Shh...Dia Datang
Shh...Dia Datang merupakan sebuah filem Melayu yang dijangka ditayangkan di Malaysia pada 2012 diarahkan oleh Saiful Apek. Filem Shh...Dia Datang diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Shh...Dia Datang | |
---|---|
Pengarah | Saiful Apek |
Dibintangi oleh | Saiful Apek, Aaron Aziz, Zami Ismail |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Shh...Dia Datang telah memulakan penggambaran sejak Filem ini memulakan penggambaran sejak tahun 2008. Ia menampilkan Saiful Apek, Aaron Aziz, Zami Ismail dan ramai lagi. Sehingga 2016 ia masih belum dapat ditayangkan dan beberapa pelakonnya telahpun meninggal dunia, termasuk Ahmad Busu, Zami Ismail, Din Beramboi, Bob Kuman dan Syukri Hashim.[1]
RingkasanSunting
Shhh...Dia Datang mengisahkan dua pemuda iaitu Edd (lakonan Aaron Aziz) dan Enol (Apek) yang bercita-cita untuk menceburi bidang hiburan dan menjadi orang filem.
Bagaimanapun, mereka menghadapi pelbagai dugaan untuk mengecapi impian mereka itu. Malah kehidupan mereka menjadi lebih huru hara selepas mengenali Datin Kat.[2]
PelakonSunting
- Saiful Apek sebagai Enol
- Aaron Aziz sebagai Edd
- Ahmad Busu
- Zami Ismail
- Din Beramboi
- Bob Kuman
- Shukery Hashim
- Kuna Muzani
- Imuda
- Accapan
- Airis Yasmin