Bisikan Cinta ialah sebuah filem aksi komedi romantik Malaysia 1995 yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Sahib Selamat. Dibintangi oleh Azhar Sulaiman dan Maria Farida sebagai watak utama.

Bisikan Cinta
PengarahSahib Selamat
PenulisSahib Selamat
Dihasilkan olehIsmai Sharif
Dibintangi
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
1995
Masa tayangan
113 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Johari memiliki segala kemewahan daripada ibunya. Kerana terlalu menginginkan seorang menantu, ibunya telah mengadakan perjumpaan dengan gadis-gadis supaya anaknya dapat membuat pilihan. Ibu Johari berkenan dengan seorang gadis, Ros yang dianggapnya paling sesuai untuk Johari. Johari mengambil keputusan berlayar seorang diri untuk menjauhkan diri daripada Ros tetapi Ros berjaya mengekorinya. Johari tidak dapat mengelakkan diri dan terpaksa menghabiskan masa bersama Ros di atas kapal tersebut. Malangnya Johari telah terjatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke sebuah perkampungan berdekatan. Bermulalah kehidupan baru Johari yang telah diselamatkan oleh Ayu, seorang gadis kampung. Johari mula menaruh hati terhadap Ayu tetapi cinta mereka dihalang oleh ibu Ayu yang cerewet dan tidak sukakan orang luar. Pelbagai usaha dicuba oleh Johari untuk mengambil hati ibu Ayu dengan bantuan Abu, pembantu peribadinya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting