R. Ramasundran

Kapten (B) Ramassuntran Rengan (Tamil: ராமசுந்தரன் ரெங்கன்; 1964 – 26 Mei 2021),[1] juga dikenali sebagai R. Ramasundran merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya dan Jangan Ketawa.[2] Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia.[3]

Kapten (B)

R. Ramasundran
ராமசுந்தரன் ரெங்கன்
Kelahiran
Ramassuntran a/l Rengan

1964 (1964)
Meninggal dunia26 Mei 2021 (berumur 56–57)
Nama lainRama
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1986–2021
PasanganKamala Cheriakannan
Anak3

KerjayaSunting

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ramasundran ialah seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (kini Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Selepas bersara dari kerjaya ketenteraan, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa, pernah menjayakan drama dan filem Cina pada tahun-tahun terawal kerjayanya sekaligus menguruskan syarikat penerbitannya di Kuala Lumpur.[4]

Beliau paling dikenali menerusi watak Moorthi lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya yang dibintanginya selama 7 tahun. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem termasuk Cinta 200 Ela (2001), Aku Kaya The Movie (2004) dan Kerja Kahwin (2017).[1] Ramasundran juga bergiat aktif dalam teater dan pernah menjayakan pementasan teater bangsawan[5][6] serta pernah menjayakan puluhan iklan televisyen.

Selain sebagai pelakon, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan sebagai Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia. Sebelum kematiannya, beliau sempat mengarahkan sebuah rancangan travelog berkaitan produk berasaskan herba untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[7]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Kamala Cheriakannan dan dikurniakan tiga anak.[7] Selain fasih bertutur berbahasa Tamil, Melayu dan Inggeris, Ramasundran juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.[8][4]Beliau juga pernah aktif bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa bencana Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 pada Mac hingga Mei 2020 bersama Ezlynn,Adam Shah,Eizlan Yusof

Sakit dan kematianSunting

Beliau dimasukkan ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada jam 11:45 malam, Selasa 25 Mei 2021 selepas mengalami kebengkakan pada kakinya akibat jangkitan kuman dan alahan kepada ubat-ubatan. Beliau kemudian disahkan menghidap sesak nafas sejurus menerima rawatan.[5][9][10][11] Ramasundran disahkan telah meninggal dunia pada pagi Rabu, 26 Mei jam 1:40 pagi.[1][3][7] Jasadnya dibawa ke Kuil Amman Setapak, Setapak bagi upacara penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Cheras, Jalan Kuari untuk persemadian.[12]

Filemografi separaSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Cinta 200 Ela Rama
2003 Gila Bola Jurulatih Pelakon jemputan
2004 Aku Kaya The Movie Jurubahasa Puak Amuk
2011 Petaling Street Warriors Rajoo
Sini Ada Hantu Rama
2014 Nongkrong Bomoh Pelakon jemputan
2015 Rembat Mamak India
Ada Apa Dekat Bas Stop Rama
2017 Kerja Kahwin Dirinya sendiri Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Stesen TV
1991 Jangan Ketawa Rajoo TV3
1999–2005 Spanar Jaya Moorthi ntv7
2006 Badai Pesona Ringgit Joseph TV1
2011 Mai Chek Mai Rajoo
2012 Gerak PGM Sarjan/Sarjan Mejar Rama TV9
2019 Spanar Jaya X Murthi TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2005 Ops Landau Sarjan Muniandy TV2
2011 Murathiram Pak Cik Rajesh TV1
2014 Deepa & Vali Bapa angkat Deepa TV1
2020 Osman Baku Samy TV1

RujukanSunting

  1. ^ a b c "R. Ramasundran meninggal dunia". Harian Metro. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  2. ^ "Pelakon Spanar Jaya Ramasundran meninggal dunia". mStar Online. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  3. ^ a b "Pelakon Spanar Jaya Ramasundran meninggal dunia". Sinar Harian. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  4. ^ a b FMT Reporters (26 Mei 2021). "Rama of '90s show Jangan Ketawa dies" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  5. ^ a b Wartawan Sinar Plus (26 Mei 2021). "Pelawak Ramasundran meninggal dunia". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  6. ^ "Comedian R. Ramasundran dies at 57" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 26 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  7. ^ a b c Zaidi Mohamad (26 Mei 2021). "Ramasundran meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  8. ^ Heidi Hsla (27 Mei 2021). ""Spanar Jaya" actor Ramasundran Rengan passed away" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  9. ^ Hanisah Selamat (26 Mei 2021). "Pelawak Rama meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  10. ^ "Pelakon dan pelawak Ramasundran meninggal dunia". Berita RTM. 26 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  11. ^ "Actor Ramasundran dies at 57" (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Mei 2021). "Mayat Ramasundran disempurnakan hari ini". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2021.

Pautan luarSunting