Syafiq Farhain

Penyanyi lelaki Malaysia

Nursyafiq Farhain bin A.M Salim (lahir 19 Februari 1994) merupakan seorang ahli bomba dan penyanyi lelaki Malaysia.[1][2] Beliau merupakan anak keempat penyanyi, Allahyarham Saleem. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim pertama,[3][4] di mana beliau menyandang gelaran naib juara.[5]

Syafiq Farhain
Nama lahirNursyafiq Farhain bin A.M Salim
Kelahiran (1994-02-19) 19 Februari 1994 (umur 30)
Berasal dariKampung Pak Kancil, Setiu, Terengganu, Malaysia
GenreBalada, Pop, Rock
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara, Ahli Bomba
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
MVM Production

Kerjaya sunting

Syafiq memulakan kerjayanya menjadi penyanyi apabila beliau aktif menyanyi menggunakan aplikasi Smule. sejak hujung tahun 2016. Antara lagu saduran nyanyian Syafiq ialah "Mimpi Yang Pulang", "Luhur", "Warisan" dan "Bintang".

Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik 'Fire Fingers JDT' yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.

Syafiq juga merupakan ahli bomba di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. Beliau juga pernah berkhidmat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Tebrau, Johor.[6]

Big Stage (musim 1) sunting

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Minggu Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Sayang Maafkan Aku" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Sambutlah Kasih" Lovehunters TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Laksamana Raja Di Laut"

(duet bersama Shiha Zikir)

Iyeth Bustami TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Sway" Michael Bublé TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Bunga" Ara Johari TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Mencari Cinta Sejati" Cakra Khan TERSELAMAT
"Drama King"

(duet bersama Baby Shima)

Meet Uncle Hussain & Black Hanifah TERSELAMAT
Minggu 7 Road To Final "Kau Lupa Janji" Jamal Abdillah TERSELAMAT
"Joget Angan Tak Sudah"

(duet bersama Hazama)

Jay Jay TERSELAMAT
Minggu 8 Cover Penentuan & Lagu Baru "Antara Hujan dan Air Mata" Sudirman NAIB JUARA
"Aku Jatuh Cinta" Dirinya sendiri NAIB JUARA

Diskografi sunting

Single sunting

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Catatan
2017
"Sayang Maafkan Aku"
2018
"Kamar Hati"
"Aku Jatuh Cinta"
2019
"Manis Manis Cinta"
Duet bersama Baby Shima
"Demi Setia"
"Aidilfitri Mulia"
"Pakat Maghi Ganu"
2021
"Kau Bidadari"
Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Syafiq Filem pertama

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Geng Big Stage Beraya Syafiq Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (18 November 2020). Setia jadi abang bomba Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2020.
  2. ^ Syafiq Farhain tidak terbeban memikul dua kerjaya Utusan Malaysia. 25 April 2018. Dicapai pada 29 November 2018.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  4. ^ Fiza Kamarudin (3 Ogos 2018). Demi Big Stage, Syafiq Farhain ambil cuti tanpa gaji dua bulan Rojak Daily. Dicapai pada 29 November 2018.
  5. ^ Norhayati Nordin (16 Mac 2020). Masih ada rindu Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2020.
  6. ^ "Bomba, seni di hati Syafiq Farhain". Kosmo!. 5 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 25 Mac 2019.

Pautan luar sunting