Rembat

(Dilencongkan daripada Rembat (filem))

Rembat merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan Shamyl Othman dan dibintangi oleh Aniu, Shaheizy Sam Dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 8 Oktober 2015.[3]

Rembat
PengarahShamyl Othman
Lakon layar
  • Amir Rohayat
  • Rafidah Abdullah
Cerita olehAmir Rohayat
Rafidah Abdullah
Dihasilkan olehLina Tan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios[1]
Tarikh tayangan
  • 8 Oktober 2015 (2015-10-08) (Malaysia)
Masa tayangan
98 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 708,000[2]

Sinopsis

sunting

Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) yang bertembung secara tidak sengaja. Namun satu malapetaka yang berlaku membuatkan mereka mengejar masa untuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak yang akan berlangsung kerana Chin Chye telah berjanji dengan ah long untuk memberi rasuah kepada pasukan Malaysia agar mereka kalah dalam perlawanan di antara Harimau Malaya dan Thailand.

Walaupun Malik tidak mahu melibatkan diri dengan perjanjian ini kerana dia peminat setia Harimau Malaya, dia terpaksa mengikut Chin Chye kerana ingin menghalang Rosman (Arja Lee) daripada mencuri kekasihnya Azira (Zara Zya), yang memerlukan wang untuk pembedahan neneknya.

Oleh kerana kesuntukan masa dan duit, Chin Chye dan Malik berjumpa dengan M.R. Baby (Zizan Razak), untuk mendapatkan pinjaman wang.

Namun M.R. Baby pula naik marah apabila mendengar rancangan mereka untuk memberi rasuah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana M.R. Baby bertaruh untuk Malaysia agar menang.

Pelakon

sunting
 
Shaheizy Sam melakonkan watak Malik di dalam filem ini.

Penerbitan

sunting

Filem ini telah menjalani penggambaran selama 26 hari di sekitar Kuantan, Lembah Klang dan Johor.[4] Menurut pengarah, Shamyl Othman, idea untuk menghasilkan filem ini mulai muncul diantara tahun 2013-2014 dan ketika itu, ideannya hanya berkisarkan mengenai bola sepak semata-mata.[5] Namun begitu, ianya mulai berkisarkan semangat perpaduan dan nasionalisme apabila skrip filem mulai ditulis.Penggambaraan mengalami sedikit gangguan dek kerana masalah jerebu.[6]

Keluaran dan sambutan

sunting

Rembat dikeluarkan pada 8 Oktober 2015 di pawagam seluruh negara.[7] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 708,000.[8]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Aqmar Mustaza dari majalah Media Hiburan dan portal perfileman Wayangkini.com[9] memuji filem ini dari segi lakonan dan mesej filem ini.[10] Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis bahawa paparan dalam filem Rembat ternyata melahirkan kesegaran baharu untuk filem Melayu Malaysia.[11]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Rembat telah dimuat naik di akaun YouTube Red Communications pada 4 September 2015 dan telah mencatat 94,283 tontonan.

Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pengarah Terbaik Shamyl Othman Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Ah Niu Tercalon
Cerita Asal Terbaik Lina Tan, Amri Rohayat & Tan Boon Huat Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Addaudio Sdn Bhd & Foo Yueh Yee Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Zara Zya Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ http://tupai.cinema.com.my/Movies/MovieDetails.aspx?search=2015.10267.rembat.20057[pautan mati kekal]
  2. ^ "Malaysian Box Office". FINAS. Dicapai pada 2016-08-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Perak Today. 5 September 2015. Dicapai pada 2016-08-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Gun, Michelle (3 Oktober 2015). "Rembat semarak perpaduan dalam lucu". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-23.
  5. ^ Nadia Azam (8 Oktober 2015). "Shamyl bikin filem, bikin persefahaman kaum". Malaysiakini. Dicapai pada 22 Julai 2016.
  6. ^ Mohamad Ishak, Noor Ainulyakin (5 September 2015). "Rembat tonjol semangat 1Malaysia". Sinar Harian.
  7. ^ Aqmar Mustaza (10 Oktober 2015). "Rembat filem santai, semarak perpaduan". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Julai 2016.
  8. ^ Nannie Isa (8 Oktober 2015). "Filem Rembat, Memupuk Semangat Cintakan Negara & Semangat Setiakawan". Kitepunye. Dicapai pada 22 Julai 2016.
  9. ^ "Rembat [Review]". Wayangkini.com. 13 Oktober 2015. Dicapai pada 2016-08-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ Mustaza, Aqmar (10 Oktober 2015). "Rembat filem santai, semarak perpaduan". Media Hiburan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-27. Dicapai pada 2016-08-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ Mohd Haikal Isa (8 Oktober 2015). "Rembat: Lelucon, realiti unik masyarakat Malaysia". Kosmo!. Dicapai pada 22 Julai 2016.

Pautan luar

sunting