Kumpulan Osbon ialah kumpulan lawak yang menjadi juara ujibakat Maharaja Lawak Mega. Dinamakan kumpulan Osbon kerana kumpulan ini diganding oleh Mr. Os dan Abon.

Kumpulan ini memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) siaran langsung daripada Pawagam Diraja Selangor. Siaran Maharaja Lawak Mega 2011 berlangsung sejak tarikh 30 Oktober 2011 sehingga 30 Disember 2011 (dua bulan). Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka, kumpulan Boboi (gandingan Chief Kodok dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Ketiga ialah kumpulan Say Who daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin . Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.