Gila (lagu)
"Gila" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Kaka Azraff bersama-sama dua penyanyi rap Malaysia, Loca B dan Noki dari kumpulan K-Clique. Lagu ini dicipta oleh Ezra Kong[1] dan dikeluarkan pada 31 Julai 2020 oleh Black Hat Cat Records melalui YouTube. Lagu ini dihasilkan ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membawa rasa resah gelisah. Gila menceritakan tentang keperkasaan diri dalam menangani kecelaruan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa gentar dan terus menanam semangat waja menjalani kehidupan[2]. Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 14 Mac 2021[3].
"Gila" | |
---|---|
Single oleh Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique | |
Dilancarkan pada | 31 Julai 2020 |
Dirakamkan pada | 2020 |
Format | Muat turun digital, media penstriman |
Genre | Pop |
Panjang | 3:21 |
Syarikat | Warner Music Group |
Penulis | Noki, Loca B, Ezra Kong |
Penerbit | Ezra Kong |
"Gila" di YouTube | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Rujukan Sunting
- ^ Fatin Farhana Ariffin (2 September 2020). "Kaka pilih bakat muda". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ HARYANI ISMAIL (15 Mac 2021). "Lagu perjuangan, motivasi pandemik 'Gila' juarai AJL35". Berita Harian SG. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Georgie Joseph (16 Mac 2021). "Gila terus 'menggila'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2021.