Majalah 3
Majalah 3 merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di stesen TV3. Ia disiarkan untuk tontonan umum setiap Isnin jam 9:00 malam. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan.
Majalah 3 | |
---|---|
![]() | |
Genre | Dokumentari dan Majalah |
Pencipta | Jabatan Faktual TVN |
Penggubah lagu tema | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Lokasi | Sri Pentas |
Tempoh siaran | 1 jam |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 5 Jun 1990 – kini |
Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1987 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Isnin malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, Gaya Hidup, isu kemanusiaan, sains, teknologi, inovasi, automotif dan lain-lain.
Pada 14 November 2022, rancangan ini telah direhatkan sementara bagi memberi kepada siaran langsung Mandat Rakyat PRU - 15 sempena pilihan raya umum Malaysia ke-15.
Pengacara/Pengkaji sunting
- Nurul Fariha Onn (2006-sekarang:Wartawan,penerbit)
- Nor Izzati Lockman (2019-sekarang)
- Christine Lee Mei Chin (2020-sekarang)
- Zerry Francis (2015-sekarang)
- Irin Putri Azmi (2006-sekarang)
Episod khas
*Haji Noor Sulaiman
*Sasha Bashir
Bekas pengacara/wartawan sunting
- Azura Abdul Karim (1991-1995)
- Wan Zaleha Radzi (1986-1993)
- Nor Azlina Redzuan (2002-2005)
- Norzie Pak Wan Chek (2005-2007)
- Nurul Syuhada Ain (2008-2012)
- Abdullah Sidek Majin (2005-2014)
- Mazidul Akmal Sidek (2010-2013)
- Nur Wannah Kiranah (2014-2020)
Anugerah dan pencapaian sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1990 - kini | Pelbagai Anugerah | Dokumentari Terbaik | Menang |