Hun Haqeem
Hun Haqeem (lahir Haqeem Hermy; 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga, Qhalish dalam Cinta Belum Tamat Tempoh[3] dan Jaafar dalam Kampung People.[4][5]
Hun Haqeem | |
---|---|
Kelahiran | Haqeem bin Hermy 7 Januari 1998 |
Pendidikan | Diploma Perakaunan & Kewangan |
Pusat pendidikan | Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2018–kini |
KerjayaSunting
Pada tahun 2018, beliau pada mulanya bekerja di sebuah Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.[6] serta menjadi pekerja sambilan di Starbucks, Sunway Velocity Mall. Namun, beliau tidak merasakan bahawa beliau akan meneruskan kerjaya beliau dalam bidang tersebut. Lalu beliau cuba mencari job casting di laman web dan memohon beberapa watak tetapi tidak berjaya.
Pada satu hari di bulan Ramadan, beliau tergerak hati untuk mesej seorang direktor. Tuah manusia siapa yang tahu, beberapa hari kemudian Hun telah dilamar untuk pergi ke uji bakat lakonan milik kawan kepada direktor tersebut. Semasa beliau sedang bekerja sambilan, beliau telah menerima panggilan daripada pihak lakonan tersebut mengatakan bahawa pihak pengurusan suka akan uji bakat lakonan beliau dan menerima beliau untuk berlakon dalam telefilem pertama beliau iaitu Tasbih Usang. Beliau juga telah dilamar untuk bernaung di bawah syarikat Metrowealth International Group (MIG).
Pada tahun 2019, beliau telah menerima beberapa watak lakonan yang menjadi batu loncatan dalam bidang lakonannya. Antara drama awal yang dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan Kampung People.
Pada tahun 2020, Hun Haqeem telah menerima lebih banyak tawaran sebagai pelakon dalam drama-drama seperti Seindah Tujuh Warna Pelangi sebagai Arjuna, drama The Gadis sebagai Mika, sambungan kepada musim pertama, Kampung People 2 sebagai Jaafar dan Angkara Cinta sebagai Luqman, gandingan bersama Wanna Ali dan Meerqeen. Beliau juga berlakon dalam telefilem berjudul Pemuja Rahsia sebagai Adam. Pada tahun ini juga Hun Haqeem telah membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Hapus" oleh Masya Masyitah, kemudian diikuti oleh muzik video "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza.[7]
Pada tahun 2021, beliau telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama Sihir sebagai Hud, gandingan bersama Kamal Adli dan juga drama Dayang Senandung sebagai Fannan. Dalam bulan Ramadan, telefilem Tentang Alif juga meraih perhatian orang ramai terhadap beliau yang melakonkan watak sebagai Mat, digandingkan bersama Wanna Ali.
Hun Haqeem masih lagi aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2022, dengan drama Ulya & Dini sebagai watak Dini, Hantu Raya Pergi Perang sebagai watak Kadir Osman dan Kadir Raya, serta paling terbaharu drama yang bakal disiarkan, Nenek Bongkok Tiga.
Selain berlakon, beliau juga bergiat aktif dalam pengacara rancangan Gempak TV bersama Isha Norsham, Daniel Cheang dan Riena Diana, sejak tahun 2020.
Pelakon Hun Haqeem pernah berkata bahawa beliau teruja untuk berlakon dalam satu siri bergenre seram. Tambahan pula, beliau tidak pernah terfikir untuk berlakon dengan Kamal Adli. "Saya macam tak percaya. Sebab saya tak pernah bawa watak yang mendapat anugerah istimewa." Kata Hun juga drama bergenre seram yang bertajuk Sihir itu berharap agar mendapat pengajaran tentang sihir yang berlaku pada masyarakat kini.
Kehidupan PeribadiSunting
Hun Haqeem dilahirkan pada 7 Januari 1998 dan dibesarkan di Kuala Lumpur, namun banyak mengisi masa remajanya di Kuching, Sarawak. Beliau berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.[8] Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Kelab peminat beliau, Huniverse telah ditubuhkan pada 8 Mac 2020 dan masih bergiat aktif di laman sosial media sehingga kini.
Minat beliau dalam bidang lakonan tidak dapat disangkal lagi apabila beliau berazam untuk mencuba pelbagai watak dalam bidang lakonan dan sikap sentiasa ingin belajar yang membuatkan beliau teruskan niat beliau untuk buat yang terbaik dalam apa jua watak yang diberikan.
Pada 1 Mac 2020, Hun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan serius di tumit kaki kanan dan ligamen.[9][10][11] Kecederaan beliau tidak menjadi punca untuk beliau berhenti berlakon kerana beliau mempunyai semangat yang luar biasa untuk meneruskan watak beliau dalam drama tersebut walaupun dalam kesakitan. Selain itu, 7 hari selepas beliau kemalangan, beliau juga telah hadir Meet & Greet bersama peminat beliau, Huniverse. Ini membuktikan bahawa beliau sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada semua orang yang menghargainya.
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cari Aku Di Syurga | Ariff | TV3 |
Cinta Belum Tamat Tempoh | Qhalish | Astro Ria | |
Kampung People | Jaafar | TV3 | |
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Arjuna | |
The Gadis | Mika | ||
Kampung People 2 | Jaafar | ||
Angkara Cinta | Luqman | Astro Prima | |
2021 | Sihir | Hud | Astro Ria |
Dayang Senandung | Fannan | TV Okey | |
2022 | Ulya & Dini | Dini | Astro Ria |
Hantu Raya Pergi Perang | Kadir | Sooka | |
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Zamir | Viu |
Imam Instant Ustazah Scammer | Imam Asyraf | Astro Ria |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Tasbih Usang | HyppTV | |
2020 | Pemuja Rahsia | Adam | TV3 |
2021 | Tentang Alif | Mat | Astro Ria |
2022 | Obses | Lokman | Astro Citra |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020–2022 | Gempak TV | Pengacara | Astro Ria | Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2020 | "Hapus" | Masya Masyitah |
"Siapa Tak Mahu" | Dato' Seri Siti Nurhaliza |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020). Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
- ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ^ Ridzwan Abd Rahman (1 Mac 2020). 'Jekfer' cedera kemalangan motosikal Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (1 Mac 2020). Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2020.
- ^ Aqmar Mustaza (2 Mac 2020). Alhamdulillah saya ok, kata Hun Haqeem Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.