Hadi Mazlan
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Jun 2022) |
Abdul Hadi bin Abdul Mazlan (lahir 18 Februari 1999) atau lebih dikenali sebagai Hadi Mazlan merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau mula dikenali sebagai watak Hujan dalam drama komedi remaja Elly & Epit pada tahun 2011. Beliau juga adalah merupakan bintang Idola Kecil musim ketiga pada tahun 2010.
Hadi Mazlan | |
---|---|
Nama lahir | Abdul Hadi bin Abdul Mazlan |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 18 Februari 1999
Genre | Soft rock, pop ![]() |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Alat muzik | Suara dan gitar ![]() |
Tahun aktif | 2010-2014–2014 ![]() |
Syarikat rakaman | Rumie Music Lab KRU Music |
Anggota bagi | KRU ![]() |
Kegiatan berkaitan | Dayana Amerda, KRU, Harris Alif, Elica Paujin, Afieq Shazwan, Sweet Qismina |
Anggota keluarga/pasangan | |
Suami/isteri | Dayana Amerda (k.2019) |
Anak | 1 |
Tandatangan | |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Softrock |
Alat muzik | Vokal, Gitar |
Syarikat rakaman | KRU Music (en) ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kehidupan peribadi
suntingHadi dilahirkan pada 18 Februari 1999 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Beliau merupakan bekas pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Kuala Lumpur.
Pada 16 Jun 2019, Hadi telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini pilihan hatinya, iaitu bekas juara Idola Kecil 2 Dayana Amerda. Mereka mula bercinta setelah sama-sama membintangi drama komedi remaja Elly & Epit selama dua musim. Mereka kemudian membuat keputusan untuk berkahwin setelah bertunangan selama 7 bulan.
Kerjaya
sunting2010: Idola Kecil 3
suntingKarier seni Hadi bermula ketika beliau menghadiri sesi ujibakat Idola Kecil musim ketiga pada tahun 2010 dimana ketika itu beliau baru berusia 11 tahun. Beliau berjaya terpilih diantara 10 orang peserta Idola Kecil kali ini. Setelah hampir 6 minggu beradu suara, tepat pada tarikh 25 Disember 2010 beliau berjaya melangkah ke konsert akhir bersama-sama dengan Harris, Puteri, Balqis dan Shazlin dimana beliau menduduki tempat keempat. Berikut persembahannya didalam program tersebut;
Konsert | Tema | Lagu |
---|---|---|
Minggu 1 | Bebas | "Inilah Cinta" (Akim Ahmad) |
Minggu 2 | Pop & Balada | "Nadiku" (Sabhi Saddi) |
Minggu 3 | Duet | "Untukmu" (Joe Flizzow & Ila Damia) (duet bersama Balqis) |
Minggu 4 | Indie Rock | "Kelibat Si Penyair" (Azlan & The Typewriter) |
Minggu 5 | Tribute | "Aku Cinta Padamu" (Dato' Siti Nurhaliza) |
Semi Final | Bebas | "Suraya" (Headwind) |
Grand Finale | Akhir | "Pelita" (A.P.I) "Maafkan Ku Terlewat" Komposer: Delly Taib Lirik: Ayeos |
2011-2013: Lakonan & Nyanyian
suntingSerahun setelah tamat Idola Kecil 3, Hadi kemudian mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Drama pertamanya ialah sebuah drama komedi remaja Elly & Epit yang disiarkan di Astro Ceria dimana dia memegang watak sebagai Hujan, iaitu kawan baik kepada Epit (lakonan Afieq Shazwan). Disebabkan drama ini sangat popular maka dari drama bersiri kemudian dibuat juga dalam versi telemovie. Beliau juga dijemput sebagai artis undangan dalam program televisyen Sarjan Saji yang bersiaran di TV3.
Hadi juga pernah menerbitkan sebuah album mini yang mengandungi empat buah lagu dan sebuah minus one dibawah label Rumi Music Lab. Selain itu, beliau juga merakamkan single berjudul Tujuh dibawah label KRU Music dimana dalam single ini juga Hadi berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangannya di Idola Kecil dulu iaitu Harris Alif, Elica Paujin dan Puteri.
2014-kini
suntingNamun kini Hadi sudah tidak aktif lagi dalam bidang seni muzik kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajarannya di Kolej Islam As Sofa dimana beliau menuntut dalam jurusan Syariah Islam. Malah kehidupan kini mulai berubah kepada keagamaan.
Diskografi
suntingAlbum mini
suntingTahun | Judul | Butiran |
---|---|---|
2012 | Impian | Dikeluarkan pada: 2012 Genre: Pop Penerbit: - Label: Rumie Music Lab Format: Album studio CD |
Single
suntingTahun | Judul | Album |
---|---|---|
2010 | "Maafkan Ku Terlewat" | Idola Kecil 3 (Grand Finale Single) |
Duet/Kolaborasi
suntingTahun | Judul | Kolaborasi | Album |
---|---|---|---|
2012 | Tujuh | Harris Alif, Elica Paujin & Puteri Asfaryna | Single |
Filemografi
suntingTelevisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Idola Kecil (musim 3) | Peserta | TV9 | Pemenang tempat keempat. |
Sarjan Saji | Tetamu jemputan | TV3 |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011-2013 | Elly & Epit | Hujan | Astro Ceria | Drama pertama. |