Eina Azman
Datin Paduka Ainur Syakina "Eina" Azman (lahir 13 Mac 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara penyanyi dan pelakon terkenal, Juliza Adzlizan. [1]
Eina Azman | |
---|---|
Kelahiran | Ainur Syakina binti Azman 13 Mac 1995 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2008 – kini |
Pasangan | Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden (k. 2014) |
Anak | 2 |
KerjayaSunting
Eina mula berkecimpung dalam dunia hiburan lakonan melalui drama 5 Jingga pada tahun 2008 dan nama beliau mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella, di mana beliau memegang watak utama.
Pada tahun 2018, beliau bakal membintangi drama berjudul Doa Ku Mohon yang bakal bersiaran di TV3 pada bulan Ramadan. Beliau memegang watak ibu muda bernama Kasma.[2]
Kehidupan peribadiSunting
Eina merupakan anak bongsu daripada lima beradik.[3] Pada 31 Ogos 2014, Eina sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 9.00 malam Ahad di Grand Hyatt Kuala Lumpur diadakan begitu mewah dengan bertemakan konsep Bollywood. Eina yang baru berusia 19 tahun pada waktu itu telah menerima wang hantaran bernilai RM 77,000, sebuah kereta Chevrolet Camaro dan juga gelaran “Datin Paduka”. [4]
Pada 19 Februari 2016, Eina selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga. Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.[5]
Eina bersekolah sehingga Tingkatan 2, beliau memutuskan untuk belajar di rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian tanpa memperoleh kelayakan akademik seperti SPM dan A-level.[petikan diperlukan]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan |
---|---|---|---|
2011 | Ratu The Movie | Wayang Studios, Lineclear Motion Pictures | |
2012 | Sesuatu Yang Tertinggal | Bella | Grand Brilliance |
2014 | Zombie Kilang Biskut | Hantu Kamariah | Enjit Semut Sdn Bhd |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | 23:55 | Asmira Julia | TV2 | Slot Citra |
2009 | Baju Raya Mona | Astro Ria | ||
2010 | Demi Masa | Rahila | Astro Oasis |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | 5 Jingga | TV9 | ||
Anorexia Nervousa | ||||
2011 | Mistik Alam Hitam | Astro Prima | "Episod: Panggilan Maut" | |
2012 | Mimpi Cinderella | Saleha | TV3 | |
2013 | Detik 12.00 Malam | TV3 | "Episod: Selendang" | |
Bangkitnya Seorang Perempuan[6] | Misya | TV3 | Slot Samarinda | |
2014 | Selamat Pengantin Madu | Masmira | TV3 | |
2016 | Suri Hati Mr. Pilot | Khairina | Astro Ria & Astro Ria HD | |
2018 | Doa Ku Mohon | Kasma | TV3 | |
Rahsia Hati Perempuan | Ayra Raysha | Astro Ria | ||
2021 | The Maid | Nadia |
RujukanSunting
- ^ NINA FARZUIN MD SHAROM (1 Februari 2012). Eina Azman jadi buruan. Sinar Harian
- ^ Farhana Ab Rahman (dicapai pada 29 Januari 2018). Eina kekok kembali beraksi. Berita Harian.
- ^ Zaidi Mohamad (25 Ogos 2014) Eksklusif Web: Eina kahwin Datuk Ahad ini. Berita Harian
- ^ 31 Ogos 2014.Eina Azman & Kaiser Gurmeet Bergelar Suami-Isteri. mStar
- ^ Farhana Ab Rahman (21 Februari 2016). Eina Azman tak berniat rahsiakan kelahiran bayi kembar. Berita Harian
- ^ Budiey (14-3-2013). Sinopsis Drama Bangkitnya Seorang Perempuan TV3. (Dicapai 27.2.2017)