Bocey ialah kumpulan pelawak dan sketsa Malaysia yang ditubuhkan pada 2012, dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad. Kumpulan ini meraih kemasyhuran apabila menjadi salah satu kumpulan pelawak yang bertanding di rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3.[1][2] Bocey melancarkan album studio pertama mereka, Perjalanan pada 12 Januari 2015.

Bocey
Juga dikenali sebagai
Bocik (2012-2014)
Bocey (2013-2020)
Berasal dariMalaysia
GenreKomedi, sketsa
Tahun aktif2012–2020
Ahli
Bekas ahliAbam

Pada 30 April 2016, Bocey telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016.[3]

Ahli kumpulan ini, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Achey dan Fad memberikan respons bahawa mereka akan meneruskan legasi Bocey sekalipun tanpa Abam.[4]

Kumpulan Bocey merupakan kumpulan pelawak pertama yang memenangi Maharaja Lawak Mega sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada Maharaja Lawak Mega 2016 dan Maharaja Lawak Mega 2017

Ahli kumpulan sunting

Ahli terkini sunting

Bekas ahli sunting

Galeri gambar sunting

Diskografi sunting

  • Perjalanan (2015)

Rujukan sunting

  1. ^ Kini lebih selesa bertiga Kosmo! (20 April 2014). Dicapai pada 20 April 2014.
  2. ^ Janji Bocey Diarkibkan 2015-07-22 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2017.
  3. ^ Mohd Khairul Mohamad (1 Mei 2016). "Bocey tidak sangka muncul juara MLM 2016". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-04. Dicapai pada 23 Januari 2017.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Februari 2020). Bocey terus hidup tanpa Abam Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  5. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (20 Julai 2019). Bukan jenaka kosong Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  6. ^ Fad Bocey dan isteri, Nur Syahirah A. Rahman. Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2018.
  7. ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-02-10). "Abam Bocey meninggal dunia". HM Online. Dicapai pada 2020-02-10.

Pautan luar sunting