Tajul Ariff

(Dilencongkan dari Tajul)

Tajul Ariff Noor Md. Shari (lahir 1 April 1998) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah adik kepada penyanyi, Achik Spin. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria.

Tajul Ariff
Kelahiran
Tajul Ariff Noor 𝖻𝗂n Md. Shari

(1998-04-01) 1 April 1998 (umur 25)
WarganegaraMalaysia
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Tahun aktif2010–kini
PasanganNurul Shamieza Eddie (k. 2017)
Saudara
  • Allahyarham Achik Spin (𝖺𝖻ang)
  • Beby Acha (kakak)
  • 𝖪𝗁𝖺𝗅𝗂𝗌 𝖱𝖾𝖺𝗅 Spin (𝖺𝖻𝖺𝗇𝗀)
  • 𝖠𝗐𝗂𝗌 𝖲𝗉𝗂𝗇 (𝖺𝖻𝖺𝗇𝗀)
Kerjaya muzik
GenreSlow rock, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music

Kehidupan peribadi sunting

Tajul merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik, dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin, Awis Spin, Khalis Real Spin dan Beby Acha. Beliau berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017[2] dan dikurniakan seorang cahayamata, Adriana Carissa kini dia mendapat seorang lagi cahaya mata bernama Adrian Rifqy.[3][4] Baru-baru ni, Tajul telah bekerjasama dengan Afieq Shazwan untuk menyanyikan semula lagu arwah abangnya Malam Semakin Dingin yang dinyanyika oleh band Spin suatu ketika dahulu. Dalam satu temubual BH online,Tajul berkata "Sejujurnya saya berasa amat gementar dan rindu untuk menyanyikan lagu arwah. Lagu ini hanya diberi nafas baru dan vokal baru sahaja. Saya tidak mahu menukar lenggok nyanyian asal arwah." Bercerita tentang pemberian nafas baru lagu arwah abangnya, dia berkata untuk jangan membandingkan vokal arwah."Memang kami adik-beradik tetapi cara nyanyian kami berbeza."

Sejujurnya beliau boleh mengatakan bahawa tidak lama untuk berduet. Ada kalangan peminat yang ingin beliau berduet dengan Wany Hasrita. Ada juga spekulasi berkata bahawa beliau cuba untuk gantikan duo yang pernah popular pada tahun 2000 iaitu arwah abangnya 𝖠𝖼𝗁𝗂𝗄 𝖲𝗉𝗂𝗇. Ini jawapan beliau "Tiada niat langsung untuk kami gantikan mereka. Kami amat berbangga untuk menyanyikan semula lagu yang dinyanyikan oleh Achik & Nana.

Sementara itu, Sit𝗂 Nordiana Alias atau Nana, berkata bahawa Tajul boleh menggantikan rakan baiknya Achik. "Achik mempunyai suara yang agak besar tetapi merdu manakala Tajul pula agak kecil tetapi kasar sedikit. I𝗇sya-Allah jika caranya betul pasti dia boleh gantikan suara arwah."

Baru-baru ini Tajul, Afieq, Haqiem dan Zack Zakwan telah berpadu suara untuk melancarkan nyanyian pemberian nafas baru lagu Mengusung Rindu nyanyian asal kumpulan Spin pada era 90-an. Kesemua penyanyi tersebut berasa amat bangga kerana masing-masing mempunyai bakat dan cara tersendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Bagi Haqiem,beliau tidak terlalu sukar untuk menyanyikan lagu tersebut kerana lagu tersebut hanya diberi nafas pada muzik dan ton sahaja. Kata Haqiem juga dia tidak kisah untuk menyanyikan lagu tersebut dengan trio. Dia juga mula membiasakan diri dengan persekitaran muzik 90-an. "Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dilamar oleh FMC untuk menyanyikan lagu ini. Selain dedikasi untuk arwah Achik (Spin), saya juga amat meminati lagu ini kerana ia mempunyai lenggok yang sangat sesuai tambahan pula suara arwah memang merdu." Mereka juga berharap agar tidak membanding-bandingkan vibes antara muzik dan lagu mereka dengan lagu asal.

Kerjaya sunting

Pernah menganggotai kumpulan nasyid Akhdan di bawah Hijjaz Records yang membawa lagu-lagu berunsur Kerohanian dan alunan Zikir bersama-sama Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Faiq Hamidi, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri.

Pada tahun 2018, Tajul menyertai pertandingan Big Stage #DominasiBBNU dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.[5] Beliau menjadi peserta keempat tersingkir di konsert minggu kelima.[6][7]

Big Stage (musim 1) sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Sedalam Dalam Rindu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Janji Kita" Spin TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Rahsia Kita"

(duet bersama Wany Hasrita)

Khai Bahar & Fatin Husna TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Amboi" Altimet TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Sulit" Aman Aziz TERSINGKIR

Diskografi sunting

Duet bersama sunting

Tahun Lagu Duet bersama
2017 Di Sana Cinta Di Sini Rindu Wany Hasrita
2018 Rindu Dalam Benci
Aku Serius
2021 Malam Semakin Dingin Afieq Shazwan
2022 Resah Kerinduan
Mengusung Rindu Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan
2023 Dimana Janjimu Dulu Afieq Shazwan
Insanku Sayang Kini Menghilang

Lagu Raya sunting

Duet bersama Lagu Tahun
Wany Hasrita, Syed Shamim, Wani Syaz, Ernie Zakri & Haqiem Rusli Lebaran Terindah 2017
Esok Hari Raya 2018
Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz Terpaling di Hari Raya 2023

Single sunting

Lagu Tahun
Sedalam-dalam Rindu 2016
Melamar Rindu 2017
Hasrita 2018
Kembalilah Rindu 2018
Ibu 2019
Ku Sayang Kau Rindu 2019
Izinkan Ku 2020
Serpihan Rindu 2022

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Enjin No.9 Ujang Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Sorry Naik Lori Talib IQIYI Drama pertama

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Tergantung Rindu Andra Astro Mustika HD
2019 Geng Big Stage Beraya Dirinya sendiri Astro Ria
2022 Hajat Buat Lagu Hajat TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Wany Hasrita) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (8 September 2019). Saya ada lagi - Tajul Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2019.
  2. ^ Nurul Asyikin Mayudin (6 Oktober 2019). "Saya sudah berkahwin, isteri kini hamil lapan bulan" - Dua tahun Tajul sorok perkahwinan, bimbang peminat lari mStar Online. Dicapai pada 29 November 2019.
  3. ^ Norhayati Nordin (28 Mei 2020). Adriana penyeri lebaran Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2020.
  4. ^ Wartawan Sinar Harian (17 November 2019). Tajul timang cahaya mata sulung Sinar Harian. Dicapai pada 29 November 2019.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  6. ^ Zulaikha Yusof (3 September 2018). Big Stage: "Saya sudah rasa akan tersingkir, ada yang lebih layak" - Tajul Astro Gempak. Dicapai pada 29 November 2019.
  7. ^ Khai Azfar (3 September 2018). Terlalu relaks antara punca Tajul tersingkir Murai.my. Dicapai pada 29 November 2018.

Pautan luar sunting