Duhai Si Pari-pari
Duhai Si Pari-pari ialah sebuah filem komedi romantik fantasi Malaysia 2009 arahan dan cerita asal oleh Azmi Mohd Hatta dengan skrip oleh Helmi Yusof.[1][2][3] Ia berkisarkan tentang seorang pari-pari yang turun dari kayangan dalam hajat mencari cinta sejati. Dibintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay dengan lakonan bersama Nabila Huda, Remy Ishak dan Harun Salim Bachik, filem ini ditayangkan pada 31 Disember 2009.[4][5]
Duhai Si Pari-pari | |
---|---|
Pengarah | Azmi Mohd Hatta |
Penulis |
|
Lakon layar | Helmi Yusof |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Mindy Wong Vern Yee |
Muzik oleh | Nurzaidi Abd Rahman |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.4 juta |
Pecah panggung | RM1.3 juta |
Sinopsis
suntingSyadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya.
Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah. Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya. Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya.
Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari dan dengan duit tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak. Syadon kembali mabuk cinta.
Pari kecewa, tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya. Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhinya mengetahui siapa Mala sebenarnya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Que Haidar sebagai Syadon
- Liyana Jasmay sebagai Pari[6]
Pelakon pembantu
sunting- Nabila Huda sebagai Mala[6][7]
- Remy Ishak sebagai Budi
- Harun Salim Bachik sebagai Para
- Aziz Sattar sebagai Pak Ajis
Penampilan khas
sunting- Zizan Razak sebagai Penyamun
- Farid Kamil sebagai Pemilik Kereta Sport
- Hans Isaac sebagai Tuan Rumah
- Din Beramboi sebagai Driver
- Hisyamuddin Ahmad sebagai Abas
- Aiman Izmi sebagai Budak Lelaki
Penerbitan
suntingDuhai Si Pari-pari ialah filem ke-24 terbitan Tayangan Unggul dan diarahkan oleh Azmi Hatta yang baru pertama kali menduduki kerusi pengarah. Beliau turut berkhidmat sebagai pengarang cerita asal manakala Helmi Yusof menulis skripnya.[1]
Menurut Azmi, antara kelainan yang ditonjolkan dalam filem ini ialah unsur-unsur magis selain elemen komedi yang sedia ada berbanding filem komedi lain. Beliau berkata kepada Utusan Malaysia: "Saya terapkan unsur-unsur magis tersebut kerana cerita ini melibatkan dua dunia manusia dan pari-pari, lalu perkara-perkara tersebut diperlukan. Tapi itulah keistimewaan dan kelainan yang ada pada filem ini berbanding filem lain,". Untuk filem ini, beliau menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) bagi menyerlahkan unsur magis agar kelihatan lebih realistik.[1]
Que Haidar, yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem terbitan Tayangan Unggul, memegang watak Syadon, seorang pemuda lurus bendul. Beliau menyifatkan wataknya dalam filem ini amat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, namun mengakui watak Syadon berbeza daripada watak lakonannya sebelum ini.[1] Liyana Jasmay melakonkan watak Pari, pari-pari yang sering muncul dalam hidup Saadon. Beliau mengakui teruja dan seronok menjayakan watak pari-pari, namun menganggap watak lakonannya bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan.[1] Barisan pelakon lain termasuk Nabila Huda, Harun Salim Bachik dan Remy Ishak. Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.4 juta dengan penggambaran dijalankan pada April dan Mei 2008 di Shah Alam, Selangor.[1] Filem ini menampilkan lagu "Aku Jatuh Cinta", single yang dikeluarkan oleh Liyana dan dimuatkan dalam album sulungnya yang dikeluarkan sebulan sebelum tayangan perdana rasmi filem ini.
Keluaran dan sambutan
suntingDuhai Si Pari-pari dikeluarkan pada 31 Disember 2009,[8][9] sehari sebelum sambutan Tahun Baru 2010.[10][11] Majlis pratonton filem ini diadakan pada 23 Disember 2009 di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, Bangsar dan dihadiri oleh barisan pelakon filem ini.[12]
Filem ini menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik filem.[13] Siti Ruqaiyah Hashim, menulis untuk Berita Minggu menyedari beliau sedikit cemas selepas menonton filem ini "kerana pengaruh sinetron Indonesia semakin menyerap dalam industri filem kita" dan menyifatkan filem ini sebagai "komedi yang dibuat-buat".[14] Wahi Aziz dari mStar Online mengkritik filem ini sebagai sebuah karya yang "menyedihkan" dan beranggapan bahawa ia "hanyalah sebuah filem ringan untuk hiburan semata-mata".[15] Mengulas untuk Cinema Online, Hafizatul Baharudin menulis bahawa imej janaan komputer dalam filem ini "kelihatan amatur dan kelihatan tidak serasi dengan cerita", namun berpendapat filem ini "sesuai untuk cita rasa penonton tempatan sebagai sebuah filem keluarga terutama untuk kanak-kanak dan remaja yang menggemari cerita dongeng".[16]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Nor Fadzilah Baharudin (19 Mei 2008). "Komedi Pari-Pari taruhan TUSB". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2008. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Suzan Ahmad (7 September 2008). "Kisah Duhai Si Pari-Pari dalam filem". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ Budiey (1 Disember 2009). "Filem Duhai Si Pari-Pari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Normah Becok (15 Oktober 2009). "Pari-Pari terbang ke panggung". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Januari 2010). "Harapan tinggi Si Pari-Pari". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ a b Zaidi Mohamad (8 Julai 2009). "Ada apa pada suara?". Berita Harian. Dicapai pada 10 Januari 2019.
- ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2008). "Si liar jadi pari-pari". Kosmo!. Dicapai pada 10 Januari 2013.
- ^ "Akan datang". Metro Ahad. 29 Januari 2009. Dicapai pada 10 Januari 2019.
- ^ "Duhai Si Pari-Pari dongeng komedi". Berita Harian. 31 Disember 2009. Dicapai pada 10 Januari 2013.
- ^ "Duhai Si Pari-Pari buka tirai 2010". Metro Ahad. 27 Disember 2009. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ Shakilawati Abdul Rahman (3 Januari 2010). "Dongeng pikat remaja". Metro Ahad. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ Budiey (24 Disember 2009). "Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu Duhai Si Pari-Pari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Januari 2013.
- ^ "Amaran Awal Dari Pengkritik: Jangan Tonton Duhai Si Pari Pari". Rotikaya. 3 Januari 2010. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Siti Ruqaiyah Hashim (17 Januari 2010). "Komedi dalam Duhai Si Pari-Pari dibuat-buat". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Januari 2019.
- ^ Wahi Aziz (3 Januari 2010). "Si Pari-Pari Yang 'Menyedihkan'". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2010. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Hafizatul Baharudin (30 Disember 2009). "Movie review: Duhai Si Pari-Pari" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 10 Januari 2013.