Bilut (filem)
Bilut ialah sebuah filem cereka diterbitkan sempena sambutan ulangtahun FELDA. Filem ini berlatar belakangkan kehidupan peneroka Lurah Bilut.
Bilut | |
---|---|
Pengarah | Bade Hj. Azmi |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Khatijah Abu Hassan |
Dibintangi | |
Diedarkan oleh | Mega Wajasinar |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis Sunting
Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu.
Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussel dalam jurusan pentadbiran. Di Brussel, Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai isteri. Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya, Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha, seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan kembar, Maimunah dan Maimun.
Pada tahun 2006, pembuat filem dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti di Brussel pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk penggambaran filemnya itu.
Pelakon Sunting
- Rosyam Nor sebagai Yazid
- Eja sebagai Aishah
- Que Haidar sebagai Yusof
- Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Kassim
- Rusdi Ramli sebagai Hassan
- Ezlynn sebagai Asmah
- Lisdawati sebagai Saleha
- Aqasha sebagai Hamzah
- Khir Rahman sebagai Wan Mat
- Siti Elizad sebagai Mariam
- Yasmin Hani sebagai Mazuin
- Soffi Jikan sebagai Ngah Busu
- Bront Palarae sebagai Rosli
- Beego sebagai Iskandar
- Anne Abdullah sebagai Hasnah
- Sharifah Shahora sebagai Som
- Amran Tompel sebagai Mat Ya
- Prono sebagai Mustafa
- Liza Ismail sebagai Nab
- Abus bin Ngah sebagai Koyon
Penampilan khas Sunting
- Jericho Rosales sebagai Gabriel
- Khatijah Abu Hassan sebagai Aspah
Anugerah dan pencalonan Sunting
Filem ini mendapat 13 pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-19
Anugerah | Kategori | Penerima | Menang/Pencalonan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-19 | Filem Terbaik | Keseluruhan Filem | Pencalonan |
Pengarah Terbaik | Bade Hj. Azmi | Pencalonan | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Rosyam Nor | Pencalonan | |
Pelakon Wanita Terbaik | Eja | Pencalonan | |
Cerita Asal Terbaik | Tan Sri Dr. Yusof Noor | Pencalonan | |
Sinematografi Terbaik | Raja Mukhriz Raja Kamaruddin | Pencalonan | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Rusdi Ramli | Pencalonan | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Fok Sin | Menang | |
Penyuntingan Terbaik | Bade Hj. Azmi | Pencalonan | |
Lagu Tema Asal Terbaik | `Semalam Hari Ini Ku` Lagu/Lirik: LY/Baiduri Penyanyi: Mawi |
Pencalonan | |
Penataan Seni Terbaik | Azwan Aziz | Pencalonan | |
Penataan Bunyi Terbaik | Azman Abu Hassan | Pencalonan | |
Pereka Kostum/Busana Terbaik | Pencalonan |