7 Minggu Sebelum Kahwin

7 Minggu Sebelum Kahwin ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2022 arahan dan lakon layar oleh Eyra Rahman terbitan bersama KRU Studios & Bloombordia Sdn Bhd. filem ini dibintangi oleh MK K-Clique dan Nora Danish, dan ditayangkan pada 7 Julai 2022 di Astro First.

7 Minggu Sebelum Kahwin
PengarahEyra Rahman
Penulis
Eenaz Mokhtar
Lakon layarEyra Rahman
Dihasilkan olehDato' Norman Abdul Halim
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro First
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Ianya mengisahkan tentang kisah Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.

Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka. Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar.

Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas.

Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.

Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting