Ahmad Fedtri Yahya

Pengacara, personaliti televisyen, penulis lirik, penyampai radio, dan penerbit rancangan Malaysia

Ahmad Fedtri Yahya (lahir 2 Ogos 1981) merupakan seorang pengacara, personaliti televisyen dan penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai personaliti TV3 dan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Biarpun pernah ditawarkan untuk bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM), ASTRO dan TV AlHijrah dengan pulangan yang lumayan, Fedtri lebih selesa berkhidmat dengan TV3 yang diibaratkan sebagai rumah keduanya selain menjadi tempat beliau mencari sumber rezeki.

Fedtri Yahya
Kelahiran
Ahmad Fedtri bin Yahya

(1981-08-02) 2 Ogos 1981 (umur 42)
PendidikanSarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Penerbit
  • Penulis lirik
  • Penyampai radio
Tahun aktif2003–kini
MajikanMedia Prima (sejak 2003)
Pasangan
Nurul Anati Ismail (k. 2011)
Anak-anak4

Kerjaya

sunting

Fedtri menyertai TV3 pada 2003, beliau sebelum ini pernah bekerja dalam bidang pengiklanan. Sewaktu mula berkhidmat di TV3, beliau pada asalnya hanya bermula sebagai kakitangan intern semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas menamatkan pengajian di USM, Fedtri berkhidmat secara sepenuh masa di TV3, kemudian dipelawa menjadi pengacara Malaysia Hari Ini.[1]

Dalam tempoh perlanjutan kontraknya sebagai personaliti TV3, antara rancangan TV lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Soal Jawab, Soal Rakyat, Majalah Tiga, Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan pelbagai lagi.[2] Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie dengan membuat penampilan kameo.

Beliau juga aktif sebagai penulis lirik. Banyak menulis lirik lagu nama-nama besar seperti Noraniza Idris, Dato' Nora Ariffin, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, Awie, Ziana Zain, Zamani Ibrahim, Siti Nordiana, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Syamel, Hafiz Hamidun, dan ramai lagi.

Beliau juga aktif menjadi pengacara pelbagai majlis peringkat kebangsaan seperti Sambutan Hari Merdeka dan menulis buku bertajuk 'Haruman Puisi Cinta', 'Pantun Penyeri Pengantin', Mahkota Kiasan, Dari Cizre ke Sanliurfa, Kezaliman Cinta, Soalan Maut Untuk Ustaz. Beliau juga aktif menulis dalam majalah seperti Remaja, Gen-Q dan Tunas Cipta.

Sejak 2021, beliau menjadi juruhebah radio Buletin FM menerusi rancangan Ilham Sanubari.[3] Akan tetapi pada Mei 2022, beliau meninggalkan Buletin FM apabila kontrak beliau sebagai juruhebah di stesen radio itu tidak dilanjutkan.[4]

Pada Ogos 2021, beliau menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Maal Hijrah - Pendakwah Kreatif oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[5]

Kehidupan peribadi

sunting

Fedtri dilahirkan di Pantai Remis, Perak dan merupakan anak bongsu daripada 4 beradik. Beliau ialah anak lelaki tunggal dan mempunyai tiga orang kakak. Fedtri juga merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) atau lebih dikenali sebagai KUSESS dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 1998. Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2002.

Fedtri telah berkahwin dengan Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika sama-sama terlibat dalam Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.[6] Beliau dikurniakan empat anak, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

Diskografi

sunting
Sebagai penulis lirik
Tahun Tajuk Penyanyi
2004 "Ayuh! Juragan" Noraniza Idris
"Puteri Ledang"
2007 "Samudera" Nora Ariffin
2008 "Cintamu" Siti Nurhaliza
2009 "Enjut" Noraniza Idris
2011 "Pawana" Ziana Zain
2015 "Mikraj Cinta" Siti Nurhaliza
2018 "Terlalu Memuja" Wany Hasrita
2020 "Basyirah" Siti Nurhaliza
"Angkara" Siti Nordiana
2022 "Permataku" Azmi Saat
"Serpihan Rindu" Tajul Ariff

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Dunia Baru The Movie Wartawan Di Sebalik Malam Filem pertama, penampilan kameo
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Aku Tak Raya Dirinya sendiri TV3 Penampilan khas

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005–kini Malaysia Hari Ini Pengacara TV3
2013–2023 Jejak Rasul
2021 Kuiz Pacak TV9
2021–2022 Sembang Viral mengacara bersama Datuk Rosyam Nor
2022 Aduan Jiwa

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
2 Ogos 2021 – 30 Jun 2022 IIham Sanubari Buletin FM

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya/Tercalon Keputusan
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pengacara TV Terbaik Ahmad Fedtri Yahya (Jejak Rasul) Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pengacara TV Popular Ahmad Fedtri Yahya Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3469774/fenda-mastura-fedtri-buru-kepuasan-galas-cabaran-mhi
  2. ^ Ramlah Zainal (30 Julai 2016). "Cabar kebolehan diri". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  3. ^ Georgie Joseph (2 Ogos 2021). "Fedtri Yahya dah lama teringin nak jadi DJ radio". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2021.
  4. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/07/971863/ally-hawa-dan-fedtri-tinggalkan-buletin-fm
  5. ^ Siti Athirah Dzulkifly (13 Ogos 2021). "Ahmad Fedtri terima Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 November 2021.
  6. ^ Kemalia Othman (19 Mei 2011). "Fedtri Yahya Bakal Nikah Guru Selepas Berjumpa Di Masjid". mStar Online. Dicapai pada 7 Ogos 2018.

Pautan luar

sunting