Cari Aku Di Syurga

Cari Aku Di Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana dan Duerra Mitilda. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 6 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadhan menggantikan Voice Note.[1]

Cari Aku Di syurga
Genre
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis oleh
  • Tommy Loh
  • Che Li
  • Puovin
  • Intan Zarina
  • Maizura Ederis
  • Hazny Salleh
PengarahShahrulezad Mohameddin
Pengarah kreatif
Uchee Fukada
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Cinta" oleh Amylea
Lagu penutup"Tiada Dirimu" oleh Shila Amzah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Penyunting
  • Nik Faizal Raja Deraman
  • Harlina Abd Ghani
SinematografiMohd Sharizan Saad
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Mei 2019 – 3 Jun 2019
Kronologi
MengikutiVoice Note
Diikuti olehCetera Hati Diya

Drama ini mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi.[2] Episod akhirnya ditayangkan secara eksklusif selama 2 jam pada 3 Jun 2019. Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]Memang power. Sebab ada Hun Haqeem

Sinopsis sunting

Mengisahkan Lisa (Janna Nick), seorang gadis bandar yang cantik, melarikan diri dari rumah apabila ibunya, Puan Rosmah (Maria Farida) ingin menjodohkan Lisa dengan anak rakan baiknya, Ariff (Hun Haqeem). Semuanya bermula apabila Lisa melarikan diri hingga ke Muar dan terjumpa Anas (Aeril Zafrel) lalu saling jatuh cinta. Anas seorang lelaki miskin tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Temah (Delimawati) yang nyanyuk. Anas dibantu oleh Mira (Mimi Lana), jiran Anas untuk menjaga Mak Temah kerana dia sibuk berkerja di ladang jambu. Tanpa Anas tahu, Mira mula menyimpan perasaan cinta terhadap Anas.

Percintaan Anas dan Lisa menerima tentangan yang kuat daripada ibu Lisa kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Untuk membuktikan tanggapan ibunya salah, Lisa bertekad untuk berkahwin dengan Anas.

Perubahan sikap Lisa selepas berkahwin membimbangkan Anas. Lisa yang dahulunya bersikap baik dan sopan telah berubah menjadi pemarah akibat tidak biasa dengan kehidupan barunya yang serba kekurangan. Lisa yang juga mengandungkan anak pertamanya mula mengalami tekanan perasaan. Selepas bersalin Lisa nekad meninggalkan suami dan anaknya.

Setelah 8 tahun berlalu Lisa yang kini berkahwin dengan Ariff kembali untuk menuntut hak penjagaan anaknya yang kini dijaga oleh Anas dan isterinya Mira.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Siaran ulangan sunting

Pada 27 April 2020, Cari Aku Di Syurga mulai kembali ditayangkan di TV3 pada jam 6:00 petang sepanjang Bulan Ramadan.

Runut bunyi sunting

  • "Bukan Cinta" - Amylea
  • "Menunggu" - Amylea
  • "Tiada Dirimu" - Shila Amzah
  • "Denganmu" - Crissie Suzanne dan Farouk Roman

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Cari Aku Di Syurga My Infotaip (5 Mei 2019). Dicapai pada 9 Jun 2020.
  2. ^ Zaidin Albert (24 Mei 2019). Kebetulan? 5 Persamaan Drama Bersiri ‘Cari Aku di Syurga’ & ‘7 Hari Mencintaiku’ Murai. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  3. ^ Cari Aku Di Syurga (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Julai 2019.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Cari Aku Di Syurga Berikutnya
Voice Note Cetera Hati Diya