Majalah Tiga

(Dilencongkan dari Majalah 3)

Majalah Tiga (lebih dikenali dengan ejaan Majalah 3) merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di stesen TV3. Ia disiarkan untuk tontonan umum setiap Isnin jam 9:00 malam. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan.

Majalah Tiga
Majalah 3.jpg
GenreDokumentari majalah
Dibangunkan oleh
Jabatan Faktual TVN
Penggubah lagu tema
Peter Lim
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitChristine Lee Mei Chin
Khaleeq Shahzada Manja
Izzati Lockman
Zerry Francais
LokasiSri Pentas
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Media Prima Berhad
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal1985 – kini

Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1985 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Isnin malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, Gaya Hidup, isu kemanusiaan, sains, teknologi, inovasi, automotif dan lain-lain.

Antara Bekas PengacaraSunting

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1985 - kini Pelbagai Anugerah Dokumentari Terbaik Menang

Pautan luarSunting