My Spy
My Spy ialah sebuah filem komedi aksi arahan, Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 3 Disember 2009. Filem yang dibintangi oleh AC Mizal, Harun Salim Bachik dan Ridzuan Hashim. Filem ini merupakan filem pertama yang mana Afdlin Shauki bekerjasama dengan KRU Studios.
My Spy | |
---|---|
![]() Poster Filem My Spy | |
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penerbit | Norman Abdul Halim Yursy Abdul Halim Edry Abdul Halim |
Dibintangi oleh | AC Mizal Harun Salim Bachik Ridzuan Hashim Hannah Tan Carmen Soo Daphne Iking Jalil Hamid |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Mohd Elmy Khalim |
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 3 Disember 2009 |
Tempoh tayangan | 94 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Perbelanjaan | RM 2 Juta |
Pecah panggung | RM 1.19 Juta |
PlotSunting
AJ (AC Mizal) ialah seorang yang liar dan buta warna. Salleh (Harun Salim Bachik) pula seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain. Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk O((Ridzuan Hashim) yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.
PelakonSunting
- AC Mizal sebagai AJ
- Harun Salim Bachik sebagai Salleh
- Ridzuan Hashim sebagai Datuk O
- Hannah Tan sebagai Maria
- Carmen Soo sebagai Jade
- Daphne Iking sebagai Amber
- Adlin Aman Ramli sebagai Supritendan Adnan
- Aziz M. Osman sebagai Bodyguard 1
- Maria Farida sebagai Datin
- Jalil Hamid sebagai 'Datuk
- Douglas Lim sebagai Taiko
- Adam Corrie sebagai Joy
PencapaianSunting
Festival Filem Malaysia ke-23:
- Filem Komedi Terbaik(Memang)
- Pereka Kostum/Busana Terbaik-Nasirah Rahman(Pencalonan)
- Lagu Tema Asal Terbaik-Menggegar Dunia oleh Edry Abdul Halim(Pencalonan)