Puteri Impian ialah filem romantik komedi Malaysia tahun 1997 arahan Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Amy Mastura. Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk menjadi "puteri" selama sepuluh hari dalam sebuah rancangan realiti TV. Filem ini ditujukan khas kepada Puteri Diana, yang meninggal dunia tidak lama sebelum filem ini ditayangkan.

Puteri Impian
PengarahAziz M.Osman
PenerbitAhmad Puad Onah
PenulisAziz M.Osman
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
1997
Tempoh tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia

Sekuelnya, Puteri Impian 2 telah ditayangkan pada tahun berikutnya, iaitu pada 1998.

PlotSunting

Seorang pekerja kilang biasa bernama Puteri Nora Mat Jidin sentiasa bermimpi untuk menjadi seorang puteri raja. Apabila dia mendapat tahu mengenai pertandingan "Memburu Impian", dia menyerahkan namanya sebagai pemohon.

Puteri Nora sangat gembira apabila dia dipilih sebagai peserta terbaru rancangan "Memburu impian" di mana dia akan mendapat pengalaman dan semua ditanggung sepenuhnya sebagai Puteri selama sepuluh hari, di mana aktivitinya sebagai puteri raja akan dirakamkan.

Nora kemudiannya diberi makeover secara menyeluruh dan hidup serba mewah di Istana Hotel. Zulkifli atau Zul, seorang jurukamera yang ditugaskan untuk merakamkan setiap aktiviti Puteri Nora menganggap Puteri Nora terlalu naif kerana impiannnya itu.

Puteri Nora mula merasa kecewa kerana impiannya menjadi puteri raja dikongkong oleh Cik Nancy Lee, penerbit rancangan "Memburu Impian" dengan jadual aktiviti yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, Puteri Nora tetap cuba memenuhi jadual aktiviti itu dengan berkongsi kegembiraannya dengan 4 lagi rakan sekerjanya.

Semasa Puteri Nora menjalankan aktiviti menunggang kuda bersama sama jurukameranya Zul, kuda yang ditunggangi Puteri Nora tiba tiba hilang kawalan apabila Zul mengarahkan Puteri Nora untuk turun dari kuda namun Puteri Nora tidak mahu. Puteri Nora diselamatkan oleh Tengku Faizal putera raja sebenar yang kebetulan turut berada disitu.

Tengku Faizal terpesona dengan Puteri Nora yang naif dan happy go lucky. Tengku Faizal ialah putera yang telah memutuskan pertunangannya dengan seorang puteri raja dan Tengku Faizal mula menyukai Puteri Nora kerana Puteri Nora adalah rakyat biasa.

Zulkifli mula tidak menyukai hubungan Tengku Faizal dan Puteri Nora dengan memberikan alasan bahawa kemungkinan putera raja itu cuma mempermainkan Puteri Nora. Tetapi Puteri Nora tidak mempercayai kata kata Zul dan Tengku Faizal pula membuktikan kepada Zul bahawa dia benar benar menyukai Puteri Nora.

Tengku Faizal kemudiannya membawa Puteri Nora bertemu dengan Bondanya iaitu Permaisuri. Nasib Puteri Nora baik kerana Permaisuri menyambut kedatangan Puteri Nora dengan mesra kerana menurut Permaisuri beliau juga asalnya rakyat biasa iaitu seorang guru sebelum berkahwin dengan keluarga diraja.

Cik Nancy mula berbaik baik dengan Puteri Nora kerana baginya Puteri Nora telah mendapat tuah dan kerana impian Puteri Nora yang mulanya hanya angan angan telah bertukar menjadi realiti.

Dan ini menyebabkan rancangan "Memburu Impian" semakin berjaya. Puteri Nora menyedari sikap Cik Nancy yang pada awal perkenalan begitu dingin dengannya kini bertukar menjadi sangat mesra. Puteri Nora mempersoalkan sikap Cik Nancy itu.

Hubungan Puteri Nora dengan Tengku Faizal semakin erat dan Tengku Faizal berhasrat untuk mengahwini Puteri Nora. Zulkifli yang semakin kelihatan cemburu dengan hubungan mereka meminta untuk bertukar ke rancangan lain.

Tempat Zul telah digantikan dengan jurukamera lain iaitu Kuman. Puteri Nora agak bersedih kerana Zul sudah tidak bersamanya lagi. Puteri Nora berfikir panjang untuk mengambil keputusan sama ada dia bersedia meninggalkan kehidupan lamanya sebagai rakyat biasa kepada keluarga diraja.

Di penghujung cerita Puteri Nora mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Tengku Faizal kerana dia tidak sanggup melepaskan kebebasannya sebagai rakyat biasa kepada keluarga diraja yang penuh dengan protokol. Zul tersenyum dan bersetuju dengan keputusan Puteri Nora.

PelakonSunting

Runut bunyiSunting

Walaupun filem ini tiada lagu runut bunyi, pelakon Amy Mastura melancarkan album ketiganya yang bertajuk Puteri, yang memuatkan 10 lagu yang digunakan di dalam filem ini. Berikut adalah senarai runut di dalam album ini:

  1. Hanya Dalam Lagu
  2. Puteri
  3. Gema Rembulan
  4. Cinta Dua Jiwa
  5. Kasih Ku
  6. Halaman Sejahtera
  7. Izinkan
  8. Di Antara Cinta
  9. Suatu Masa Suatu Ketika
  10. Terimalah Aku

PencapaianSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-14 Pelakon Wanita Terbaik Amy Mastura Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nor Aliah Lee Menang
Penata Bunyi Terbaik Azman Hassan Menang
Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nor Aliah Lee Menang

RujukanSunting