Jay Jay
Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Darus merupakan bekas vokalis kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti "Penyanyi Lelaki Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), "Vokal Terbaik Lelaki" pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan "Juara Kategori Pop Rock" pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu "Joget Angan Tak Sudah".
Jay Jay | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Mohd. Fauzi Darus |
Juga dikenali sebagai | Jay Jay |
Kelahiran | ![]() | 6 Jun 1957
Berasal dari | ![]() |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, penggubah lagu, pemain bassis, penerbit album |
Instrumen | Vokal, Bass |
Tahun aktif | 1979 - sekarang |
Syarikat rakaman | WEA Records Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | Kumpulan Carefree , Dayangku Intan |
KeluargaSunting
Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki.[1] Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya.
Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.
DiskografiSunting
Album bersama CarefreeSunting
- Kebebasan (1979)
- Kebebasan II (1979)
- Kebebasan III (1980)
- The Best of Carefree (1993) - kompilasi
Album soloSunting
- Jay Jay (1984)
- Kau Yang Tersendiri (1985)
- Keasingan Dalam Luka (1986)
- Kurnia (1988)
- Bersama (1990)
- Jay Jay '97 (1997)
- Emosi (2009)
Album kompilasiSunting
- Koleksi Abadi (1992)
- Koleksi Abadi Vol. 2 (1994)
- 3 Dimensi Pop Lelaki Terbaik (2000)
- Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007)
- Nostalgia Abadi: Khazanah Muzik Berzaman (2008)
- 4 Bintang Popular - Vol. 2 (2011)
Album lainSunting
- Riang Ria Hari Raya (1985)
- Hitam Putih Kehidupan (1987)
- Gema Hari Raya (1989)
- Kini Saatnya - Album Sukan SEA Ke-15 (1989)
- Seikhlas Budi Aidilfitri (1994)
Duet bersama penyanyi lainSunting
- bersama Dayangku Intan
- Kita Insan Biasa (1988)
- Peralihan Zaman (1989)
- bersama Ning Baizura
- Erti Pertemuan (2004)
- bersama kumpulan Mirwana
- Aku Tanpa CintaMu (2004)
- bersama Datuk Ramli Sarip
- Senandung Hidup Berbudi
- bersama Syura
- Ghazal Perindu (2004)
AnugerahSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Nota | Hasil |
---|---|---|---|---|
1988 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
1998 | Anugerah Industri Muzik | Vokal Terbaik Lelaki | Menang | |
1998 | Juara Lagu 1998 | Juara Kategori Pop Rock | Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak Sudah | Menang |