Sudiro Sukiman

Pelakon veteran lelaki Malaysia

Sudiro Sukiman (1959 – 17 Oktober 2008) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Tapa dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3 dari 1988 hingga 1993.

Sudiro Sukiman
Kelahiran1959 (1959)
Meninggal dunia17 Oktober 2008(2008-10-17) (umur 48–49)
Sebab kematianKomplikasi pelbagai penyakit
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Selayang Baru
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–1993
Terkenal keranaRumah Kedai

Dilahirkan di Selayang, Selangor, Sudiro ialah anak sulung daripada tiga beradik.[1] Beliau memulakan kerjaya sebagai pengajar separuh masa di Universiti Malaya, mengajar subjek teater.[1] Sudiro mula meraih kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Tapa lakonannya dalam sitkom Rumah Kedai yang turut dibintangi bersama oleh Yusof Mohamad, Harun Salim Bachik dan Kartina Aziz.[1] Sudiro pernah berkhidmat dengan Grand Brilliance dan TV3 selama 10 tahun sejak 1995 dan kali terakhir memegang jawatan penolong penerbit rancangan hiburan Muzik-Muzik.[1]

Beliau pernah menulis skrip filem Jibon yang ditayangkan pada 1998. Allahyarham pernah menghasilkan skrip drama Badut, Cucu Nenek Joyah dan filem Baran. Pada sambutan kemerdekaan negara 2008, Sudiro sempat menghasilkan skrip drama Tok Mudim untuk TV2.[1]

Beliau meninggal dunia pada 17 Oktober 2008 di Hospital Sungai Buloh akibat komplikasi pebagai penyakit termasuk kencing manis dan sakit jantung.[2] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat Zohor.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Gelaran Tapa sebati di kalangan artis mahupun rakannya". Harian Metro. 17 Oktober 2008. Dicapai pada 28 Mei 2009.
  2. ^ Elrafaei Sapi (18 Oktober 2008). "Sudiro meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2009.