Elly & Epit adalah merupakan sebuah drama bergenre komedi remaja yang disiarkan di Astro Ceria sebanyak dua musim. Drama ini mengisahkan tentang Elly dan Epit yang yang selalu berselisih faham kerana berbeza pandangan tentang budak lelaki dan budak perempuan dalam kehidupan seharian.

Elly & Epit
GenreKomedi
Keluarga
PengarahManesh Nesaratnam (Musim 1)
Umi Salwana Omar (Musim 2)
Dibintangi oleh
Afieq Shazwan
Sweet Qismina
Johan Raja Lawak
Nad Zainal
Adrea Abdullah
Raykarl Iskandar
Lagu pembukaan"La La La" nyanyian Akim & Adira
Lagu penutup"La La La" nyanyian Akim & Adira
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod13 (Musim 1)
13 (Musim 2)
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ceria
Siaran asal2011 – 2013

SinopsisSunting

Musim 1Sunting

Mengisahkan tentang Epit (Afieq Shazwan) seorang remaja berusia 13 tahun merupakan seorang yang baik hati tetapi sangat pemalu dengan perempuan.

Epit dibesarkan di kampung telah berpindah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan tinggal bersama keluarga Engku Sofia (Adrea Abdullah) yang juga merupakan kakak tirinya serta bersama abang iparnya, Johari (Johan Raja Lawak) yang menjadi suri rumah keluarga tersebut.

Suasana dan kehidupan keluarga Engku Sofia berubah sejak Epit pindah ke sana. Terutama sekali Elly (Sweet Qismina) iaitu anak bongsu Engku Sofia belajar di kelas yang sama. Kehidupan seharian mereka bertambah mencuit hati apabila Kobi (Raykarl Iskandar) iaitu anak jiran mereka sering bertandang ke rumah mereka dengan pelbagai ragamnya.

Musim 2Sunting

Musim kedua siri ini mengisahkan tentang bines kek cawan Johari (Johan Raja Lawak) yang kini semakin laris dan bercadang untuk membuka kedai menjual kek cawan. Dengan bantuan Elly (Sweet Qismina) dan Epit (Afieq Shazwan) maka kedai tersebut mula beroperasi. Namun kejayaan Johari tersebut tidak mendapat perhatian ayahnya (Herman Tino) yang sering membanding-bandingkan dirinya dengan adiknya, Hafiz (Hafiz Suip). Manakala Epit juga dalam dilema apabila ayah mereka bercadang untuk memindahkannya ke sekolah lain. Elly yang mengetahui akan hal iu kemudian berusaha memujuk Epit agar membatalkan hasrat Epit itu.

PelakonSunting

TriviaSunting

  • Dua pelakon drama ini, iaitu Dayana Amerda dan Hadi Mazlan telah selamat dinikahkan dan sah menjadi pasangan suami isteri apbila mereka melangsungkan majlis perkahwinan pada Jun 2019. Hubungan cinta mereka mulai berputik ketika mereka bersama-sama membintangi drama Elly & Epit ini. Malah, pemakaian baju pengantin Dayana turut dipuji netizen disebabkan baju pengantin tersebut mematuhi syarat pemakaian yang sopan. [1]

PencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Drama Komedi Terbaik Menang

RujukanSunting

  1. ^ Amri Hassan [1] Astro Gempak.