Afieq Shazwan

Pelakon dan penyanyi Malaysia

Muhammad Shafieq Shazwan bin Zamros (lahir 5 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Afieq Shazwan (Jawi : افيايق شزوان ) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.

Afieq Shazwan
KelahiranMuhammad Shafieq Shazwan bin Zamros
(1997-09-05) 5 September 1997 (umur 22)
Klang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Pengacara
Tahun aktif2008 - kini
Kerjaya muzik
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music

Beliau terkenal sebagai peserta Idola Kecil (2008) dan Big Stage (2018).[1][2]

KerjayaSunting

Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 4, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.

Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil di Teater Tun Mahathir 1 dan 2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama Erra Fazira, Zizan Nin dan lain-lain.

Afieq menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[3] Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.[4]

Big Stage (Musim 1)Sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Seandainya" Afieq Shazwan Ke-5
Minggu 2 "Alasanmu" Exists Ke-6
Minggu 3 "Selamat Tinggal Sayang"

(duet bersama Haqiem Rusli)

Haqiem Rusli Ke-8
Minggu 4 "Treasure" Bruno Mars Ke-5
Minggu 5 "Lebih Sempurna" Syamel Ke-5
Minggu 6 "Jadi Aku Sebentar Saja" Judika Ke-3
"Jampi"

(duet bersama Wani Kayrie)

Hael Husaini Ke-3
Minggu 7 "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 Ke-3
"Muara Hati"

(duet bersama Siti Nordiana)

Siti Nurhaliza & Hafiz Suip Ke-3
Minggu 8 "Footloose" Kenny Loggins Tempat ketiga
"Darjat" Dirinya sendiri

DiskografiSunting

SingleSunting

Tahun Tajuk lagu
2018 "Seandainya"
"Darjah"
2019 "Lelaki Di Telefon" (menampilkan Malik Abdullah)

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Idola Kecil Cindarella Stories Afiq Utama
2011 Idola Kecil The Series Sampingan
Muzikal Tun Mahathir Tun Mahathir kecil
Dunia Eicak Eicak
Elly & Epit (Musim 1) Epit
2013 Elly & Epit (Musim 2) Epit
2015 Wadi Epit
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Kamarul
2019 Dia yang ku cinta Iman sampingan

RujukanSunting

  1. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Nyanyian secara live kelebihan buat Afieq Shazwan Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  2. ^ Syarrizuan Abd Rashid (3 September 2018). Afieq Shazwan keliru buat pilihan Berita Harian. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  4. ^ Zulaikha Yusof (28 Ogos 2018). Big Stage: "Saya tak boleh terlalu selesa" - Afieq Shazwan Gempak. Dicapai pada 1 September 2018.

Pautan luarSunting