Muna Shahirah
Muna Shahirah adalah seorang penyanyi wanita dan model Malaysia. Muna yang berasal dari Mersing, Johor, Malaysia. Beliau juga merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Muna dikenali selepas mengeluarkan single pertamanya, berjudul Takdir Cinta.
Muna Shahirah | |
---|---|
Kelahiran | Muna Shahirah binti Munadi |
Warganegara | ![]() |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi (Universiti Sains Malaysia) |
Pekerjaan | Penyanyi, Model |
Tahun aktif | 2014-kini |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music (2017-kini) |
Pengkarya berkait | AF2014 |
BiografiSunting
Muna Shahira atau nama sebenarnya, Muna Shahirah binti Munadi berusia 26 tahun pada 2020. Beliau berasal dari Johor dan merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2014 yang antara lain melahirkan penyanyi Aman Aziz, Ewal dan Nina Nadira. Beliau bagaimanapun tidak berjaya menempatkan diri sebagai finalis akhir apabila menjadi peserta ketiga disingkirkan di minggu keempat, selepas melaksanakan cabaran lagu tugasan 'Hilang' dendangan asal Najwa Latif, Diam-diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram), Percayalah (Indah Suhaila) dan Kekal (Ziana Zain). Beliau kini bernaung di bawah syarikat rakaman FMC dengan kontrak diikat selama lima tahun. Beliau juga pernah menerbitkan single Takdir Cinta pada November 2017 dan Teguh Setia pada hujung 2018, kedua-duanya ciptaan Ibnu dan Gouffran. Pengikutnya di laman Instagramnya, @muna.shahira diikuti lebih 50,000 pengikut. Beliau meminati genre muzik balada dan meletakkan Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Dato' Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan dan menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak. Beliau suka menyanyi di dalam tandas. Walaupun senang mengalirkan air mata, namun dalam masa sama seorang yang berkarakter tegas dan sentiasa berusaha mengejar apa yang dimahukan. Selain menyanyi, beliau turut membantu kedua ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.
KerjayaSunting
Karier seni Muna bermula apabila beliau terpilih menjadi salah seorang daripada 12 pelajar yang diterima masuk me dalam Akademi Fantasia Musim 11 (AF2014).[1]Namun rezeki dan perjuangan beliau terhenti di konsert minggu keempat berikutan mendapat undian terendah di minggu tersebut meskipun persembahan beliau mendapat pujian daripada juri.[2] Selepas tersingkir daripada AF2014, beliau kembali fokus terhadap pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Setelah tamat pengajiannya pada tahun 2017 beliau kembali ke industri muzik dengan menerbitkan dua single berjudul Takdir Cinta dan Teguh Setia dimana kedua-dua buah lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu Gouffran. Lagu Teguh Setia terkandas di separuh akhir minggu kedua Muzik Muzik 34 apabila lagu tersebut gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.[3]
Akademi Fantasia 2014Sunting
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Pilihan Peserta | "Hilang" | Najwa Latif |
Minggu 2 | 90-an | "Diam-diam Jatuh Cinta" | Ramlah Ram |
Minggu 3 | Hitz Fantasia | "Percayalah" | Indah Ruhaila |
Minggu 4 | Tribute Komposer Malaysia | "Kekal" | Ziana Zain |
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2017 | "Takdir Cinta" | Single |
2018 | "Teguh Setia" | |
2019 | "Suratan Luka" | |
2020 | "Bagaimana(duet bersama Zack Zakwan)" |
Single rayaSunting
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2019 | "Menanti Di Aidilfitri" | Single |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon |