Husni bin Mohd Rawi (15 April 1971 – 3 Mei 2012)[1] atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia.[2] Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi kumpulan KU2 yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni.[3] Beliau juga membintangi filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak, Jutawan Fakir, serta Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib pada zaman kegemilangannya selepas bergelar artis.

Bob Kuman
Kelahiran
Husni bin Mohd Rawi

(1971-04-15)15 April 1971
Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan, Malaysia
Meninggal dunia3 Mei 2012(2012-05-03) (umur 41)
Sebab kematianSakit jantung, darah tinggi, sesak nafas, obesiti
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Sega
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1995–2012
Kampung asalKampung Sega Tengah
Rakan kongsi domestikNorma

Kerjaya sunting

Pembabitan awal sunting

Pada awal tahun 1995, Bob pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan menceburi bidang nyanyian dalam usia beliau yang muda secara permulaan dan menubuhkan kumpulan KU2 bersama rakan sekampungnya, Kumin atau Khuzaimi Ismail dan mencipta fenomena baru dengan menghasilkan single pertama mereka iaitu "Nicky & Rozi". Selepas itu, mereka menghasilkan album pertama yang sulung iaitu Motivasi pada 1996. Selain kejayaan dalam meraih anugerah platinum bagi album pertama mereka, mereka juga menghasilkan album iaitu Evolusi pada 1997, Baru Aku pada 1999, serta album keempat mereka iaitu The Best Of KU2 pada 2001. Karier beliau sebagai penyanyi pada masa itu memberi peluang kepada beliau untuk menonjolkan bakatnya sebelum beralih kepada pelakon dan pelawak terkenal.[3]

Kerjaya lakonan sunting

Pada masa yang sama, beliau memulakan kerjaya dalam lakonan pertama beliau menerusi filem pertama iaitu Sama Tak Serupa secara permulaan sebelum nama beliau dikenali dan telah muncul di layar perak. Selain itu, beliau juga bergandingan bersama pelawak yang ketika itu merupakan bekas ahli Kumpulan Senario, Saiful Apek dalam filem siri komedi terbitan Metrowealth Pictures iaitu Jutawan Fakir arahan pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen. Dalam filem ini, beliau mengambil watak sebagai Bob, rakan serumah Fakir yang dikelilingi masalah hutang. Selain itu, Bob Kuman digandingkan bersama pelakon Lan Pet Pet, Cat Farish, termasuk Nora Danish dalam filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak musim pertama dan kedua pada 2011. Beliau mengambil watak sebagai Wak Ketari, seorang bomoh yang cuba sedaya-upaya membantu dua pemuda yang melarikan diri selepas musim pertama dan menyelesaikan masalah tersebut.[3]

Maharaja Lawak Mega sunting

Selain itu, beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam program Maharaja Lawak Mega pada akhir tahun 2011 bersama pelakon Sobri Anuar dengan membentuk kumpulan Bawal Power.[3] Pada masa yang sama, beliau sebenarnya pernah dikejarkan ke hospital selepas minggu pertama Maharaja Lawak Mega kerana kepenatan. Namun, apabila memikirkan kos rawatan ditanggung, Bob terpaksa menggagahkan diri dengan hadir setiap konsert program mingguan. Meskipun begitu, Bob bersyukur apabila Sobri memahami masalah dihadapinya dan sanggup berulang-alik ke hospital untuk mengadakan latihan. Tetapi, kumpulan ini telah tersingkir dalam minggu kelapan program MLM.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Sama Tak Serupa Kuman Filem pertama
1997 Gemerlapan Kawan Mel
Puteri Impian Kuman Jurukamera
1998 Raja Melewar Bandan
2000 Syukur 21 Kuman
2001 Dari Jemapoh Ke Manchester Anak Muda Mengembara
2003 Jutawan Fakir Adi
Gila Bola Tukang Urut
2007 Orang Minyak
2008 Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Kupan
2010 Kapoww!! Zamin
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Wan Ketari Blues
Papa I Love You
2012 Shh...Dia Datang Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur (Musim 2) Kuman Astro Oasis Episod: "Penangan Judi"

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 Gitu-Gitu Apek Pelbagai watak Astro Ria

Peserta sunting

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 BP (Bawal Power)

Diskografi sunting

Album bersama KU2
  • Motivasi (1996)
  • Evolusi (1997)
  • Album Baru Aku! (1999)
  • The Best Of KU2 (2001)

Kontroversi berita palsu sunting

Pada 21 April 2012, industri hiburan digemparkan apabila disebarkan bahawa beliau meninggal dunia menerusi laman Twitter. Rakan baik Bob, Mohd Razali Harun, melaporkan bahawa Bob pada masa itu masih dalam keadaan sihat dan kini berada di Kota Damansara, Selangor. Menurut Razali, beliau kesal apabila penyebaran khabar angin ini telah berlaku dan sedih apabila perkara sebegini terjadi kepada Bob. Selain itu, rakan artis iaitu Richie Rachman menyifatkan bahawa penyebaran khabar angin ini adalah dibuat oleh individu yang tak bertanggungjawab. Beliau juga menasihatkan agar penyebaran ini dihentikan dengan segera.[3]

Kematian sunting

Bob bagaimanapun telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012 di kediamannya di Pangsapuri Salvia Kota Damansara, pada jam lebih/kurang 4:30 petang waktu tempatan (MST),[2] akibat sesak nafas. Perkara itu telah disahkan oleh jururawat yang menjaga beliau, Mohd Farid Hamzah.[4]

Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas beliau terjatuh dari set penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak pada akhir tahun 2010. Sejak itu, dia sering mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.[3]

Jenazah beliau telah dimandikan dan dikafankan di Masjid Kuning Kota Damansara, serta memberi penghormatan terakhir kepada beliau dan dibawa ke kampungnya di Negeri Sembilan untuk dikebumikan. Kematian beliau turut dirasai malah telah dihadiri oleh beberapa rakan artis iaitu Saiful Apek, Yassin Yahya, Lan Pet Pet, serta vokalis kumpulan Search, Amy Search dan juga Presiden Seniman Malaysia, Harun Salim Bachik. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Bob Kuman serta kehilangan besar buat industri seni hiburan tanahair.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ Bob Kuman meninggal dunia Sinar Harian (3 Mei 2012). Dicapai pada 3 Mei 2012.
  2. ^ a b "Pelawak Bob Kuman meninggal dunia". Berita Harian. 5 Mei 2012. m/s. 17.
  3. ^ a b c d e f g Bob Kuman dalam kenangan Sinar Harian (3 Mei 2012). Dicapai pada 3 Mei 2012.
  4. ^ Actor Bob Kuman passes away at 41 The Star Online (4 Mei 2012). Dicapai pada 5 Mei 2012.
  5. ^ Berakhir derita Bob Kuman Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Kosmo! (5 Mei 2012). Dicapai pada 5 Mei 2012.
  6. ^ Bob Kuman meninggal dunia mStar Online (3 Mei 2012). Dicapai pada 5 Mei 2012.

Pautan luar sunting