Aman Aziz
Mohammed Razman bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Without You" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.
Aman Aziz | |
---|---|
Nama lahir | Mohammed Razman bin Abdul Aziz |
Kelahiran | 18 Oktober 1993 |
Berasal dari | Klebang, Melaka , Malaysia |
Genre | Pop, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2014–kini |
Latar BelakangSunting
Bapa Aman, Encik Abdul Aziz adalah seorang pesara kerajaan, manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusaha perniagaan menjahit secara kecil-kecilan. Aman adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Beliau dilahirkan di Melaka, tetapi dibesarkan di Kerinchi, Kuala Lumpur.
Aman menamatkan zaman persekolahan pada 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur. Ketika di bangku persekolahan, beliau banyak menyertai kumpulan dikir barat dan kumpulan nasyid selain bergelar Pengerusi Persatuan Pancaragam Sekolah. Aman kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka grafik di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat selama tiga tahun dengan memperolehi Diploma Seni Reka Grafik. Setelah menamatkan pengajian, Aman sempat bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat pengiklanan di Kuala Lumpur selama dua bulan sebelum mencuba nasib secara suka-suka dalam ujibakat Akademi Fantasia Musim 11. Biarpun tebal dengan sikap pemalu, bakat Aman berjaya dilihat oleh para juri, penyanyi Nurul Wahab dan pemuzik Edrie Hashim. Seterusnya beliau lulus peringkat keempat bersama guru vokal Shafizawati Sharif dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.
Akademi Fantasia 2014Sunting
Aman bersaing dengan dua belas peserta lain berpeluang untuk memenangi musim ke-11 Akademi Fantasia. Aman merupakan satu-satunya peserta yang tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang nyanyian, malahan penglibatannya boleh dikatakan bermula dari kosong. Akademi Fantasia kali ini dikemudi oleh penyanyi rock ternama Hattan sebagai pengetua [1].
Aman kekal selamat dari penyingkiran dari minggu pertama sehingga minggu kesembilan, biarpun saban minggu menerima kritikan yang agak keras daripada pengkritik tetap Ramli M.S. dan Raja Azura. Masalah utama Aman ketika itu adalah akibat kekurangan pengalaman beraksi di pentas besar, dia terpaksa mengharungi kepayahan untuk membuat persembahan dengan yakin dan konsisten gara-gara perasaan gemuruh dan malu yang menebal selain sering mendapat lagu yang tidak sesuai dengan vokalnya. Biarpun begitu, undian terhadap Aman tetap tinggi kerana semangat ingin belajar , tidak merungut, mempunyai kesabaran yang tinggi dan disiplin yang kuat ditonjolkan di dalam diari hingga meraih sokongan penonton dan mendapat pujian daripada guru vokal Siti Hajar dan guru komunikasi dan Bahasa Inggeris, Fatimah Abu Bakar. Pada akhir konsert akhir, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua mengalahkan 3 finalis lain dan berada di belakang juara Firman Bansir dari Sabah [2]. Kemenangan ini nyata mengejutkan ramai pihak namun Aman bukan saja berjaya menebus kesangsian itu apabila persembahan konsert akhirnya menunjukkan peningkatan yang drastik malahan lagu debutnya, "Without You" meraih perhatian positif pendengar [3].
Persembahan di Akademi FantasiaSunting
Minggu | Lagu Tugasan | Penyanyi Asal | Keputusan |
---|---|---|---|
Minggu Pengenalan | "Andai Ku Tahu" | Kumpulan Ungu | Kekal |
Minggu 2 | "More Than Words" | Kumpulan Extreme | Kekal |
Minggu 3 | "Hanya Kau Yang Mampu" | Aizat Amdan | Kekal |
Minggu 4 | "Tak Pernah Berjumpa" | Kumpulan Forteen | Kekal |
Minggu 5 | "PadaMu Ku Bersujud" | Afgan Syah Reza | Kekal |
Minggu 6 | "Itu Kamu" | Kumpulan Estranged | Kekal |
Minggu 7 | "Tiada Kata Secantik Bahasa" | P. Ramlee | Kekal |
Minggu 8 (Suku Akhir) | "Kasih Latifah" "Ku Merindu" (duet Nina Nadira) |
Kumpulan Spider Ella & Shah |
Kekal |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | "Sedetik Lebih" "Kalau Cinta" (duet Masya) |
Anuar Zain Aliff Aziz & Joanna |
Kekal |
Konsert Akhir | "Mewangi" "Without You" |
Akim Ahmad Lagu Baru ciptaan Awi Rafael |
Naib Juara |
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Tajuk Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2014 | "Without You" | — | — | — | — | AF2014 Hits |
Video MuzikSunting
Tahun | Tajuk Lagu | Akaun Youtube |
---|---|---|
2014 | "Without You" | Astro Gempak |
2018 | "Sulit" | LMA Talent House |
2018 | "Terdetik Rindu" | LMA Talent House |
2019 | "Bukan Lagi" | Warner Music Malaysia |
2021 | "Tunggu Lama" | NSR Malay |
2021 | "Layang-layang" | Aman Aziz - Topic |
2022 | "Tika dan Saat Ini" | NSR Malay |
2022 | "Satu Hari Saat Hujan" | NSR Malay |
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Isryad | Astro Prima | Drama pertama |
2022 | Cina Buta | Umar | Astro Ria |
PencapaianSunting
- Naib Juara Akademi Fantasia Musim 11 (2014)
RujukanSunting
- ^ http://www.astrogempak.com.my/akademifantasia/pelajar/aman
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
- ^ http://www.youtube.com/watch?v=sXY6AZfmNrA