Didi Astillah
Dayang Nazilah binti Awang Astillah (lahir 28 Ogos 1996) atau lebih dikenali dengan nama pentas Didi Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.[1]
Didi Astillah | |
---|---|
Nama lahir | Dayang Nazilah binti Awang Astillah |
Kelahiran | Sabah, Malaysia | 28 Ogos 1996
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, penari |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1999–kini |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
KerjayaSunting
NyanyianSunting
Bakat seni Didi mula dicungkil ketika berusia 3 tahun apabila Didi bergabung dengan kakaknya, Bella Astillah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya. Melalui album kanak-kanak ini, Didi dan kakaknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Didi mula berkembang dan berjaya menghasilkan 10 album.[2]
Didi juga pernah merakamkan album nasyid yang berjudul Jom Beribadat terbitan FMC bersama kumpulan nasyid remaja yang digelarkan Puteri.[3].
Percaya dan yakin dengan bakat yang ada pada dirinya, Didi menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Tidak berhenti disitu, pada tahun 2010 Didi menyertai program pencarian bakat Kamilah Bintang musim pertama terbitan Astro Ceria dan berjaya muncul juara pada minggu ketiga[4].
Atas kecintaannya pada dunia nyanyian, Didi tidak jemu bereksperimentasi dan pernah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi remaja seusianya, antaranya Didi pernah menganggotai kumpulan pop remaja yang dikenali sebagai Miracle 5 dan kumpulan vokal remaja, The BeeSings. Didi menganggotai Miracle 5 bersama 4 lagi remaja perempuan yang boleh menyanyi dan menari dan mereka telah menyanyikan semula lagu popular Adzrin Adzhar yang bertajuk Pujaan Malaya.[5] Didi menganggotai The BeeSings bersama dengan Fimie Don, Azzam Sham, Haqiem Rusli dan Aida Ross. Kumpulan The BeeSings sempat mengeluarkan dua single yang bertajuk Pentas Dunia dan Luar Biasa dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat cilik dan remaja tanahair.[6].
Menyedari bakat Didi serta pakej menyeluruh yang boleh ditawarkan oleh Didi, Warner Music Malaysia telah melamar Didi sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni. Bersama Warner Music Malaysia, Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul Didi Astillah yang menampilkan konsep muzik pop dance. Dalam usaha membawa imej baru sesuai dengan usia Didi yang menginjak dewasa, Didi memastikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut agar tampil segar dan lebih matang berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamnya ketika kecil/remaja.[7].
Didi kini tampil dengan single pertama berjudul Fikirkan Kamu ciptaan Posan Tobing, seorang komposer daripada Indonesia yang pernah menerbitkan lagu popular Sayang nyanyaian Shae.[8].
LakonanSunting
Sebagai seorang anak seni yang dikurniakan pelbagai bakat, Didi juga aktif mengasah bakanya dalam bidang lakonan yang mana Didi pernah muncul sebagai pelakon cilik/remaja dalam produksi-produksi tempatan:
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2009 | Skrip 7707 |
2010 | Damping Malam |
TelefilemSunting
Stesen TV | Tajuk |
---|---|
TV2 | Misi Aleesya Natasha |
TV1 | Esok Hari Raya |
TV3 | Sketsa Raya |
TV2 | Hasanah |
TV9 | Cinderella Story |
TV9 | Idola Kecil the Muzikal |
TV3 | Potret Aidilfitri |
Astro Citra | Kahwin-Kahwin |
TelevisyenSunting
Stesen TV | Tajuk |
---|---|
Astro Ceria | Afi Dan Abah |
TV2 | Selamat Pagi Putera Puteri |
TV2 | Gempur Sindiket Interlet |
TV2 | Tok Teh |
TV2 | Dilema Wanita |
TV1 | Nak Pulang Tak Pulang |
TV9 | Idola Kecil Balik Kampung |
TV9 | Bunga Merah Punya |
TV1 | Kemelut Rindu |
TV2 | Kelas Sebelah |
Astro Ria | Sweet Dreams |
TV Okey | Manis Agnes Jam 5 |
RujukanSunting
- ^ "Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru".
- ^ "Didi bukan lagi cilik". Harian Metro. 9 Ogos 2014.
- ^ "Puteri ingin jadi 'trendsetter' remaja Islam". mStar. 30 Januari 2008.
- ^ "Peserta Kamilah Bintang Berbakat". mStar. 29 November 2010.
- ^ ""PUJAAN MALAYA" [remix] by MIRACLE 5".
- ^ "Hala tuju The Beesings". Utusan Malaysia. 23 Disember 2012.
- ^ "Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu". mStar. 7 September 2014.
- ^ "Didi Astillah Tampil Dengan 'Fikirkan Kamu'". Media Hiburan. 8 September 2014.