Kampung People 2

Kampung People 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan Hun Haqeem.[1] Kesinambungan dari drama Kampung People (2019), siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 17 September 2020 menggantikan Pink Smile.[2][3][4]

Kampung People 2
Genre
PenciptaWan Hasliza Wan Zainuddin
Dibangunkan oleh
Wan Alauddin Wan Zainuddin
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Baizura Kahar
  • Syakirin Supardi
Pengarah
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamaludin Karim
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
Penyunting
  • Hafiz Yusuf
  • Shazrul Samad
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 September 2020 – 16 Oktober 2020
Kronologi
MengikutiPink Smile
Diikuti olehLelaki Lingkungan Cinta
Rancangan berkaitan
Kampung People

PlotSunting

Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju.Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon PembantuSunting

PenerbitanSunting

Berita mengenai desas-desus sama ada Kampung People akan disambung terjawab apabila salah seorang pelakon utamanya, Elly Mazlein mengumumkan dalam satu temubual di Kool FM pada 17 Jun 2020 bahawa drama itu akan disambung untuk musim kedua,[5] selepas musim pertama mendapat maklum balas daripada penonton.[6] Riena Diana kemudian memaklumkan bahawa penerbit Kampung People, KL Motion Pictures sedang menunggu permit penggambaran daripada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan penggambaran dijalankan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19.[7]

Sesi ujibakat juga diadakan bagi mencari pelakon tambahan drama ini. Kampung People 2 mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya termasuk Elly, Riena, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem dengan penambahan pelakon baharu termasuk Adibah Noor.[8]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 September 2020). Kampung People kembali Harian Metro. Dicapai pada 17 September 2020.
  3. ^ Najmi Shuhaimi (15 September 2020). Absolutely Correction! Kampung People 2 bakal temui penonton 17 September ini Oh Bulan!. Dicapai pada 17 September 2020.
  4. ^ Keluarga Razif kembali beraksi dalam drama Kampung People 2 Kopiplanet. 15 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  5. ^ "Kampung People 2 start hujung bulan ni' - Elly Mazlein Kool FM. 17 Jun 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  6. ^ Peminat minta sambungan drama Kampung People musim 2 Kool FM. 10 Januari 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  7. ^ Kampung People 2 tunggu permit penggambaran Hot FM. 2 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  8. ^ Farihad Shalla Mahmud (11 Julai 2020). Adibah Noor jadi emak 'over' dalam Kampung People 2 Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2020.