Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain (lahir 29 November 1984) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara Malaysian Top Host 2005 dan sejak itu, beliau telah berkhidmat di TV3 selama 9 tahun.

Nurul Syuhada Nurul Ain
Kelahiran
Nurul Syuhada Nurul Ain binti Mohd Zain

(1984-11-29) 29 November 1984 (umur 38)
Nama lainNurul Syuhada
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sains Marin
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Terengganu
PekerjaanPengacara
Tahun aktif2005–kini
MajikanTV3 (2005–14)
PasanganRaja Amir Raja Azwa (k. 2014)

Kerjaya penyiaranSunting

Nurul Syuhada dilahirkan pada 29 November 1984 di Seremban, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal..[1] Nurul Syuhada merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3, Malaysia Hari Ini dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.

Nurul Syuhada menceburi dalam bidang pengacara melalui bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Malaysian Top Host pada 2005. Dia kemudiannya turut mengendalikan acara hiburan berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2008 bersama aktor dan pengarah berkaliber, Adlin Aman Ramlie, yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehidupan peribadiSunting

Nurul Syuhada telah menamatkan perkhidmatan sabagai pengacara TV3, dan kakitangan syarikat Media Prima Berhad pada awal September 2014. Dia juga telah mendirikan rumahtangga bersama Raja Amir Raja Azwa [2] di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012.

RujukanSunting

Pautan luarSunting