Harun Salim Bachik
Harun Salim Bachik (lahir Haron Aminar Rashid Salim; 19 Mei 1959 – 8 Mac 2015) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Anak kepada seorang pelakon veteran era 50-an, Salim Bachik, beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai (1988–1993) yang ditayangkan di TV3. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom ini diingati sehigga kini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama Hangatnya Salju Dinginnya Bara.
Harun Salim Bachik | |
---|---|
![]() Harun sebagai Encik Harun di dalam filem KIL (2013). | |
Kelahiran | Haron Aminar Rashid bin Salim 19 Mei 1959 |
Meninggal dunia | 8 Mac 2015 | (umur 55)
Sebab kematian | Penyakit asma |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah, penerbit, pengacara |
Tahun aktif | 1988–2015 |
Pasangan | Suriati Mohd Noor |
Anak-anak | 3 (termasuk Danial Al-Rashid) |
Bapa | Salim Bachik |
Selain itu, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang ditayangkan di TV1. Ia menjadi batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah "Banjir". Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Menerusi filem Baik Punya Cilok beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM dan filem KIL pula melayakkan beliau dicalonkan untuk anugerah serupa di Anugerah Skrin 2013.
Beiau menjadi Presiden Seniman, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib artis di Malaysia. Beliau pernah memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English musim pertama dan kedua di Astro TVIQ dan Astro Mustika HD.
Naib Juara Maharaja Lawak Mega Sunting
Kumpulan Boboi gandingan Harun dan Afdlin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah piala.
Akhirnya, kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah piala sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu dari Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah piala. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta piala.
Juri tetap ialah Datuk Chef Wan, penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Dato' Zainal Abidin Hassan. Dato' AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]
Kematian Sunting
Harun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang 8 Mac 2015 selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah. Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak 2010.[3] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Pada 16 Disember 2015, Harun dikurniakan Anugerah Pohon Beringin bagi menghargai khidmat bakti beliau dalam bidang seni. Anugerah utama Gegar Anak Seni (Gasseni) itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor.[4]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Baik Punya Cilok | Leman | Filem pertama |
2006 | Man Laksa | Saidon Dengki | |
2008 | Cuci | Janitor | |
Apa Kata Hati? | Hamidi | ||
2009 | Setem | Marcello | |
Duhai Si Pari-Pari | Para | ||
Papadom | Hussin | ||
My Spy | Salleh | ||
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Tauke Pasar Borong | |
Kapoww | Astromen Belalang | ||
2011 | Tolong Awek Aku Pontianak | Pak Harun | |
Aku Bukan Tomboy | Rahim | ||
2012 | Hoore! Hoore! | Hairil | |
Jalan Kembali: Bohsia 2 | Bomoh | ||
Aku, Kau & Dia | Dato' Hisham | ||
SAM: Saya Amat Mencintaimu | Bos | ||
Pontianak vs Orang Minyak | Lembaga Hitam | ||
2013 | Lawak Ke Der? 2 | Dirinya sendiri (Boboi) | |
Bola Kampung The Movie | Tok Ayah (suara) | ||
Bikers Kental | Aidil Al-Zaifa | Pelakon sampingan | |
KIL | Encik. Harun | ||
Lemak Kampung Santan | Pak Wan | ||
Hantu Tok Mudim | Tok Mudim | ||
Ular | Pak Mus | ||
2014 | Abang Long Fadil | Pak Harun | |
Mat Tudung | Bapa Zizie | ||
Jin | Ejen Rumah | ||
Lelaki Harapan Dunia | Megat | ||
2015 | Gangsterock Kasi Sengat | Zuan | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Jejak Warriors | Bapa Nadia | ||
Polis EVO | ASP Mokhtar |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988–1993 | Rumah Kedai | Remy | TV3 | Drama pertama |
1990–1991 | Gado-Gado | TV1 | ||
2009 | Lily Marlin | Ajib | TV2 | Juga sebagai pengarah |
2012–2013 | Oh My English! | Encik. Mohd Salleh | Astro TVIQ | |
2015–2016 | Cinta Dari Marikh | Tuan Jefri | TV2 | Drama terakhir |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988 | Debu-debu di Jalanan | TV1 | Telefilem pertama | |
1992 | Yazan | |||
1993 | Cikgu Limau Kasturi | Cikgu Halim | ||
1995 | Ketupat | |||
1996 | Namaku Yassin | Yassin / Yanto | TV3 | |
2002 | Pelawak Giler | VCD | ||
2003 | Leman Nak Pergi Jerman | Leman | ||
Orang Kasar | — | Juga sebagai pengarah, lakon layar dan penerbit eksekutif | ||
2008 | Ana Nak Susu | Astro Ria | ||
2011 | Man Pos Masuk Kampung | Pak Husin | Astro Warna | |
2012 | Perempuan Tanpa Rahim | Malim | TV9 | |
Duit Kau Duit Aku | Sabri | TV2 | ||
Jidin Puasa Lagi | TV3 | |||
2013 | Haron Ron Ron | Haron | Astro Warna | |
Kain, Jarum & Gunting | Telefilem terakhir |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak Astro (Musim 2) | Juri | Astro Prima |
2009–2010 | Redah Kasi Pecah | Pengacara | Astro Warna |
2011 | Maharaja Lawak Mega | Peserta kumpulan Boboi | |
S.Y.O.K. | Pelbagai watak | TV1 | |
2012 | Maharaja Lawak Mega 2012 | Peserta kumpulan Boboi | Astro Warna |
2012–2013 | Super Spontan | Juri | |
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Peserta kumpulan Boboi | |
2013–2014 | Bintang Mencari Bintang | Tenaga Pengajar | TV3 |
Diskografi Sunting
- Belilah (1996)
Rujukan Sunting
- ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (21 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
- ^ MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (10 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
- ^ Rozdan Mazalan (8 Mac 2015). Harun Salim Bachik meninggal Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2015.
- ^ Harun Salim Bachik terima anugerah khidmat seni Berita Harian (16 Disember 2015). Dicapai pada 28 Mei 2016.