Astro First
Astro First merupakan salah satu saluran filem berbayar pertama di Malaysia. Saluran ini menawarkan filem yang ditayangkan secara berulang-ulang dengan jadual yang unik. Astro First dilancarkan oleh Astro pada 13 Januari 2011. Setiap kali pelanggan Astro dan NJOI yang mahu menonton filem di Astro First, pelanggan harus ke saluran 480 & harus membayar RM15 untuk menonton satu filem dalam 2 hari sahaja.
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan penyiaran | ![]() |
Slogan |
|
Ibu pejabat | ![]() |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Pertubuhan induk | Astro |
Sejarah | |
Dilancarkan | 13 Januari 2011 |
Menggantikan | Astro Best Astro Box Office Events (Untuk acara) |
Ketersediaan | |
Satelit | |
![]() | Saluran 472 - 479 (HD) Saluran 482 - 489 (HD) Saluran 480 (Untuk melanggan) |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand tetapi perlu melanggan |
Saluran ini adalah salah satu saluran berjenis PPV (pay-per-view) dan saluran ini secara beransur-ansur menggantikan Astro Box Office Movies & Events. Saluran ini menawarkan filem-filem terkini, juga konsert dan juga komedi yang sebelumnya ditayangkan di Astro Box Office Events.
Sejarah
suntingPada mulanya, Astro First ialah salah satu saluran pertama di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan preview-pay-view (PPV) yang menawarkan filem-filem di Malaysia dan negara jiranya, Indonesia sahaja pada 13 Januari 2011. Namun setelah adanya Astro Best yang menawarkan filem-filem Hollywood, Astro First menukar formatnya yang ia menawarkan filem-filem tempatan dan serata Asia dan Asia Tenggara.
Namun setelah 11 tahun, Astro Best kini telah menamatkan perkhidmatannya rasmi pada 23 Ogos 2023 tetapi kesemua kandungan dari Astro Best telah berpindah ke Astro First dan Astro First hanya menawarkan filem-filem tempatan dan Antarabangsa sahaja.
Astro First menawarkan filem Astro Shaw, Skop Production, Sony Pictures, Universal Pictures, Warner Bros Pictures dan Paramount Pictures.
Pergantian nombor
suntingGaleri
sunting-
Logo pertama Astro First pada 2011-2012 (2011 - 2012)
-
Logo kedua Astro First pada 2012-2024 dan ejaan First menggunakan Gotham (2012 - Februari 2024)
-
Logo sama dengan versi kedua tetapi ejaan First digantikan dengan Mulish Sans (Februari - 28 November 2024)
-
Logo ketiga Astro First pada 2024 dan ejaan First menggunakan Aller (29 November 2024-kini)