Accapan
Samynathan a/l Rethinam (27 Januari 1955 – 14 September 2018) atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia.
Accapan | |
---|---|
Kelahiran | Samynathan a/l Rethinam 27 Januari 1955 |
Meninggal dunia | 14 September 2018[1] | (umur 63)
Sebab kematian | Kegagalan buah pinggang |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1970–2018 |
Pasangan | Yogeswari Subramaniam |
Anak-anak | 3 |
Beliau pernah digemparkan mengenai beliau memeluk Islam, tetapi dinafikan oleh beliau sendiri.[2]
Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70-an dan 80-an bersama pelawak-pelawak keturunan India lain seperti Param, dan pada era 90-an pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Dewi dan Rama. Beliau turut berlakon dalam beberapa filem, termasuk filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin.[3]
Beliau sering terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau terikat dengan RTM dan sedia mencuba dengan stesen lain. Sungguhpun berpeluang untuk muncul di kaca TV, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.
Dalam seminggu beliau menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Mr. Os ataupun Khairul Anuar sebagai artis bebas. Setiap kali membuat persembahan, Accapan akan berlawak dan menyanyi, malah beliau pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.
Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.[4]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Janda Meletup | Appu | Filem pertama |
Adik | Accapan | ||
Mira Edora | |||
Orang Kampung Otak Kimia | Ali | ||
Pening-Pening Lalat | |||
1991 | Sejati | ||
1992 | Rimba Malam | Penyiasat Peribadi | Penampilan khas |
Sahabat | Budin | ||
1993 | Hanny | ||
1994 | Simfoni Duniaku | ||
1995 | Bisikan Cinta | Abu | |
1996 | Suratan Kasih | Accapan | |
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | ||
1998 | Antara Dua Jiwa | ||
2001 | Lagi-Lagi Senario | Muthusamy | |
2003 | Iskandar | Bos Disko | |
Gila Bola | Coach Jimmy | ||
2004 | Biar Betul | Sethu | |
2009 | Jin Notti | VG Jinggam | |
2011 | Vilaiyaatu Pasange | Coach | |
2012 | Baik Giler!! | Doktor Accapan | |
2013 | Juvana | Tukang Gunting Rambut | |
2014 | Mamak Cupcake | Accapan | |
2018 | Awang Gerudi | Filem terakhir | |
2021 | Budak Kripto | Pembekal Surat Khabar |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988-1993 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Singam | TV3 | Sitkom |
1990 | Santan Berlada | TV1 | ||
2009 | Ceplos | Vello | TV9 | |
2018 | Nafas | Uncle Raj | ntv7 | |
Gerak Khas (Musim 18) | TV2 | Episod: "Bukan Bunuh Diri" | ||
2021 | Mamu Mami Gosip | Filem Negara Malaysia | Pelakon undangan |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985 | Nanti Mati | TV1 | |
2000 | Masam Manis | ||
2003 | Jadi Tak Jadi | Accapan | VCD |
2011 | Aku bin Abdullah | Astro Prima |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Di Balik Tawa (Musim 2) | Dirinya sendiri | Astro Warna |
Rujukan Sunting
- ^ Berita kematian Accapan
- ^ Pelawak Accapan nafi telah memeluk agama Islam
- ^ "Accapan Bimbang Tiada Pelapis Pelawak India". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.
- ^ "Accapan nafi terikat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.