Lisdawati

Pelakon wanita Malaysia

Nisdawati binti Nazaruddin (lahir 15 Disember 1978) atau lebih dikenali sebagai Lisdawati merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau menjadi duta Slim World dan tuala penyayang She. Beliau dan suaminya Fauzi Nawawi juga menjadi duta kopi kesihatan.

Lisdawati
Kelahiran
Nisdawati binti Nazaruddin

(1978-12-15) 15 Disember 1978 (umur 41)
Nama lainLisdawati
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–kini
PasanganFauzi Nawawi (k. 2007)
Anak4

Kehidupan peribadi

Lisdawati berkahwin dengan aktor Fauzi Nawawi dan mempunyai dua orang anak. Mereka berniaga songkok tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur setiap bulan Ramadan. Pada Ogos 2011, mereka mengerjakan umrah di Mekah.[1]

Kontroversi

Nama beliau melonjak naik apabila beliau bergaduh dan membuat lapuran polis kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar semasa penggambaran drama Kau Yang Disayang 15 Ogos 2006. Tiada pendakwaan dilakukan oleh pihak polis.

Menang kes mahkamah

Pada 31 Oktober 2011,Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen memerintahkan aktres Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati (33) dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di majalah Media Hiburan.[2] Wartawan Hanif Abdul Ghani menerbitkan artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada 8-14 Januari 2005. Nadia menafikan beliau menyebut nama Lisdawati. Nadia tidak menghubungi wartawan tersebut untuk membetulkan fakta. Nadia yang membintangi filem “Zombie Kampung Pisang” enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.Sebenarny Lisdawati meminjam RM10,000 daripada teman lelaki Nadia, Mohd Roslan Omar.[3][4]

Fitnah 2003 itu menyiksakan sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin. Selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Akhirnya pada 2005, Lisda memfailkan saman di Mahkamah Sesyen diwakili oleh peguam Karpal Singh.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Anaknya Sazali Tetamu Filem pertama, penampilan kameo
2002 KL Menjerit Ayu
2003 Mistik Mona Di samping Cico Harahap, Farid Kamil & Uji Rashid
Black Maria Maria
2004 Bisikan Remaja Ameera
2006 Bilut Saleha
2007 Syaitan Dahlila
Chermin Zahrah
2009 Santau Ana
2011 Songlap Yuppie Wife Penampilan khas
2017 Pak Pong Jin Tanah
2020 Salahkah Takdir? Filem pendek
2021 Mahathir: The Journey Nurul Izzah Anwar Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002–2003 Astana Idaman Sari Syuhada Astro Ria
2005 Aku & Dia Cape Town TV3
2008 Dewi Cinta Dewi TV1
2009 Dua Marhalah Mira Astro Oasis
Matahari Matahari TV3
2010 Ular Emas Mona
Roh Kembali... Azrin
2011 Dia Bukan Maryam Zaimah
Suria Di Cordoba Astro Prima
2011–2013 6 Progresif Dr. Rozita TV9
2012 Maqam Jannah TV AlHijrah
Cinta Shanxi Shenly / Safiah TV1
Takdir Qismah Qismah TV3
2013 Derhaka Seorang Madu Hawa
Kerana Sarah Dayana
2013–2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Hannah Maryam Astro Mustika HD
2014 Kifarah (Musim 2) TV3 Episod: "Sahabat Subahat"
2015 Ya Solihin TV2
Wadi Mahani TV3
2016 Si Kolot Suamiku Mak Lisa Astro Ria
2017 Gerak Khas (Musim 17) Maria TV2 Episod: "Misteri Black Maria"
Joni Togo Astro Prima Episod: "Tumpang"
Hero Seorang Cinderella Aryana Astro Ria
2018 Mr. Grey Datin Musalma
Bahagia Bukan Bidaan Maksu TV3
2019 Cemburu Seorang Perempuan Lea Astro Ria
2020 Camelia Zakiah / Mak Su TV3
Gerak Khas (Musim 19) Sarah TV2 Episod: "Persepsi"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Sayangnya Liya Liya VCD
Nyayian Langsuir
Neon Pengutip Tin
2004 Sahabat Atau Kekasih? Lis
Zon 606
Miftahul Jamilah Jamilah TV3
2007 Al-Kausar Astro Ria
2008 Terlerai Takbir Kasih TV3
2010 Tempatkan Dia Di Syurga Sakinah
Sebelum Akhirat Noridah
2011 Pusara Di Lebuh Raya Zuraidah
2012 Bahrin Tangkai Jering Zainab
Hilangnya Doa Seorang Ibu Laila
Balasan Mak Tiri Liza Astro Prima
2013 Khilaf Salmiah TV1
Baran TV3
Takbur Mama Taqifah
Mengejar Neraka Ainun TV2
2014 Ku Akui Sofira TV1
Bibir Tanpa Zikir Amira TV9
2015 Ada Jalan Pulang Farhana TV AlHijrah
2016 Baju Berkancing Peniti TV3
Ayah Mertuaku Zana TV9
Ayah Tak Pernah Kalah Anisa
2017 Misteri Sofa Lama Cik Enab Astro Citra
2018 Sayang Suria TV3
Cucu Atuk Ibu Danish
Hanya Sesenggam Setia Unifi TV
2019 Dia Miliknya Risya TV1
2020 Dia Kembarku Datin Maria TV3
Baju Merah Jambu Amnah TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri bersama suami TV3

Rujukan

Pautan luar