Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari (Jawi: عارف بحران; lahir 15 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi lelaki dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat melalui single pertama beliau berjudul "Kata Akhirmu".

Ariff Bahran
Kelahiran
Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari

(1998-01-15) 15 Januari 1998 (umur 26)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014, 2017–kini

Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram. Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya. Beliau juga paling dikenali sebagai salah seorang peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018.

Kerjaya sunting

Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.[3]

Big Stage (musim 1) sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Kata Akhirmu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lil Throwback "Sejarah Mungkin Berulang" New Boyz TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Marry You"

(duet bersama Ayda Jebat)

Bruno Mars TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Deen Assalam" Sabyan Gambus TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Bukti" Virgoun TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Kisah Antara Kita" One Avenue Band TERSELAMAT
"Yang Pernah"

(duet bersama Sarah Suhairi)

Estranged TERSELAMAT
Minggu 7 Road To Final "Gerhana" M. Nasir TERSINGKIR
"Mama Papa Larang"

(duet bersama Aepul Roza)

Judika

Kehidupan peribadi sunting

Ariff Bahran dilahirkan dan dibesarkan di Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis lirik Catatan
2017 Kata Akhirmu Jimmy Asmara, Rudy Kasmaran & Sang Hitam Rudy Kasmaran & Sang Hitam OST Cinta Hati Batu
2018 Juara Dusta Pria Anonim
2019 Selamat Berhari Raya (feat. Sarah Suhairi) Rudy Kasmara & Sang Hitam
Bicara Rasa (feat. Sarah Suhairi) OST Sara Sajeeda
2020 Usah Dirinya sendiri & Sufian Suhaimi
Satu di Hati (feat. Sarah Suhairi) Rudy Kasmara & Sang Hitam Al-Farouq & Indah

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Voice Note Hilman TV9
Cerita Hantu Asrama Astro Prima
2022 30 Hari Sebelum Raya Aiman TV9
2023 Kami Budak Band Rizal TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Dari Jauh Erul Shuhaimi TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Big Stage (musim 1) Peserta Astro Ria
2021 Anugerah Drama Sangat 2021 TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2019 ERA Digital Music Awards (EDMA 2018) Penyanyi Pilihan Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Aznan Bakar (23 Julai 2020). Ariff Bahran tidak mahu berpura-pura Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 November 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (16 Julai 2020) Mahu variasi bakat Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2020.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.

Pautan luar sunting