Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Ku Akad Kau Dengan Bismillah[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Osman Ali & Yus Yusop terbitan Nuansa Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Aliff Aziz, Sophia Albarakbah, Shah Iskandar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 6 Februari hingga 15 Mac 2023 menggantikan Kerana Cinta Itu Ada.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Genre
Berdasarkan daripada
Ku Akad Kau Dengan Bismillah
karya Wawa Akil
Ditulis oleh
  • Mimie Zakaria
  • Farah Izzati
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Genggam" - Aliff Aziz
Lagu penutup"Genggam" - Aliff Aziz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
  • Azlina Hj. Abd Wahid
  • Farid Zaid (penyelaras)
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Februari 2023 – 15 Mac 2023
Kronologi
MengikutiKerana Cinta Itu Ada
Diikuti olehMelur Untuk Firdaus 2

Sinopsis

sunting

Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini.

Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Pelakon

sunting

Pelakon Utama

sunting

Pelakon Pembantu

sunting
  • Jasmine Suraya sebagai Maira
  • Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
  • Didi Astillah sebagai Aqilah
  • Halim Radzi sebagai Haikal
  • Letchumi Sandraj sebagai Reena
  • Jasper Supayah sebagai Najia
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
  • Kuna Muzani sebagai Ummi
  • Shahidan Izwan sebagai Aidil
  • Hilal Azman sebagai Zahid
  • Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
  • Ammar Bahri sebagai Manan
  • Ayu Ayuni sebagai Alia
  • Syrul Ezwan sebagai Raziq
  • Arfie Shah sebagai Kamarul
  • Een Efendi sebagai Maksu
  • Raja Noor Baizura sebagai Datin Khalida
  • Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
  • Saiful Ghaz sebagai Bazlee
  • Addin Baharudin sebagai Firdaus
  • Naim Shamshol sebagai Fahmi
  • Zulkifli Ismail sebagai Babah
  • Aishah Atan sebagai Rosita
  • Charlie Nu'man sebagai Tok
  • Sri Idrina sebagai Adura
  • Eddy Syamin sebagai Azman
  • Syrul Ezwan sebagai Zarif
  • Amaraa Sofea sebagai Nia
  • Adam Darwisyah sebagai Qalif
  • Syeera Aziz sebagai Bella
  • Iman Zahani sebagai Juwita
  • Khodi sebagai Jazmine
  • Saliza Ali sebagai Makcik Nor
  • Linda Wille sebagai Makcik Cony
  • Maria Magdalenna sebagai Mila
  • Meen Liasin sebagai Mandy

Pautan luar

sunting
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam
Sebelumnya Ku Akad Kau Dengan Bismillah Berikutnya
Kerana Cinta Itu Ada Melur Untuk Firdaus 2

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ku Akad Kau Dengan Bismillah". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.