis Sofea Wan Zamzuri (k. 2021)[1] |
Kehidupan awal
suntingHaqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.
Adik bongsunya, Zali Rusli turut berkecimpung dalam bidang muzik.[7]
Kerjaya
suntingHaqiem Rusli mula bertapak dalam industri muzik tanah air ketika berusia 10 tahun apabila beliau menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim pertama di TV3 pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara.[8]
Beliau meneruskan perjalanan seninya dengan menganggotai kumpulan The Beesings, yang memulakan kerjaya pada tahun 2012 dan pada asalnya terdiri daripada lima orang ahli iaitu Haqiem sendiri, Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross.[9]
Kemudian pada tahun 2014, Haqiem menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil Ultra (TV3) yang merupakan rancangan nyanyian yang menggabungkan bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam untuk kembali berentap di satu pentas. Namun, Haqiem tidak berjaya mara ke peringkat akhir.
Pada penghujung tahun yang sama beliau menyertai sebuah lagi pertandingan nyanyian lain yang menampilkan kumpulan remaja di TV3 Pop Krew, rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil yang boleh menyanyi dan menari. Haqiem menganggotai kumpulan Novemboys yang menjadi anak didik penyanyi Tomok dan berjaya menjuarai pertandingan itu.[10]
Haqiem menyertai program nyanyian realiti TV3, Mentor Milenia 2016 dengan menggunakan nama pentas Haq. Beliau mengikuti ujibakat mentor Black dan berjaya disenaraikan sebagai antara peserta terbaik selain Qody dan Wanie yang bakal dipilih menjadi protege Black. Semasa persembahan penentuan, Haqiem menyanyikan lagu "Bukan Dia Tapi Aku" nyanyian asal Judika, namun tidak berjaya dipilih sebagai protege Black pada persembahan itu.[11][12][13]
Walau bagaimanapun pada 2016, Haqiem telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya "Segalanya", "Tergantung Sepi" dan "Jatuh Bangun" (duet bersama Aman RA).[14]
Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu "Segalanya" dan "Tergantung Sepi", namun hanya lagu "Tergantung Sepi" yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga. Album pertamanya, Segalanya dikeluarkan pada April 2018 memuatkan 8 lagu termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris, "Qiemillio".
Selain itu, Haqiem turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM, sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan digital yang dianjurkan sepenuhnya oleh Hot FM. Haqiem berjaya menjadi juara pada minggu pertama dan keempat, namun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.[15]
Beliau juga turut diberi kepercayaan oleh Astro Ria untuk menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk "Meletop", kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif.
Haqiem sekali lagi berjaya membawa dua buah lagu ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 iaitu "Selamat Tinggal Sayang" dan "Jatuh Bangun" kolaborasi bersama Aman RA. Namun sama seperti tahun yang lalu, hanya sebuah lagu sahaja iaitu "Jatuh Bangun" yang berjaya ke peringkat akhir.
Sejak terlibat dalam industri muzik, Haqiem bukan sahaja mencipta lagu untuk dirinya sendiri malah beliau turut menghasilkan lagu untuk penyanyi popular lain seperti Sufi Rashid, Tajul Ariff dan Usop. Usaha beliau membuahkan hasil apabila bakatnya telah diiktiraf oleh Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) dengan memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2019. Haqiem juga turut mendapat anugerah khas daripada Astro dalam kategori Komposer Meningkat Naik di Konsert Throwbaek 2019.[16][17][18][19]
Haqiem berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) melalui lagu "Lembah Kesepian", dan lagunya berjaya memenangi Anugerah Pilihan Peminat Setel yang dipilih melalui undian dalam aplikasi Setel, bermula 30 Januari 2020.[20][21][22]
Pada November 2020, Haqiem bekerjasama dengan Naim Daniel dan Hael Husaini menerusi lagu bertajuk "Lara".[23]
Pada 13 November, beliau telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33.[24][25] Beliau turut memenangi Penyanyi Lelaki Popular[26] dan Lagu Paling Boom Popular menerusi "Lembah Kesepian" di anugerah sama.[27]
Di Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember, Haqiem bersama Siti Nordiana meraih kemenangan besar.[28]
Kehidupan peribadi
suntingHaqiem mendedahkan dalam satu temubual pada Julai 2018 bahawa beliau disahkan menghidap moderate depression (kemurungan sederhana) oleh pakar psikiatri di sebuah hospital swasta pada 6 Julai.[29]
Haqiem menunaikan hasrat ibunya, Nazrah Ahmad Nordin untuk membeli kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai RM122,800. Menurutnya, hasrat itu telah diluahkan oleh ibunya sejak awal 2020. Beliau berkata kepada Harian Metro: "...sekarang baru ada rezeki untuk kami beli. Saya dan ibu, berkongsi wang membelinya bersama-sama".[30]
Pada Oktober 2020, beliau telah membeli kereta Mercedes-Benz GLC200 yang bernilai RM200,000. Beliau turut memilih tahun kelahirannya, 1998 sebagai nombor pendaftaran keretanya.[31]
Beliau juga memiliki sebuah restoran yang beroperasi di Setapak.[32]
Beliau disahkan negatif COVID-19 selepas melakukan ujian calitan pada Januari 2021.[33][34]
Pada 19 November 2021, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada jam 3.40 petang. Pasangan iini dinikahkan oleh jurunikah yang juga Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000. Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.[1]
Diskografi
suntingAlbum
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Segalanya |
|
Single
suntingTajuk | Menampilkan | Tahun |
---|---|---|
"Janji Puteri" | 2010 | |
"Rindu Pulang" | Wada | 2012 |
"Luar Biasa" | The BeeSings | |
"Pentas Dunia" | ||
"Hero Bola" | Didi Astillah | 2013 |
"Fall" | Novemboys | 2014 |
"Cuba Lagi" | 2015 | |
"Segalanya" | 2016 | |
"Tergantung Sepi" | 2017 | |
"Lebaran Terindah" | Artis FMC Music | |
"Jatuh Bangun" | Aman RA | |
"Meletop" | Aziz Harun dan Alif Abdullah | 2018 |
"Qiemilio" | ||
"Perjalanan" | ||
"Sayang" | ||
"Girang Syawal Tiba" | Artis FMC Music | |
"Selamat Tinggal Sayang" | ||
"What Can I Do For You?" | 2019 | |
"Lembah Kesepian" | ||
"Bangkit" | 2020 | |
"Adlina Marie" | ||
"Mimpi" | ||
"Hitam Saksi Putih" | 2021 | |
"Aku, Hati dan Perasaan" | 2022 | |
"Sekolahku Sejahtera" | Kementerian Pendidikan Malaysia | |
"Di Alam Fana Cintamu" | Afieq Shazwan | |
"Di Sebalik Rahsia" | 2023 | |
"Sangkar Derita" | 2024 |
Diskografi penerbitan
suntingHaqiem Rusli memperluaskan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik melalui lagu ciptaan pertamanya bersama dengan Ippo Hafiz dan Irfan Haris, "Pesan", yang juga dinyanyikan oleh Irfan. Selain mencipta lagu dan lirik secara solo, Haqiem juga turut bekerjasama dengan komposer berbakat seperti Ibnu & Gouffran.
Tajuk | Penyanyi | Tahun |
---|---|---|
"Pesan" | Irfan Haris | 2017 |
"Tersiksa" | Putera Band | |
"Aku Sendiri" | Sufi Rashid | |
"Sahabat" | Adly Sofwan | |
"Jatuh Bangun" | Dirinya sendiri bersama Aman RA | |
"Cinta dan Rindu" | Ary Klangit | 2018 |
"Selamat Tinggal Sayang" | Dirinya sendiri | |
"Qiemilio" | ||
"Sayang" | ||
"Perjalanan" | ||
"Aku Yang Bersalah" | Usop | |
"Kenangan" | Zack Zakwan | 2019 |
"What Can I Do For You?" | Dirinya sendiri | |
"Ibu" | Tajul Ariff | |
"Lembah Kesepian" | Dirinya sendiri | |
"Luka dan Bahagia" | Jang Han-byul | |
"Bangkit" | Dirinya sendiri | 2020 |
"Adlina Marie" | ||
"Mimpi" | ||
"Sejarah Cintaku" | Usop | 2021 |
Filemografi
suntingDrama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Que | TV3 | Drama pertama |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Roket Kertas | Dirinya sendiri | Astro Ceria |
2018 | Tergantung Rindu | Irfan | Astro Citra |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Idola Kecil Di Rumah | Juri | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Baru Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu ke-32 | Terbuka | "Tergantung Sepi" | Menang | |
2018 | ERA Digital Muzik Awards 2018 | Lagu Paling Viral | "Selamat Tinggal Sayang" | Menang |
Penyanyi Kolaborasi Terbaik | "Jatuh Bangun" (bersama Aman RA) | Menang | ||
Temubual Terbaik Carta ERA | — | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 | Penyanyi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
Artis Sensasi Popular | Menang | |||
Lagu Paling Boom | "Selamat Tinggal Sayang" | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu ke-33 | Terbuka | "Jatuh Bangun" | Tercalon | |
Anugerah Planet Muzik 2018 | Kolaborasi Terbaik (Lagu) | "Aku Sendiri" (bersama Sufi Rashid) | Tercalon | |
Lagu Paling Popular APM | "Tergantung Sepi" | Menang | ||
Anugerah MeleTOP Era 2018 | Lagu MeleTOP | "Tergantung Sepi" | Tercalon | |
Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2019 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 | Lagu Pilihan | "Jatuh Bangun" (bersama Aman RA) | Menang |
Anugerah MACP 2019 | Komposer Muda Berpotensi | Dirinya sendiri | Menang | |
Anugerah Juara Lagu ke-34 | Terbuka | "Lembah Kesepian" | Tercalon | |
Konsert Throwbaek 2019 | Komposer Meningkat Naik | Dirinya sendiri | Menang | |
Anugerah MeleTOP Era 2019 | Lagu MeleTOP | "Tergantung Sepi" | Tercalon | |
"Jatuh Bangun" (bersama Aman RA) | Menang | |||
Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | Penyanyi Lelaki Popular Malaysia | Menang | |
Lagu Paling Boom Popular | "Lembah Kesepian" | Menang | ||
Bintang Paling Popular | Dirinya sendiri | Menang | ||
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Lagu MeleTOP | "Lembah Kesepian" | Menang | |
Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri | Menang | ||
Top Top Lelaki MeleTOP | Menang | |||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Tempat Ketiga | "Mimpi" | Menang |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b Syafil Syazwan Jefri (19 November 2021). "Kos majlis kahwin Haqiem Rusli RM7 juta, hantaran RM100,000". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2021.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Oktober 2020). Kian menjadi Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
- ^ Georgie Joseph (4 April 2020). Haqiem penting lagu 'berisi' Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
- ^ Najiy Jefri (4 Januari 2020). Kejayaan tidak beri tekanan Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Michelle Gun (21 Disember 2017). Album khas untuk peminat Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 September 2017). Haqiem ada matlamat tersendiri Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2017.
- ^ Qarami Hashim (3 Oktober 2020). Teruja setiap kali tengok persembahan abang, adik Haqiem Rusli ikut jadi penyanyi - "Zali masih muda... saya akan bantu dia bina nama" mStar Online. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (28 Julai 2019). Haqiem sudah jangka Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2019.
- ^ Budiey (7 Januari 2013). Gambar kumpulan The BeeSings di Karpet Merah AJL27 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 November 2014.
- ^ Feride Hikmet Atak (28 Disember 2014). Novemboys juara pertandingan Pop Krew mStar Online. Dicapai pada 13 Januari 2015.
- ^ Nuri, Zetty, Qody dan Wanie terpilih, Ain kecundang Galaksi Media. 12 Januari 2016. Dicapai pada 13 November 2016.
- ^ Haq is back! Throwbaek Haqiem Rusli dalam Mentor waktu direject Black XTRA. 4 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
- ^ Pernah tewas! 5 selebriti popular ini bangkit dari Mentor Murai.my. Dicapai pada 16 November 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (23 September 2017). Jatuh bangun Haqiem Rusli Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2017.
- ^ Ardini Sophia Sina (5 Mac 2018). Siapa artis paling fantastik Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2018.
- ^ Najiy Jefri (16 Januari 2020). Kejayaan tidak beri tekanan Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2020.
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (18 November 2019). Haqiem mahu gilap bakat baru Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2019.
- ^ Khai Azfar (17 November 2019). Haqiem Rusli menang Anugerah Komposer Muda Berbakat 2019 Murai.my. Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Syafiqa Irdina (22 November 2019). Baru 2 tahun bergelar artis, Haqiem Rusli menang komposer muda berpotensi XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ Fahmirul Aizat Basmi (23 Januari 2020). Nyanyian Haqiem Rusli terhenti kerana terlalu sibuk - "Terkenang dulu lagu itu dikritik, sekarang nyanyi sama-sama" mStar Online. Dicapai pada 16 Februari 2020.
- ^ Amirul Asraf (10 Februari 2020l0). Ramai mata masuk habuk lihat persembahan Haqiem Rusli dengan otai Rosyam Nor Oh Bulan!. Dicapai pada 16 Februari 2020.
- ^ Ramlah Zainal (9 Disember 2019). 'Persembahan penuh drama' Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ Azra Azuar (7 November 2020). Gabungan tiga jejaka Hael, Naim dan Haqiem merintih Lara Diarkibkan 2020-11-24 di Wayback Machine Hot FM. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Zaidi Mohamad dan Ahmad Johari Mohd Ali (13 November 2020). Haqiem Rusli rangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33 Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ Hanafis Haris (13 November 2020). Dapat lebih 22 juta undian, Haqiem Ruali dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33 Astro Gempak. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ Haqiem Rusli menang Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ Lagu Haqiem Rusli paling boom Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ Tahun Haqiem Rusli, Siti Nordiana ungguli AME2020 Astro Awani. 20 Disember 2020. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (6 Julai 2018) Pakar sahkan Haqiem menghidap 'moderate depression' Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2018.
- ^ Norhayati Nordin (2 November 2020). Haqiem Rusli beli kereta Proton X70 untuk ibu Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Oktober 2020). Haqiem Rusli 'sambar' Mercedes-Benz GLC200 Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2020.
- ^ S. Indra Sathiabalan (15 Januari 2021). "On top of his game". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (15 Januari 2021). "Haqiem buat ujian calitan". Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Januari 2021). "Haqiem negatif COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.