W: Two Worlds ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Fairul Nizam Ablah, Mamu Vies, Bainun Waheeda, Baizura Kahar dan Hadi M. Nor. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan dan Mierul Aiman, drama yang diadaptasi dari siri drama televisyen Korea Selatan 2016, W yang disiarkan di MBC dan memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 30 November 2023 dengan dua episod baharu disiarkan pada setiap Khamis.[1][2]

W: Two Worlds
GenreRomantik, cereka sains, aksi
Berdasarkan daripada
W oleh Jung Dae-yoon
Ditulis oleh
  • Fairul Nizam Ablah
  • Mamu Vies
  • Bainun Waheeda
  • Baizura Kahar
  • Hadi M. Nor
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zurina Ramli
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Irwani Roslan (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
PenyuntingNik Johan
SinematografiIrwan Munir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Independent Pictures
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 November 2023 – 4 Januari 2024
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa dikesan, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, yang mana dia menyelamatkan nyawa Aliff, watak utama webtoon itu.

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu seorang lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait rapat, tanpa menyedari bahawa dirinya ialah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas (kameo) sunting

  • Hasnida Hanim Ahmad Kamil sebagai Pengulas sukan #1
  • Fariz Zolkarnain sebagai Pengulas sukan #2

Penerbitan sunting

W: Two Worlds diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[7] Ia diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2016 bertajuk sama yang disiarkan di MBC dan dibintangi oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo.[8] Ia diarahkan oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini mengarahkan Ganjil dan She Was Pretty yang kedua-duanya disiarkan di Viu. Malaysia merupakan negara ketiga yang menerbitkan adaptasi drama ini selepas Thailand dan China.

Hun Haqeem memegang watak sebagai Aliff, watak utama dalam webtoon W. Untuk mempersiapkan dirinya bagi wataknya, beliau menurunkan berat badan atas permintaan kru penerbitan.[9] Hun turut mengakui amat selesa bekerjasama dengan Daiyan sepanjang penggambaran drama ini. W: Two Worlds ialah drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Nenek Bongkok Tiga.[10]

Daiyan Trisha memegang watak sebagai Izara, seorang doktor dan anak pelukis komik. Untuk menjayakan wataknya ini, beliau merujuk kepada watak Oh Yeon-joo lakonan Han Hyo-joo dalam versi asal Korea drama ini. Beliau berkata mengenai wataknya: "Watak saya ialah sebagai Dr. Izara Omar, yang juga anak kepada pelukis komik. Dia terpalit sekali dalam dunia W itu, yang mana dunia komik. Jadi, berlakulah pelbagai kisah percintaan dan pergaduhan antara dua dunia [...] sebagai pelakon karya adaptasi, saya nak sajikan sesuatu yang mereka 'kenal', dan pada masa sama, saya suntikkan juga dengan idea sendiri untuk disesuaikan dengan Malaysia,".[5] Beliau turut mengakui amat sukar buatnya untuk memegang watak doktor dan turut merujuk kepada kakak sulungnya yang bekerja sebagai doktor.[11] Ini merupakan drama Viu Originals pertama yang dibintangi oleh Daiyan.[5]

Keluaran sunting

W: Two Worlds memulakan tayangan perdana di Viu bermula 30 November 2023 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "W: Two Worlds (Viu Malaysia)". My Infotaip. 30 November 2023. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  2. ^ Batrisya Nursabrina (28 November 2022). "Dibintangi Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha, Drama 'W: Two Worlds Apart' Akan Diadaptasi Di Malaysia". I Am Lejen. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  3. ^ a b c d e f Yasmin Zulraez (10 Julai 2023). "W: Two Worlds' Malay adaptation" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  4. ^ "Peminat Teruja, Hun Haqeem Jadi Pelakon Utama Drama 'W: Two Worlds' Versi Malaysia". iLoveBorneo. 13 April 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
  5. ^ a b c Syafil Syazwan Jefri (21 September 2023). "Medium 'peluk' peminat". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Julai 2023). "'Saya pula kena tembak'". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2023.
  7. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  8. ^ Ain Norman (26 November 2022). "Drama adaptasi 'W: Two Worlds' antara 5 siri menarik Viu Original 2023". mStar Online. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (5 Mei 2023). "Berjaya Turun 10 Kilogram, Hun Haqeem Nak Kurus Demi Drama 'W: Two Worlds' - "Badan Saya Pun Tak Terkejut"". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  10. ^ Nurul Sabrina Jamali (28 Jun 2023). "Hun Haqeem kagumi Daiyan Trisha". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  11. ^ Nurul Sabrina Jamali (26 Jun 2023). "Daiyan Trisya sukar bawa watak doktor". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2023.

Pautan luar sunting