Adzrin
Adzrin Ameruddin (lahir 25 Mac 2000) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan lagu "Bukan Yang Terbaik" di mana muzik videonya mencatat jumlah sehingga 4.8 juta tontonan di YouTube. Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang peserta Big Stage musim kedua di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.[2][3]
Adzrin | |
---|---|
Nama lahir | Adzrin bin Ameruddin |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 25 Mac 2000
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2018–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Shila Amzah Siti Nordiana |
Kehidupan peribadiSunting
Adzrin menyifatkan dirinya seorang 'gamer'. Malah pernah 'dicekup' cikgu disiplin ketika bermain permainan di sekolah. Tambahan pula, beliau tidak dikenali ramai peminat walaupun lagu singlenya meletup. Personaliti menarik dan fizikal tinggi lampai membuatkan ramai peminat fanatik dengan Adzrin. Beliau juga merupakan pemain DOTA2 amatur bermain di pasukan HHR clan. Bermula di rank herald dan sekarang dirank crusader. Akan tetapi beliau seorang feeder yang berjaya dan antara punca kekalahan untuk team HHR.
KerjayaSunting
Big Stage (musim 2)Sunting
- Lihat juga: Big Stage (musim 2)
Adzrin telah terpilih untuk menyertai rancangan realiti Big Stage 2 di saluran Astro Ria.[4] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Sendiri & Cover | "Bukan Yang Terbaik" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Kau Pun Sama" | Syamel | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Glocal Hits | "Cinta Luar Biasa" | Andmesh Kamaleng | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Duominasi | "Jealous" (duet Marsha) | Labrinth | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Cannot Brain | "Sedang Ingin Bercinta" | Dewa 19 | TERSELAMAT |
Minggu 6 (Suku Akhir) | Pilihan Juri | "Jangan Cintai Aku Apa Adanya" | Tulus | TERSELAMAT |
"Maha Karya Cinta" (battle dengan Irfan Haris) | Faizal Tahir | |||
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Road To Final | "Kisah Cinta Kita" | Hafiz Suip | TERSELAMAT |
"Eyes, Nose, Lips" (duet Amylea | Taeyang | |||
Minggu 8 (Akhir) | Cover Final & Lagu Baharu | "Picisan" (Lagu baru) | Dirinya sendiri | TEMPAT KETIGA |
"All Of Me" | John Legend |
DiskografiSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2018 | "Bukan Yang Terbaik"
|
2019 | "Picisan"
|
2020 | "Bagai Lagu Indah"
|
"Nota"
|
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (14 Oktober 2019). Idam bersaing di AJL - Adzrin Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Rafiq Mazlan (30 September 2019). Allah bagi rezeki besar buat saya - Adzrin Media Hiburan. Dicapai pada 29 November 2019.
- ^ Qarami Hashim (1 Oktober 2019). Adzrin didakwa besar kepala mStar Online. Dicapai pada 29 November 2019.
- ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.