Spin (kugiran)

(Dilencongkan dari Kumpulan Spin)

Kumpulan Spin merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu yang bercirikan balada, serta pop dan muzik hit rancak Melayu.

Spin
Berasal dariMuar, Johor Johor,[1] Malaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1998 - 2005
Syarikat rakaman
Fantasia Music City
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliAwis
Afiz
Galang
Jojo
Raymie
Bekas ahliAchik (meninggal dunia pada 2010)
Talhar (Tal)
Aie
Shah
Fidaz
Aidel
Azren
Ali

Sejarah Penubuhan

Sebelum tertubuhnya band yang bernama Spin ini, ahli band asal terdiri daripada Norazren Kamil (Azren), Aidelah Ahmad (Aidel), Amir dan Ali telah lama mengadakan persembahan di majlis kenduri kahwin sekitar Muar, Johor dan mereka mula aktif dalam bidang ini sejak umur mereka 15 tahun lagi.

Spin telah ditubuhkan pada 1998 oleh golongan remaja di usia yang muda secara peringkat permulaan malah ia terdiri daripada 2 kategori anggota kumpulan yang asal sebelum ia dikenali, dan ketika itu artis berkumpulan ini telah berada di bawah naungan studio rakaman iaitu Fantasia Music City. Dalam pada itu, kumpulan Spin ini terdiri daripada Achik yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan selaku teraju asal dan vokalis utama yang mengetuai kumpulan ini, manakala anggota Spin iaitu Aidel bermain di posisi gitaris, Azren selaku pemain gitar bass, manakala Ali sebagai pemain drum yang bergiat aktif sehingga tamat pada 2001. Mereka mula dikenali pada 1998 malah lagu yang cukup popular pada masa itu ialah dengan munculnya single pertama yang berjudul Dekat Disayang Jauh Dikenang ciptaan sepenuhnya oleh komposer Patrick Kamis, manakala mereka muncul dengan single kedua iaitu Mengusung Rindu, termasuklah single ketiga yang dimuatkan album pertama yang bertajuk Roda Roda Rindu iaitu lagu balada yang berjudul Insan Ku Sayang Kini Menghilang.

Selepas pengunduran mereka pada tahun 2001, anggota kumpulan Spin yang baru telah dibentuk iaitu mengekalkan Achik sebagai vokalis asal, manakala kemasukan anggota baru yang menjadi teraju utama bagi meneruskan perjuangan Spin, iaitu Ayie dijadikan selaku gitaris baru, Talhar atau Tal sebagai pemain dram serta Raymie sebagai pemain gitar bes yang baru bagi kumpulan Spin. Kumpulan ini akhirnya telah membawa perubahan baru bagi industri muzik dan juga merupakan artis yang berprestij berjaya mencipta nama sejarah bagi dunia seni pada tahun 2003. Selain itu, mereka terdahulunya telah muncul dengan album ketiga Spin iaitu Spin 3 Demi yang membawa lagu pop seperti Hadirlah Mustika, yang cukup sinonim dengan liriknya yang rancak dan juga pernah dicalonkan dalam rancangan realiti popular TV3, iaitu Muzik-Muzik 18 pada 2003. Selain itu, mereka juga muncul dengan single kedua iaitu Di Mana Janjimu Dulu, dan single yang ketiga iaitu Sayangku Zarina juga dicipta dan dikenali pada masa itu malah ketiga-tiga single itu pernah digunakan untuk soundtrack dalam drama telemovie baru iaitu Demi arahan pengarah Zalie Salim yang diterbitkan oleh rakaman FMC.

Seterusnya, kumpulan ini telah mencipta album yang keempat iaitu Keranamu yang merupakan daripada album terakhir mereka yang muncul pada masa itu. Di samping itu, lagu yang dibawa oleh mereka ketika itu adalah single yang berjudul Janji Kita ciptaan sepenuhnya daripada komposer Eddie Hamid, serta single balada yang kedua bertajuk Engkaulah Ibu dan munculnya single mereka yang terbaru iaitu Untuk Kali Keduanya serta Mabuk Cinta yang ketika itu telah diperkenalkan pada awal tahun 2003 hasil sentuhan daripada komposer Aidit Alfian. Selepas kejayaan mereka, kumpulan ini akhirnya diiktiraf dan dinobatkan sebagai artis berkumpulan yang terbaik pernah dijulang sehingga bergiat aktif dalam akhir tahun 2005. Pada 17 April 2010, Achik meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di KM 14.7 Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) selepas beliau selesai menjalani program hiburan di ibu kota. Selepas kematian Allahyarham, kumpulan ini terus menyepi selama lima tahun akibat sebak dengan pemergian beliau dalam usia yang muda itu malah anggota yang lain juga tiada perancangan untuk mencari pengganti vokalis Spin bagi menerajui kumpulan tersebut.

Atas permintaan ramai, adik kandung kepada Allahyarham Achik iaitu Arwis Qarani Md. Shari, atau lebih mesra dengan panggilan Awis, dipilih sebagai vokalis yang menggantikan Achik selaku teraju utama bagi menyambung legasi tersebut.[2] Kumpulan ini akhirnya muncul pada tahun 2015 dengan kemasukan 2 anggota baru: Shah selaku pemain drum bagi menggantikan Tal dan Fidaz sebagai gitaris kedua Spin. Mereka muncul dengan single terbaru iaitu Sakit Terpanah hasil ciptaan komposer Zul 2 By 2 pada akhir tahun lalu. Namun, selepas keluaran single tersebut pada akhir 2015, Aie, Shah dan Fidaz telah mengundurkan diri akibat perselisihan faham antara mereka. Kini, Awis dan Raymie merupakan anggota yang tinggal. Pada masa yang sama, mereka juga telah menerima kemasukan 3 daripada anggota baru: Afiz sebagai pemain drum, Jojo sebagai gitaris, dan Galang, iaitu gitaris kedua yang berasal dari Indonesia. Mereka mempunyai perancangan single baru yang akan keluar pada tahun 2017.[3]

Ahli-ahli

  • Md. Arwes Qarani Md. Shari (Awis) - (vokalis)
  • Abdullah Zainal Abidin (Jojo) - (gitaris)
  • Hafiz Jamaludin (Afiz) - (pemain dram)
  • Mohd. Remmy Abd. Razak (Raymie) - (pemain gitar bass)
  • Galang Bimandiri (Galang) - (gitar kedua)

Bekas ahli

  • Achik (Abdillah Murad bin Md. Shari) - vokalis utama asal yang mengetuai kumpulan Spin (meninggal pada 17 April 2010)
  • Talhar (Tal) - pemain drum asal
  • Aie - gitaris asal
  • Shah - pemain drum
  • Fidaz - gitaris kedua
  • Ali - pemain gitar bass
  • Aidelah Ahmad (Aidel) - gitaris
  • Norazren Kamil (Azren) - pemain bass

Dua anggota asal kumpulan ini iaitu Norazren Kamil atau Azren (pemain bass) dan Aidelah Ahmad atau Aidel (gitaris) telah menubuhkan kumpulan Real Spin pada tahun 2016 tahun lalu, yang turut memperkenalkan dua anggota baru iaitu Muhammad Khalis Md Shari atau Khalis dan Aiman Haqim Mohamad Ramli atau Aiman (drum). Kumpulan Real Spin telah muncul dengan bingkisan single baru sebagai tanda kemunculan semula dalam gelanggang seni tanah air.[4]

Diskografi

Album studio

Lagu terkenal

  1. Janji Kita
  2. Kasih Ibu
  3. Hadirlah Mustika
  4. Engkau Yang Ku Cinta
  5. Mengusung Rindu
  6. Apa Salahnya Kau Jujur
  7. Utusan Rindu
  8. Memori Berkasih (Duet Siti Nordiana)
  9. Lamaran Di Impian
  10. Gurauan Berkasih (Duet Siti Nordiana)
  11. Dekat Disayang Jauh Dikenang
  12. Resepi Berkasih (Duet Siti Nordiana)
  13. Insanku Sayang Kini Menghilang
  14. Tiada Beza Disisinya
  15. Diselubung Rindu
  16. Malam Semakin Dingin
  17. Sejuta Maaf
  18. Buah Hati Diambil Orang
  19. Cintamu Haruman Wangian Kasturi
  20. Dimana Janjimu Dulu
  21. Dilambung Ombak Kasih
  22. Merindu Kembali
  23. Rela
  24. Nista
  25. Resah Kerinduan
  26. Mainan Cinta (Duet Siti Nordiana)

Kematian Achik

Pada 17 April 2010, Achik bagaimanapun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya di KM 14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban susur keluar dari Pajam lebih kurang jam 6:00 petang. Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas beliau menghadiri satu program hiburan di ibu kota.[5]

Allahyarham yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) meninggal dunia di tempat kejadian akibat berlanggar dengan papan tanda dan beliau telah tercampak keluar dari kereta selepas ia meletup dan hangus terbakar.

Kematian beliau juga merupakan kehilangan yang besar buat dunia industri muzik. Kini, adik kepada Allahyarham, Awis atau Arwis Qarani Md. Shari, menggantikan tempat beliau yang mengetuai Spin selepas 7 tahun kematiannya.

Rujukan

  1. ^ https://m.facebook.com/nt/screen/?params=%7B%22note_id%22%3A2818623728425087%7D&path=%2Fnotes%2Fnote%2F
  2. ^ Awis sambung perjuangan Spin
  3. ^ Tunai hajat arwah Achik Spin
  4. ^ Real Spin pengubat rindu
  5. ^ "Selepas tujuh tahun, Tasha masih rindu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-26. Dicapai pada 2017-12-26.

Pautan luar