Maharaja Lawak Mega
Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga merupakan kesinambungan rancangan Maharaja Lawak setelah menobatkan seorang pelawak terunggul daripada penyertaan semua finalis Raja Lawak iaitu Kumpulan Sepah pada tahun 2011[1]. Dato' AC Mizal diangkat sebagai pengacara tetap Maharaja Lawak Mega. Penyertaan pelawak adalah bebas (terbuka kepada semua pelawak), mereka boleh membentuk kumpulan sendiri samaada kumpulan sedia ada atau membentuk gabungan baru yang lebih hebat (kumpulan baru), serta beraksi secara solo[2]. Pemilihan pelawak juga berdasarkan kepada pilihan pihak produksi dan cabaran Hot Seat bagi melengkapkan jumlah senarai teratas. Lebih hebat, apabila 4 orang juri tetap yang akan mengadilinya setiap musim ini berlainan latarbelakang, gabungan juri dari tiga buah negara semestinya menarik perhatian dan penuh dengan kejutan. 70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal menjadi paling terbaik di mata penonton?. Rancangan ini telah memulakan musim pertamanya pada 28 Oktober 2011, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Mustika HD, kini Astro Warna HD (saluran 124) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini. Kumpulan Bocey telah mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega dua tahun berturut-turut pada edisi 2016 & 2017.
Maharaja Lawak Mega | |
---|---|
![]() | |
Genre | Komedi |
Format | Rancangan realiti |
Pengacara | Dato' AC Mizal |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 7 |
Bilangan episod | 13 |
Syarikat penerbitan | Homegrown (2012-2017) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Warna Astro Warna HD Astro Mustika HD (2011-2017) Njoi |
Siaran asal | 28 Oktober 2011 – Sekarang |
Kronologi | |
Mengikuti | Maharaja Lawak |
Juara Maharaja Lawak MegaSunting
Mulai tahun 2012, Juara Maharaja Lawak Mega akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000 berserta trofi. Sekaligus, menjadikan rancangan realiti hiburan komedi Malaysia paling tinggi nilai ganjarannya khas untuk juara bermusim.
Pelawak | Musim |
---|---|
Osbon (Abon dan Mr Os) | 2011 |
Jozan (Johan dan Zizan) | 2012 |
Sepahtu (Jep, Rahim dan Shuib) | 2013 |
Zero (Atu, Sharif dan Syaiful) | 2014 |
Bocey (Abam, Achey dan Fad) | 2016 |
2017 | |
Shiro (Ajak dan Shahrol) | 2018 |
Puteh (Ali, Mamak dan Man) | 2019 |
Untitled (Tidak Belum 2021) | 2021 (Akan Datang) |
Edisi 2011Sunting
Buat julung kalinya, pelawak-pelawak terkenal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang sudah menempa nama di bidang seni bergabung diatas pentas sebagai peserta dalam Maharaja Lawak Mega. Gabungan pelawak veteran dan pelawak masa kini menjadikan program ini sebagai platform terbaik dalam menghasilkan sesuatu pementasan dan karya lawak yang baru, segar dan berinovatif. Bagi edisi 2011, pelapis pelawak yang sudah menyertai pertandingan lawak tidak dibenarkan bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2011 sebagai penghargaan dan memberi peluang kepada pelawak sedia ada untuk mencipta semula nama dalam industri ini. Seramai 17 peserta yang mewakili negara masing-masing iaitu 12 pelawak dari Malaysia, 3 pelawak dari Indonesia dan 2 pelawak dari Singapura menyertai Maharaja Lawak Mega dan dihakimi oleh 4 pengkritik yang bukan berlatarbelakangkan lawak. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Dato' AC Mizal sebagai pengacara tetap. Maharaja Lawak Mega menyaksikan pelawak dari Malaysia, Osbon (Mr Os dan Abon) menjuarai takhta kemenangan dengan mengalahkan 3 peserta lain di peringkat akhir. Juara Osbon membawa pulang hadiah wang tunai RM350,000 berserta trofi bersama-sama peserta lain iaitu Boboi, Saehu dan Syok yang masing-masing memenangi tempat Naib Juara, Ketiga dan Keempat.
Peserta Maharaja Lawak Mega 2011 |
---|
|
Trivia Maharaja Lawak Mega 2011Sunting
Minggu | Tema | Undian terendah | Tersingkir | Catatan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Bebas | Anje, Lanun dan Caer | Tiada penyingkiran | - |
Minggu 2 | Bebas | Comel, Syok, Anje, RAP, Gebu dan Lanun | Diumumkan pada awal minggu ke-3 | - |
Minggu 3 | Bebas | Syok, Anje, Adlin Aman Ramli | Anje | Penyingkiran di awal minggu ke-3: Lanun, Gebu, Comel, Rap dan Caer |
Minggu 4 | Cinta | Hiro, Syok dan JH ( Jalil Hamid ) | JH | - |
Minggu 5 | Purbakala | Adlin, Saehu dan Hiro | Hiro | - |
Minggu 6 | Muzikal Komedi | Bawel, Saehu dan 3G | 3G dan Bawel | - |
Minggu 7 | Impersonasi & Silent Comedy | Syok, Pimai dan BP | Tiada penyingkiran | - |
Minggu 8 | Bebas & Prop | Pimai, Adlin dan BP | Adlin dan BP | - |
Minggu 9 | Dongeng Rakyat & Kisah Keluarga | Pimai, Saehu dan Syok | Pimai | - |
Minggu 10 | Bebas & Muzikal Komedi | - | - |
|
Kedudukan PesertaSunting
Rank | Pelawak | Gelaran/Penyingkiran |
---|---|---|
1st | Osbon | Juara |
2nd | Boboi | Naib Juara |
3rd | Saywho | Tempat Ke-3 |
4th | Syok | Tempat Ke-4 |
5th | Pimai | Tersingkir minggu ke-9 |
6th | BP | Tersingkir minggu ke-8 |
7th | Adlin | |
8th | Bawel | Tersingkir minggu ke-6 |
9th | 3G | |
10th | Hiro | Tersingkir minggu ke-5 |
11th | JH | Tersingkir minggu ke-4 |
12th | Anje | Tersingkir minggu ke-3 |
13th | Caer | Tersingkir minggu ke-2 |
14th | Rap | |
15th | Comel | |
16th | Gebu | |
17th | Lanun |
Peserta Maharaja Lawak Mega 2012 - 2018Sunting
Musim | Peserta | Musim | Peserta |
---|---|---|---|
2012 |
Peserta Kerusi Panas MLM2012
|
2013 |
|
2014 |
|
2016 |
|
2017 |
|
2018 |
|
Juri Tetap Maharaja Lawak MegaSunting
Man of the MatchSunting
Musim | Minggu 1 | Minggu 2 | Minggu 3 | Minggu 4 | Minggu 5 | Minggu 6 | Minggu 7 | Minggu 8 | Minggu 9 | Minggu 10 | Minggu 11 | Minggu 12 | Minggu 13 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Shahrol (Shiro) | Dato' Ac Mizal | Jep (Sepahtu)[5][6] | Rahim (Sepahtu) | Nabil | Shuib (Sepahtu) | Ajak (Shiro) | Fad, Abam, Acey (Bocey) | |||||
2014 | Zizan Razak (Virus)[7] | Jep (Sepahtu) | Shuib (Sepahtu) | Abam (Bocey) | Achey (Bocey) | Dato' AC Mizal (Host) | Jep (Sepahtu) | Shahrol (Shiro) | Atu (Zero) | Ajak (Shiro) | Jep (Sepahtu) | ||
2016 | Abam (Bocey) | Rahim (Joras) | Isa (Bora) | Mamat (Bora) | Mamak (Puteh) | Shuk (Joras) | Joey (Joras) | Fad (Bocey) | |||||
2017 | Mad Sabah | Dzawin | Syaiful (Zero) | Shahrol (Shiro) | Tauke (Nice) | Rahim (Joras) | Achong (Nice) | Ropie (Nice) | Vicha (Masin) | Jiggy (Masin) | Abam (Bocey) | Syaiful (Zero) | - |
2018 (Oppo Punchline Machine) |
Ajak & Shahrol (Shiro) | Tauke & Man (Taman) | Tauke & Man (Taman) | Jiggy,Mamat dan Vicha (Masin) | Abam, Fad & Achey (Bocey) | Rahim, Joey & Ropie (Joras) | Ajak & Shahrol (Shiro) | Ajak & Shahrol (Shiro) | Abam, Fad & Achey (Bocey) | Ali & Mamak (Puteh) | Abam, Fad & Achey (Bocey) | Ajak & Shahrol (Shiro) | - |
2019 (Anugerah Flamitoz Paling Syok) |
Joey, Vicha & Khir Rahman (Jborn) | Joey, Vicha & Khir Rahman (Jborn) | Atu, Syarif & Syaiful (Zero) | Joey, Vicha & Khir Rahman (Jborn) | Ajak, Ropie & Pak Ya (Rare) | Atu, Sharif & Syaiful (Zero) | Joey, Vicha & Khir Rahman (Jborn) | Mamak, Ali & Man (Puteh) | Abam,
Fad & Achey (Bocey) |
Anugerah dan PencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2012 | Anugerah Skrin 2012 | Rancangan Hiburan Terbaik | Maharaja Lawak Mega | Tercalon |
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Rancangan Realiti Terbaik | Menang | |
Anugerah Lawak Warna[8][9] | Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) | Maharaja Lawak Mega 2012 | Menang | |
2014 | Anugerah Lawak Warna[10] | Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) | Maharaja Lawak Mega 2013 | Menang |
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Program TV MeleTOP | Maharaja Lawak Mega 2013 | Menang |
Hos TV MeleTOP | Dato' AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2013) |
Menang | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Program TV MeleTOP | Maharaja Lawak Mega 2014 | Tercalon |
RujukanSunting
Puteh juara maharaja lawak mega 2019 - https://bual.my/puteh-juara-maharaja-lawak-mega-2019-bawa-pulang-rm500000/
Pautan LuarSunting
- ^ 12 Peserta Maharaja Lawak 2011. Ezany-kun.com. 1 April 2011
- ^ Bebas bentuk kumpulan sendiri, Kekal format terdahulu. astrogempak. 29 Oktober 2013
- ^ Kumpulan Sepah berpecah, Sepahtu ditubuhkan.www.manggaonline.my. 5 Oktober 2011.
- ^ Mamat boleh jangka lawak Sepahtu Maharaja Lawak Mega. www.kosmo.com.my. 15 November 2013.
- ^ Jep Sepahtu Juara Super Spontan. beautifulnara. 2 November 2013
- ^ Artis Lawak Lelaki Paling Popular dimenangi oleh Jep Sepahtu. fuh.my. 16 Ogos 2013
- ^ Zizan Razak, Yus dan Tauke bergabung menjadi Virus. www.astroawani.com. 22 Oktober 2014
- ^ Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013. www.mysumber.com. 16 Ogos 2013.
- ^ Gambar Selebriti Anugerah Lawak Warna 2013. www.rotikaya.com. 19 Ogos 2013.
- ^ [1]. www.murai.com.my. 28 September 2014.